Monday, October 02, 2017

# Cerita My Pearls # Story Kenit

Aku duduk bandar, tapi ...


Assalamualaikum!

Hello Oktober!

Bulan Oktober adalah bulan istimewa buat kami sekeluarga setiap tahun. Sebab apa? Haa yang tu bila dah sampai masanya nanti aku citer la ye. Tapi hari ni aku bukan nak cerita hari istimewa, tapi nak cerita benda yang berlaku hari ni hehe.

Bukan niat nak menyalahkan sesiapa, sebab apa yang terjadi adalah ketentuan Ilahi. Betullah kan, macam mana baik macam mana elok pun perancangan kita tapi akhirnya Allah jua yang menentukan pengakhirannya. Kita dah setting baikkkk punya, tapi last-last terjadi benda yang tak disangka-sangka dan akhirnya berhuhu je la kita ye hehehe.

Alkisahnya ringkas je ...

Ye, aku memang dah duduk bandar 27 tahun so by right aku mesti dah 'master' semua jalan kat KL ni kan! Lain la Pak Jelan bukan asal KL jadi tak boleh la nak salahkan dia kalau tak tau jalan.

Tapi tu la ... aku kalau ditanya bab jalan ni memang fail! Kalau takda navigator hancur, tapi rupa-rupanya pakai navigator lagi punah harapan hehehehe. Tak pasal-pasal kakak dan adik dicutikan dari sekolah gara-gara kami tersesat jalan. Ingat nak elak 'bala' SESAK jalan, tapi yang jadi SESAT jalan! 😂

Sat lagi nak kena buat surat tunjuk sebab kat cikgu pasaipa tak datang sekolah. Masalahnya, takkan nak cakap 'mak pak kami sesat jalan cikgu!' 😓 

Aduhhh .....




Macam mana nak berhijrah ke Canada lepas pencen nanti? Gi sekolah pun boleh tersesat! Haihhh ... 😂😂

2 comments:

  1. Kadang jalan berubah-ubah kan Nim.. boleh sesat dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. aduhai. gitu ye Nim.
    aida meamng fail jugak KL.
    yg aida tau jalan yg biasa lalu ajer dulu-dulu time belajar.
    jalan KL memang susah la pada aida.
    sebab tu asben aida sgt malas nak bwk kami ke KL.
    mesti akan sesat hu hu hu hu...
    kalau bandar melaka ni. ok. bak kata org pro, tutup mata pun boleh sampai ha ha ha :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?