ruangiklan
ruangiklan

Thursday, February 22, 2018

Umpama diberi susu tapi dibalasnya dengan najis!



Assalamualaikum!


Orang kata, pengalaman tu mematangkan kita. Tapi rasanya aku ni belum matang lagi kot sebab dah banyak kali kena ngan orang tapi masih tak 'insaf' lagi!

Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali dikenakan orang macam ni. Tapi aku still bagi peluang sebab percaya kita sama-sama cari makan, cari rezeki yang halal. Siapalah aku nak sekat rezeki orang lain, dan kalau orang itu berhajat nak minta sedikit bantuan untuk rezeki dia, maka tak salah kita berkongsi kan. Tapi ...?? 


Tapi ... bila kita bersungguh-sungguh nak kongsi rezeki, dia pulak buat taik! Aku bukan lah seorang yang sempurna dalam segala segi, tapi dalam bab meniaga aku ambil serius! Aku tak main-main dan aku tak suka orang main-main. 

Susah sangatkah untuk fokus dan serius? Kalau tak serius, jangan petik atau guna nama orang lain untuk kepentingan sendiri...simple kan? Aku takda masalah kalau orang nak minta bantuan tapiiiiiii tolonglah kotakan janji! Meniaga barang macam-macam, sana nak kejar sini nak kejar, bila pelanggan dah ada, awak pulak tak kotakan janji. 

Terkilan ... marah sebab aku ingat lain orang tak mungkin sama perangainya. Bila orang datang kat kita, kita 'raikan' dengan baik. Tapi apa sudah jadi? Buat macam kita ni takda nilai pada dia.

Nak meniaga ..buat cara meniaga. Jangan tamak haloba sangat nak kejar keuntungan semua penjuru tapi tak kotakan janji. Kita kena tahu tahap kemampuan kita dalam bisnes ni. Aku sendiri teringin nak buat lebih selain dari simpul kasih tu. Ingat aku tak teringin ke nak membaking, jual kuih macam orang lain? Tapi aku sedar kemampuan aku, sebab tu aku fokus pada satu bisnes je sampai sekarang. 

Tak tahulah aku ni bodoh ke atau baik tak bertempat. Malas dah aku nak 'merayu' kat orang yang tak reti menghargai bantuan orang lain mcam ni. Eloklah aku fokus pada bisnes aku yang satu tu ... simpul kasih dan blog kesayangan ni walaupun income blog tak 'selebat' dolu-dolu hahaha. 

Orang lain punya hal aku takmo serabut mikir ... buat semak paler otak je!

4 comments:

  1. ade je kan orang macam ni...tak suka..tapi kena hadapi gak..emmmm...bertabahlah anim

    ReplyDelete
  2. Semoga terus bertabah kalau bertemu lagi dengan mereka yang perangai macam ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.