ruangiklan
ruangiklan

Thursday, November 09, 2017

Projek D.I.Y dua beradik

  1 comment    
categories: 

Assalamualaikum!


Buku teks dah setel, so kat sekolah tak berapa nak belajar dah. Tapi cikgu kakak ada ajar projek D.I.Y dalam kelas dan akhirnya projek tu dibawa balik ke rumah. Memula kami tak faham kenapa dia minta baju tshirt yang masih elok tapi dah tak digunakan lagi, rupa-rupanya dia nak buat projek D.I.Y beg baju!

Wahhh teruja ibu mendengarnya! Tapi ibu takda baju yang tak muat, baju ibu masih muat lagi so guna baju ayah je la yek hehe. Bila si kakak buat, yang adik pun eksaited nak buat jugak. Ok la, kita bagi baju sorang satu. Simple je caranya, dah pernah tengok dalam video 5-minutes craft aritu.




Comel kan! Kasih sayang seorang ayah, sanggup bagi baju bila anak minta hehe. Padahal baju tu muat lagi, tapi dah jarang pakai sedekah aje la untuk projek D.I.Y anak. Malam tu, dia dua beradik langsung tak keluar bilik sebab nak buat beg baju ni.

Kakak memang suka belajar benda-benda kreatif dan D.I.Y macam ni. Di peringkat umur macam kakak dan adik, diaorang suka buat sesuatu yang baru. Bila dapat buat sendiri, terserlah kepuasan di wajah masing-masing. Cuma Mira bila susah sikit buat, ha mula la dia kuar suara merengek haha.


tekun sungguh kakak menggunting

Dah siap beg baju kakak!

Dah siap beg baju adik!


Beg baju adik punya tu sebenaqnya kakak buat di sekolah, tapi biasalah adik nampak hat cantik mesti nak punya haha. Terpaksa la kakak dia buat lagi satu. Yang ni siap ada letak bunga felt sebagai hiasan. Happy punya pasai, esoknya dia 'rasmi' terus bawa gi sekolah haha. Kebetulan pulak kena pulangkan buku teks, so letak dalam tu takda pulak bocor atau terkeluar. Terus aku cakap, boleh jadikan sebagai 'green bag' ni, gi kedai letak barang dalam ni je kan hehe.

1 comment:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.