10 Tips Meniaga Carboot Sale

Wednesday, February 08, 2017


Assalamualaikum!


Sudah dua tahun Pak Jelan berkecimpung dalam dunia carbootsale, dan aku dah setahun setengah join meniaga di tapak Kota Damansara. Sepanjang tempoh ini, banyak pengalaman yang kami pelajari baik dari rakan peniaga, penganjur mahupun pelanggan yang datang membeli.

Seronok sangat meniaga carboot ni! Dari sekadar suka-suka, terus jadi salah satu cara tambah pendapatan keluarga. Walaupun cabaran berdepan dengan ragam pelanggan setiap minggu, tapi puas hati bila dapat bersama-sama dengan carbooter yang lain berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing meniaga sebelum ni. 

Kami meniaga carboot ni pun baru 2 tahun, maka tips yang dikongsi ini adalah dari pengalaman peribadi dan juga perkongsian dari rakan niaga carboot yang lain. 




Maksud & Konsep Carboot Sale

Sebelum nak join mana-mana carboot, korang kena tahu dulu apa maksudnya carboot atau carboot sale ni. Kalau tak tahu lepas tu semborono je join carboot bawa barangan yang dilarang, nanti korang juga yang dapat susah. Sebab ada penganjur carboot yang kenakan syarat tertentu kepada peniaga, so barangan yang hendak diniaga tu kena tepati syarat penganjur.

Maksud carboot sale - menjual barangan domestik dari bonet kereta dengan harga murah. Barangan yang dijual samada barangan terpakai/lama atau preloved yang masih elok dan boleh digunakan atau sebagai koleksi peribadi. 

Konsep carboot sale - biasanya, hanya menjual barangan terpakai sahaja. Barang basah dan makanan/minuman tidak termasuk dalam carboot sale. Carboot sale diadakan di kawasan yang luas dan disertai secara beramai-ramai, tersusun seperti di tempat letak kereta yang dikhaskan oleh penganjur. Harga ditentukan sendiri oleh peniaga dan yang ditawarkan pula biasanya murah untuk sesetengah barangan terpakai. Sementara, untuk koleksi rare atau berjenama bundle harga mengikut kualiti barang tersebut.


10 Tips Untuk Join Carboot Sale

  • Perlu ada lesen nak join carbootsale? Tak perlu sebab penganjur tapak dah ada lesen dengan PBT dan sesiapa sahaja boleh join selagi korang ada barang terpakai yang masih elok untuk dijual. 
  • Barang apa yang boleh dijual di carboot?Carboot ni biasanya boleh jual apa saja barangan selagi ianya TERPAKAI. Lebih-lebih lagi, barangan domestik atau keperluan harian seperti blouse, seluar kerja, baju kanak-kanak/bayi dll. Barang bundle pun dibenarkan. Kalau boleh, jangan tetapkan satu jenis barangan je sebab kita tak tahu lagi taste pelanggan macam mana. Campurkan dengan bekas plastik ke, getah paip lama ke, periuk tanah lama ke ...kalau ade la hehe
    • Cari lokasi untuk meniaga carboot. Sekarang ni nak cari lokasi carboot tak susah. Korang boleh cari di FB atau melalui banner yang digantung ditepi jalan. Kalau taknak yang jauh, boleh cuba yang dekat dahulu dengan rumah korang. Yang penting, seminggu sebelum tu korang pergi la jenguk dulu tapak carboot tu dan tinjau keadaan dan suasana disitu. Kalau ramai yang join meniaga, baru syok sikit kan hehe. Kalau ada suruh join grup WhatsApp lagi bagus! Kat situ, korang boleh dapat apa-apa info tentang program carboot


    • Harga tapak carboot pula bergantung pada lokasi dan siapa penganjurnya. Ada tempat kenakan bayaran RM5 atau RM10 satu tapak dan ada yang secara PERCUMA. Korang juga kena survey dulu samada tapak ini perlu ditempah (booking) dulu atau terus walk-in saja. Kalau perlu booking, kenala call penganjur dulu. Kalau yang walk-in, konsep dia siapa cepat dia dapat!
    • Susunan barang mengikut jenis barang yang korang nak jual. Kalau ada meja kecil, boleh bawa untuk susun barang seperti buku atau tudung. Kalau takda, bentang aje tikar atau plastik kanvas biasa dan letak barang atas tu. Sediakan payung sebab matahari akan mencanak naik tika semakin siang. Kalau dapat tempat menghadap matahari, memang mandi 'sauna' la jawabnya 
    • Harga barang. Korang sendiri yang tentukan harga barang. Dah nama pun barangan terpakai, maka harganya separuh dari harga biasa atau murah lagi. Contohnya, harga asal kasut RM30 ... jual dengan harga RM15. Kalau kasut berjenama preloved lain pula harganya. Yang tu korang kena pandai letak harga, tidak terlalu mahal sebab konsep barangan semua yang terpakai. Lagi satu, kalau boleh letak tanda harga supaya pembeli tak perlu tanya dan kita pulak tak perlu cakap banyak kali. Sediakan plastik juga tau, senang nak letak barang pelanggan



    • Waktu meniaga carboot juga ikut pada lokasi dan penganjurannya. Ada yang buat hari Sabtu & Ahad atau Ahad saja. Ada yang beroperasi waktu malam, tapi kebanyakkannya waktu pagi sehingga tengahari la. Kalau jenis tapak walk-in, korang dinasihatkan datang awal sebab tapak parking akan penuh seawal jam 7 pagi! Pengalaman aku meniaga di Kota Damansara, sebelum jam 7 pagi pelanggan dah datang tengok-tengok barang!
    • Bagaimana nak join komuniti/Page Carboot Sale? Korang cari page carbootsale dan like untuk dapatkan info semasa tentang sebarang aktiviti dan program yang diaorang jalankan. Kalau ada group WhatsApp lagi bagus sebab korang boleh dapat info terus dari penganjur




    Senarai penuh CBS, korang boleh klik SINI


    • Ikut peraturan penganjur carbootsale. Biasanya, penganjur carboot akan mengenakan syarat tertentu untuk join sebarang carbootsale. Contohnya, ada tempat dibenarkan jual makanan selagi ia berbungkus dan jenis kering. Ada juga tempat yang langsung tidak dibenarkan meniaga makanan dan barangan hanya jenis terpakai/lama dan preloved. Barang baru tidak dibenarkan sama sekali. Korang kena fahami betul-betul syaratnya, dan ikuti dengan baik
    • Pandai tawar-menawar dengan pelanggan. Contohnya, kita letak harga sekian, pelanggan minta kurangkan sikit. Selagi harga yang dia minta tu munasabah dan kita still boleh terima, maka teruskan jual beli. Kalau barang tu dah harga murah, contohnya RM1, dan dia minta murah lagi sampai lima posen, tu dah melampau sangat la kan hehehe. Yang penting kena banyak sabar melayan kerenah pelanggan sebab ternyata ada jenis pelanggan macam tu huhu. 

    Ok, tu je la tips-tips yang sempat aku kongsikan disini. Kalau ada tambahan tips, bolehlah korang kongsikan di ruang komen. Mana tahu dapat beri manfaat pada pembaca lain yang ingin berkecimpung dalam dunia carbootsale nanti. 

    Apapun, yang penting meniaga ni kena banyak bersabar. Dan pastikan kita ikut peraturan dan syarat yang telah ditetapkan. Jangan buat 'taik' dengan orang, dah masuk parking, tapi tak bayar duit tapak. Takmo la cenggitu ye. Kalau kita permudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah akan permudahkan juga urusan kita. 

    Selamat bercarboot ya!


    You Might Also Like

    10 pengomen comel

    1. Info yang sangat baguih...👍👍👍

      ReplyDelete
    2. dah lama teringin nk niaga carboot ni tap ada askar2 ni ntah bila pulka dapat

      ReplyDelete
    3. Kawan sy selalu buat ni.

      Pernah sekali dia jual barangan tpkai dia dlm rumah.

      Sehari je habis, dan untung rm500. Perghh.

      ReplyDelete
    4. teringin nk join .. hehehe

      lama ubai tk singgah sini :)

      ReplyDelete
    5. Macam barang2 akak ni dari koleksi sendiri atau ada orang yang bagi jer kat akak?

      ReplyDelete
      Replies
      1. campur ... ada yang koleksi sendiri dan ada orang bagi minta tolong jualkan :)

        Delete
    6. Hi, saya dah lama teringin nak join, tpi saya dok utara, page carboot sale utara pun last active 2015 and tak byk perkembangan (or saya yg taktau, hiks). baru2 ni sya pi carboot sale area sini, concept dorang pun tak lagi preloved item, ada dua tiga buah ja yg jual prelove, huhu sadis.. sewa tapak pula 45-70 sehari. Howww ? Im actually quite dissapoint tho, baru ja nak join :/

      ReplyDelete
      Replies
      1. perghhh mahal giler sewa tapak kat sana. Kiranya sehari tu dari pagi hingga malam ke? Kat sini carboot biasanya beberapa jam dari pagi hingga kul 11 lebih macam tu. Sewa pun murah ikut tempat, ada yang free ada yang sekitar RM20

        Delete
    7. saya pernah ada pengalaman buat car boot sale sekitar tahun 2006 dulu. sekarang lama dah tak buat. seronok juga sebab tengok macam2 orang jual

      ReplyDelete
      Replies
      1. ye sis memang seronok tgk macam-macam jenis barang orang jual

        Delete

    Apa kata korang?

    DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

    Facebook - HanimHashimDotCom

    Google+ Followers

    COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM