"kak, mana beg saya??"

Tuesday, May 23, 2017


Assalamualaikum!


Memasuki fasa Monsun Barat Daya bermula 17 Mei lalu sehingga bulan September nanti, tinjauan cuaca menjangkakan bilangan hari tanpa hujan di Semenanjung dan Sarawak akan melebihi hari hujan. Dengan kata lain, bulan puasa sampaila raya puasa nanti kita akan berhadapan dengan cuaca panas!

Bagi peniaga carboot, cuaca macam ni memudahkan urusan perniagaan mereka kerana kebanyakannya meniaga secara terbuka. Panas sikit tu takpela ye dak, nak cari rezeki halal huhu. Tapiiii minggu lepas punya cabaran kepanasan dia boleh tahan jugak! Bukan takat cuaca je yang panas dan tak berangin, malah hati ini juga 'panas' dengan satu insiden yang dicetuskan oleh salah seorang pengunjung yang datang ke tapak kami!








Nak cerita pun rasa geram! Tapi kalau tak cerita lagi tak patut! Walaupun kes terpencil tapi boleh dijadikan sebagai iktibar dan langkah berjaga-jaga terutama pada mereka yang baru nak berjinak-jinak meniaga carboot. Ini merupakan kejadian kali pertama yang berlaku pada kami, dan agak mengejutkan kerana ianya disebabkan oleh sebuah beg tangan yang cuma bernilai ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... RM10! 

Sebelum cerita panjang, aku kongsikan gambar sebelum hujan turun huhu. 







Sikitnya gambar aku amik, sebab mata dok kalut cari kelibat akak yang cuba membuat onar hari tu. 

Kembali kepada kisah beg tangan tadi, tapak kami mula didatangi pengunjung seawal jam 7 pagi. Sedikit demi sedikit, orang mula membelek jubah dan beg. Pak Jelan jaga barang atas meja, dan aku jaga jubah dan beg. Dalam pada ramai-ramai yang datang mengerumuni kami, datang seorang akak ni tunjuk jari pada beg tangan berwarna biru dan tanya berapa harganya. "Sepuluh ringgit je kak ...", jawab aku.

Pastu orang lain pulak tanya harga jubah, pastu aku amik plastik masuk jubah, pastu akak lain tanya harga beg lain, pastu aku dah tak nampak akak yang tanya beg biru tadi. Dalam masa yang sama, seorang makcik yang juga regular customer aku dok tengok beg jugak. Entah macam mana dia perasan akak tadi ni amik beg aku dan masukkan dalam beg dia. 

Dipendekkan cerita, makcik ni tepuk bahu aku dan bisik,"dik..ada orang amik beg awak dah pergi sana", "hahhh! mana acik??"

"tu...awak pergi kat pempuan yang pakai beg pink tu", bingkas aku bangun tak peduli dah dengan pelanggan lain yang sedang menunggu. Ya Allahhhhh .... serba salah aku! betoi ke makcik ni? betoi ke dia nampak? kalau salah tuduh macam mana? sambil berjalan nak sampai ke akak tu aku dok fikir lagi betoi ka ni betoi ka dia amik barang aku?

Sampai je kat dia ... dok tengah belek baju,"kak, tumpang tanya... kak ada amik beg saya ke?"

"errr..ada", dengan selamba badak muka tak bersalahnya dia keluarkan beg tangan dari beg pink dia tunjuk kat aku.

"kak dah bayar ka? kak bayar pada siapa?", aku tanya.

"takda...belum, saya mau tunjuk sama abang dulu...", perghhh menyirap darah sungguh time ni!

"huihhhh ... mana bolehhhh macam ni kak??! dah amik kena bayar dulu la kak. Mana ada orang amik beg blah macam tu saja ... itu namanya mencuri! Beg ni sepuluh ringgit je la kak ... tuttt tuttt tuttttt tuttt tuttt tutttttt", panjang lebar aku membebel kat situ.

Tapi yang tuttt tutt tu bukan mencarut ye, banyak lagi aku cakap kat dia sebab aku punya mendidih tahap air dalam cerek panas masa tu. Beg tu terus aku amik dan dia pun hilang tak munculkan diri dah lepas tu. Hishhh ... tapi aku cam sungguh muka ko kak! Siap ko kalau datang kat aku lagi ...!


beg macam ni pun ko nak amik ke kak??


Kecoh sekejap lorong depan masa tu dengan suara aku yang agak kuat kedengaran. Orang yang lalu lalang dan berada di tapak kami pun dok bertanya apa yang terjadi. Hai la kak ... beg yang takda jenama ni pun ko nak 'sebat'! Takkan la sepuluh ringgit takda langsung kak oii! Kot ye pun nak bagi abang tengok, apekejadahnya ko masuk terus dalam beg pink ko tu??? Masuk akal tak, amik beg kita terus blah macam tu je...pastu ko expect orang tu nak datang balik bayar duit?? Giler ke ape??? Ko try la buat macam tu dalam butik Louis Vuitton atau Prada pastu cakap ngan cashier tu saya mau kasi tunjuk abang saya dulu, nanti saya datang balik bayar. Ke 'dalam' la ko jawabnya tau tak!

Macam-macam hal la perangai orang ni. Dalam kita dok layan dia baik, dia nak buat 'taik' pulak kat kita. Alasan memang tak boleh diterima akal langsung, tapi sebab nak melepaskan diri maka alasan kurang cerdik macam tu pun boleh pakai! Tapi kena ngan aku ...memang silap besar la ko kak.

Berhati-hatilah kalau terjumpa spesis macam ni bila korang meniaga. Kita mana tahu dia nak ambik barang kita, tapi kena sentiasa berwaspada. Tak mustahil kita akan terlepas pandang kalau dah terlalu ramai yang mengerumun, so camkan muka satu-satu yang dok membelek tu.

Dalam pukul 9 pagi macam tu, hujan turun agak lebat secara tiba-tiba dan kami main sumbat je semua barang dalam kereta. Basah jangan cakap la ... lencun habih! Peniaga-peniaga lain siap bungkus dah barang masing-masing dan terus beredar dari tapak. Ada juga yang masih stay kat situ sampai hujan berhenti sebab ada payung besar. 

Sekian ...untuk drama minggu ini dari tapak carbootsale kota damansara hehe.

Just for the record : laporan telah pun dibuat pada admin ketika beliau datang kutip duit tapak. Walaupun kita dapat balik barang tu, tapi peniaga lain juga harus berjaga-jaga supaya kejadian yang sama tidak berulang.



You Might Also Like

19 pengomen comel

  1. ish-ish macam-macam perangai...pencuri, moga dipermudahkan urusan yea...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. adaaaa ...tapi tak sangka terkena kat kite pulak huhu

      Delete
  3. adeh..memacam alasan orang skrg kan nak mencuri..boleh plak amik barang sesuka hati...ntah apa2 la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa ...suka suki dia je amik letak dalam beg sendiri...grrrr

      Delete
  4. anyway, masa meniaga di CBD KD ni pun, adik IQ pun ada kehilangan payung antik, hanya harga tapi lepas tu lesap dengan barang tu...adik IQ tak perasan sebab ramai customer masa tu, xhalal sapa yang ambil

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian adik IQ, dasar tangan panjang! Payung sebesar tu pun boleh terlepas ...memang licik orang tu!

      Delete
  5. adoi.. nasib hakak tu mengaku kak.. em tapi niat tak menghalal kan cara 🤣🤣 mark dia besar2.. lepas ni prati betol2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena pangkah kat dahi dia ...!

      Delete
  6. alahai ada gak orang macam ni

    ReplyDelete
  7. nasib ade orang nampak dn nasib akk tu mengaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujurlah acik tu ada ...akak memang tak perasan langsung, orang tengah ramai ...

      Delete
  8. adoiiii bukan nak tunjuk abg pun tu,alasan je...haihhhh manusia.kkdg bukan sebab tak de duit nak bayar nim,tabiat dia tu,penah jumpa org macam ni dia ketagih amik brg orang walau sudu sebatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul la tebiat dia gitu, memang menyusahkan orang je tau

      Delete
  9. Teringat dulu di satu Pasar Tani, seorang makcik selamba je kaut duit dalam bekas peniaga sambil berlalu pergi...😣

    ReplyDelete
  10. dugaan orang nak berjaya mmg camtu...bertabahlah

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM