Wednesday, October 18, 2017

# Carboot Sale Kota Damansara

Barang RM1 di CBS (Carboot Sale)


Assalamualaikum!


Aku selalu cakap barang kat cbs ni murah, tapi murah yang macam mana? Haa kali ni aku nak share barang yang berharga hanya RM1! Barang apa yang kita boleh dapat dengan harga semurah ini? Pada yang belum berkesempatan pergi ke sana, meh aku kongsikan sedikit ye.

Ok, memula kita cerita bab cuaca la ye. Cuaca memang ok ok ok sangat! Panas elok sampai ke tengahari walaupun ada mendung mendung sikit. 




Dan macam biasa lah, walaupun tengah bulan tapi pengunjung tetap ada memeriahkan cuti hujung minggu di sini. Tapak pun penuh seawal jam 3am menurut Pak Jelan. Memang CBS Kota Damansara tempat tumpuan peniaga dan pengunjung setiap minggu!

Ok, tanpa melengahkan masa jom kita usha barang RM1 di CBS minggu lepas.

















Kebanyakan barang RM1 ni barang seperti bahan bacaan, barang mainan kecil, tudung bawal dan baju bayi dan kanak-kanak. So memang murah dah tu kan! Tapi ada jugak pengunjung yang suka tawar harga mengarut lagi tak masuk akal walaupun barang tu dah jatuh harga sampai RM1! Ade ke patut barang dah harga RM1, dia minta tawar sampai LIMA POSEN??!! Mangkuk ayun punya orang kalau macam ni punya perangai. Ko tak fikir ke kos diaorang keluarkan untuk pergi ke sana dan yuran tapak yang kena bayar? 

Jangan buat malu keturunan ye minta harga macam tu ngan orang. Kalau dah benda tu RM1 ko takyah la tawar murah lagi. Nak beli bayar terus, takda duit buat cara takda duit. Golongan sebegini memang selalunya kena sound direct kat situ jugak! 

So, kalau korang beli barang sebelum nak tawar harga tu fikir-fikirkanlah ye. Jangan hanya tahu nak lepas diri sendiri je, harga RM1 pun nak minta murah lagi ke. Orang begini kita tak jual barang kat dia pun takpa!


3 comments:

  1. biasalah tu...saya meniaga barang basah harga rm1 pun ramai yang tawar-menawar lagi =)

    ReplyDelete
  2. Wow tak sangka ada juga harga RM1 macam ni. Boleh cuba usha jugak nanti ni.

    Hehehe.

    Jemput join giveaway Pisyek: Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting Percuma

    ReplyDelete

Apa kata korang?