Thursday, February 02, 2017

# Story Kenit

Motivasi diri dengan mesin timbang berat badan!

Assalamualaikum!



Entri santai-santai je hari ni kite ye ...

Rasa-rasanya ada tak yang muka senyum bila tengok nombor di mesin penimbang berat? Hahahaha ... hakikatnya memang aku senyum! Senyum sebab akhirnya misi aku yang bertahun-tahun dulu tercapai jua akhirnya! Alhamdulillah ...!

Motivasi  orang ni memang berbeza-beza... ada yang bersemangat bila kulit muka dia licin halus bebas jerawat. Ada yang bersemangat bila berat badan dia menurun. Tapi aku ... jiwaku bersemangat bila aku lihat angka itu heeeee 😁




Dimana-mana pun, tips kuruskan badan lebih banyak yang share dari tips untuk naikkan berat badan.  Tapi aku bukanlah obses bebenor sampai cari di google cara-cara nak naikkan berat badan, cuma ada satu petua ni aku buat masa zaman anak-dara dulu huhu.

Orang kata petua nak naikkan berat badan, makan kaki ayam! Buat sup ke kari ke masak lemak cili api sambal ke ... masak la apa pun pastu kekoh la kaki ayam tu. Tapi lepas sekali dua makan, aku tarik diri haha. Baru aku tahu rupanya, bukan kaki ayam tu yang menggemukkan tapi kerana tahap metabolisme badan aku yang tinggi ketika itu 😆




Last aku timbang bulan 9 tahun lepas, time medical checkup kat opis. Selepas beberapa bulan 'menternak' lemak dengan jayanya aku dapat berat badan yang diidamkan, sesuai dengan ketinggian aku. Adakah itu bermakna tahap metabolisme aku tidak secekap dulu lagi? Arghhhhh ... takmo fikir, takmo stres hahaha! Lantak la ...asal masih terkawal lagi dan sihat luar dalam.

Itu pun ada lagi yang cakap aku kurus ... perut kempis blablablabla. Realitinya korang tak tahu baju aku pun banyak dah yang tak muat! 😮


BMI 


BMI masih normal! agagagagagaga 😛 Korang cer cek BMI sendiri kat bawah ni 😉






3 comments:

  1. Ok...lepas ni kena puasa yaa..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa? ok je ... boleh ganti puasa sekali hehe

      Delete
  2. sy je berat maintain je. Alhamdulillah. Bila masuk 4 series ni kena jaga2 ttg pemakanan...x mahu masuk keluar hospital.
    BTW, abam kie follows your blog. TQ.

    ReplyDelete

Apa kata korang?