Dua tahun meniaga carboot, ini kali pertama kami kena halau ...!

Friday, February 17, 2017


Assalamualaikum!

Saat mencemaskan bagi kami sekeluarga pagi Ahad yang lepas! Sebenarnya, tiap kali nak pergi sana mesti hati dok dupdapdupdap. Sebelum ni, kami pergi dengan hati yang tenang tapi sejak dua menjak ni, tak boleh nak kawal perasaan berdebar ...berdebar tak dapat parking!

Alkisahnya, pagi tu kami pergi macam biasa ... sebelum 6.30am dah sampai kat kawasan berhampiran. Dari jauh, kami tengok memang hampir semua tapak parking telah penuh dengan kereta peniaga yang berada disitu lebih awal dari kami. Ada yang dah siap susun barang pun, duduk berehat main henpon! 

Tetiba sampai kat pintu masuk, admin letak kon kat tengah jalan dan arahkan kami masuk ikut jalan belakang sebab semua parking di bahagian depan dah penuh! huhu.


Haaaa kena 'halau' suh masuk ikut belakang la citernye. Bukan kena halau balik tau hehe. Naya je kalau salah faham kang. Kami pun ikut masuk belakang dan setelah pusing dua kali cari parking akhirnya kami dapat slot kat tepi. 

Alhamdulillah ...jadi la dari tak dapat langsung kan.

Keadaan masih gelap


First time kami dapat slot parking tepi. Takpela, janji dapat meniaga kan. Jauh kami datang, rasa nak nangis kalau tak dapat meniaga huhu. Apapun, ini semua rezeki Allah betul tak. 

Macam biasa, bila dah sampai terus bukak bonet dan angkut keluar segala barang. Dua beradik tu pun ada tugas masing-masing, tolong susun barang hehe


Tekun menyusun soft toys

Minggu lepas kami buat kelainan sedikit. Kami tambahkan soft toys, beg tangan dan tudung koleksi aku sendiri. Kami tambah sikit-sikit je buat menambah ceria hehe






Alhamdulillah, banyak barang dalam gambar ni yang telah bertemu dengan tuan barunya. 

Tak lengkap rasanya kalau kita tak jalan cuci-cuci mata kan. Nak tengok kemeriahan suasana carbootsale kat Kota Damansara ni? Jom tengok!














Meriah giler kan! Cuaca pulak cerah elok, memang penuh lorong depan dan belakang dengan orang ramai. Sampaikan kami cemas sekejap bila ada budak hilang mak pak kat situ! Menangis-nangis budak tu melilau berjalan panggil mak ayah dia, mujur ada sorang akak peniaga tu tahan dan pujuk dia suh tunggu situ sampai ayah dia datang ambil semula.

Hurmm ... sejak dua menjak ni, makin payah nak dapat slot parking kat situ. Sebabnya, ada peniaga yang stenbai kat situ sejak dari kul 1.00am. Lepas tu, ambil slot sampai 2 sekali, memang tak cukup la untuk peniaga lain. Tambah pulak, kereta tinggal banyak parking kat situ menambahkan lagi kepayahan peniaga nak cari parking kosong. 



Apapun, kami bersyukur dengan rezeki meniaga pada hari tu. Sedar tak sedar dekat kul 12tghari baru kami mengemas barang. Mana taknya, payung meniaga D.I.Y kami rasmikan hari tu hehe. Punyala redup tempat kami ni, selesa sangat sampai tak perasan pukul berapa. Selalunya, kul 10.30am dah start kemas barang!

Tak sabar nak tunggu minggu ni. Moga ada rezeki lagi buat kami disana 😊

You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Seronok sbnrnya meniaga ni kan, gud luck hope murah rezki akak minggu ni

    ReplyDelete
  2. SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DIMANAPUN KAK NIM BERNIAGA :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM