ruangiklan
ruangiklan

Thursday, June 22, 2017

Projek Biskut Raya 2017


Assalamualaikum!

Dekat-dekat nak raya ni, orang lain dok kalut siapkan biskut raya, baju raya, kasut raya tapi aku dok kalut ke satu benda dari awal puasa sampai nak raya!

Rutin setiap kali nak raya, aku akan usahakan untuk buat sendiri 2-3 jenis biskut raya. Tambah biskut marmar carrie memang kesukaan anak dara sulungku, Hazwani. Sebelum puasa dia dah 'menyanyi-nyanyi' di telinga suruh kita buatkan. 








Inilah biskut raya aku tahun ni, tapi bukan dibuat sendiri. Disebabkan kesibukan melampau setiap hari terutama dalam menyiapkan tempahan simpul kasih, maka terpaksalah aku 'kuburkan' saja hajat nak buat biskut raya tahun ni. Sebelum-sebelum ni, memang aku dah tetapkan minggu awal puasa untuk buat biskut raya, tapi tahun ni nampaknya hajatku tak kesampaian.

Maka, kenala order jugak biskut raya walaupun satu jenis. Apa rupa raya takda biskut raya langsung kan! Takkan tak mampu nak beli sebalang dua kan kan kan!




Pun begitu, aku masih mampu berpuas hati dan bersyukur sebab sekurang-kurangnya simpul kasih air tanganku sendiri juga akan jadi 'biskut raya' tahun ni. Walaupun bukan dalam kategori biskut raya asalkan tangan ni yang menyimpul ok dah la tu kan. Jadikleeeee dari tak membuat langsung hehe. 

Tempahan simpul kasih pun dah siap dan dihantar pada yang menempah. Terima kasih pada yang repeat order ngan kami. Kesian juga pada kakak yang kepingin nak makan biskut marmar carrie dia tapi tak dapat. Sorry kakak, tahun ni ibu tak dapat tunaikan .... 😔

Kita ngunyah simpul kasih ngan cookie krisp ni je la yek .. huhu.



2 comments:

  1. tak dan nak buat kuih raya...tiap tahun tak dan nye kan..hahaha

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.