Monday, April 03, 2017

# Cerita Kat Opis # Puspanita

Simpul Kasih Di Jualan Puspanita!


Assalamualaikum!


Jualan Puspanita kembaliiii! Sebenarnya, ini kali kedua aku join meniaga Puspanita jabatan. Kali pertama aku tak sempat nak bercerita di blog, tapi kali ni aku tekad ...tekad ...tekad nak cerita jugak! Sebab cerita ni je yang aku ada untuk update dalam blog .... haha!

Anyway, meniaga ni seronok rupanya ye! Cuma perlu ada keberanian untuk memulakan langkah. Kalau tak yakin, tak boleh jugak. Kalau over-confident pun bimbang hasilnya tak seperti yang dijangka pulak. So, kita bersederhana je la ye ... apapun, aku still eksaited!



Macam aku cakap tadi, masuk ni dah dua kali aku join jualan Puspanita. Memandangkan sambutan yang kali pertama tu alhamdulillah sangat kebabom ... maka, aku repeat untuk kali kedua. Dan kali ni, aku berkongsi meja dengan office mate aku, Syazwani. 

Jualan Puspanita jabatan aku ni dibuat 2 kali sebulan, iaitu awal bulan dan akhir bulan. Haaa time gaji tu kan .. memang poket masing-masing 'lebat' lagi hehehe


with my business partner, Syazwani

Untuk jualan Puspanita hari tu, aku jual pelbagai jenis beg, jubah preloved, kuih semperit dan kuih tart (tolong jualkan untuk kawan). Simpul kasih of course aku jual jugak, tapi aku tak letak kat meja sendiri. Simpul kasih tu aku letak kat meja AJK PUSPANITA yang turut menjual kuih dan biskut raya lain. Kiranya, ni jualan promosi la ye bagi sesiapa yang berminat. 

Kalau nak tempah untuk raya nanti pun boleh. Hari tu, aku cuma sempat siapkan 4 balang simpul kasih je huhu. Sebab hari sebelumnya aku dok pulun buatkan tempahan simpul kasih untuk pelanggan yang order online

meja AJK jual pelbagai jenis kuih dan biskut raya

my simpul kasih. Inti fresh lagi ye, untungla sapa
yang membeli hari tu hehe

Selain gerai kami, ada juga gerai-gerai lain yang menjual makanan yang enak-enak banget! hehe. Tapi tak semua aku dapat amik gambar, sebab masa ni diaorang lambat set-up meja, bila dah siap set-up orang pulak mai kerumun. So, yang mana sempat je la aku interframekan di sini hehe






Ada 5 gerai yang menjual pada hari tu. Memang meriah lobi seawal jam 1030am. Geng-geng cleaner pun datang 'cuci mata' hehe. Diaorang la dulu yang serbu gerai kami pagi tu. Hari tu pulak aku bawa pelbagai jenis beg, memang diaorang pulun kelebek satu persatu. 



beg baju akak cleaner ni beli hanya RM20!
Dahla besar, beroda plak tu! senang nak balik
kampung katanya main tarik je hehe




Dimana ada aku ...pasti ada dia hehe. Cik abgku yang tolong setup meja dan barang niaga hari tu. Terima kasih atas sokongan padu untuk join meniaga Puspanita ni๐Ÿ˜


Meja jualan kami

Kebanyakan beg-beg dalam gambar di atas ni telah disapu habis oleh pembeli. Walaupun beg bundle, tapi kualiti dan kondisi beg memang tip top ye. Beg rosak, beg takda zip aku tak jual. Mesti luar dan dalam perfect! Dah tu, beg-beg ni kami dah siap basuh awal-awal lagi, so korang beli takyah nak basuh lagi dah. Harga pun memang mampu milik la weh .... setakat RM5-20 je dik non! Yang original dan berjenama saja aku jual mahal sikit tapi still mampu beli. ...gituuu!


Ni barang-barang partner aku, Syazwani. Baju muslimah kanak-kanak pelbagai saiz dan pen perfume pelbagai jenis haruman. Pen perfume tu RM10 je baq hang!


My jubah preloved. RM20 ke RM30 je diknon!


Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke gerai kami hari tu. Disebabkan aku dan anak-anak tak dapat nak join cik abgku meniaga carboot hari Ahad lepas, sebab anak-anak ada sukan tahunan di sekolah, maka bila dapat meniaga macam ni pun aku dah rasa puas sangat. Kiranya terubat la rindu nak meniaga tu kan! ๐Ÿ˜‰


Pada sesiapa yang nak tempah Simpul Kasih Razhani, aku masih bukak lagi tempahan untuk makan-makan biasa atau raya setakat ni. Jangan sampai last minute, satu minggu sebelum raya baru nak order ye. Memang la akak tak dapek nak layan sebab akak nak balik kampung jugakkk. Jangan cakap akak tak payunggg hehe๐Ÿ˜‹

2 comments:

Apa kata korang?