Monday, April 30, 2018

# Informasi Dan Tips # Rumah Mampu Milik

Peluang Miliki Rumah Mampu Milik Dengan RUMAWIP



Assalamualaikum! Memiliki rumah pertama sendiri adalah impian bagi setiap orang terutama warga kota yang tinggal dan bekerja di bandar. Namun, faktor kos sara hidup yang tinggi menyebabkan komitmen untuk memiliki rumah sendiri di bandar terbatas. Selain itu kos pemilikan tanah dan kos penyediaan infrastruktur turut mempengaruhi keperluan untuk memiliki rumah terutama kepada warga kota yang bergaji kecil.

Demi memastikan warga kota di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat mengecapi impian memiliki rumah pertama sendiri, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mewujudkan satu program inisiatif iaitu Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) bagi merealisasikan impian ini.

Inisiatif bermula pada pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri yang menyedari tentang keperluan kerajaan menyediakan perumahan selesa dan mampu milik kerana ia merupakan keperluan asas rakyat. 

Bagi yang masih belum memahami RUMAWIP dan konsepnya, meh baca perkongsian ini.

Apa itu RUMAWIP?

RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

RUMAWIP hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Kelebihan RUMAWIP
  • memfokuskan kepada pemilikan rumah pertama sahaja dan mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah
  • 3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik adalah dalam bentuk rumah berstrata (pangsapuri)
  • harga jualan rumah mengikut definisi rumah mampu milik, iaitu RM300,00 dan ke bawah dengan keluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi
  • Lokasi rumah di pusat bandar, lengkap dengan kemudahan awam, seperti sekolah, pasaraya
  • turut diperlengkapkan dengan fasilitasi asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbagunakamera litar tertutup, sistem keselamatan 24 jamdan lot letak kenderaan untuk setiap unit

Siapa yang layak memohon RUMAWIP?
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Pendapatan kasar bulanan <RM10,000 (bagi bujang) dan <RM15,000 (suami dan isteri)
  • Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan



Projek-projek RUMAWIP Dibuka Untuk Permhononan

Demi memenuhi keperluan dan permintaan warga kota yang ingin memiliki rumah mampu milik, RUMAWIP kini membuka permohonan bagi projek-projek perumahan yang dijalankan. 


KONDO KIARA KASIH

Cadangan pembangunan 1 blok rumah mampu milik 40 tingkat (719 unit) yang mengandungi 8 tingkat podium tempat letak kereta, 1 tingkat kemudahan di tingkat 8 serta 1 tingkat tempat letak kereta bawah rendah di atas sebahagian Lot 57500, Mukim Batu, Jalan Sungai Teba, Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Keluasan : 850 kaki persegi
Bilangan Bilik : 3

Maklumat Lanjut >> SINI


LILY APARTMENT

Pembangunan 2 Blok Pangsapuri 37 Tingkat (556 Unit) Rumah Mampu Milik (RMM) dan Pusat Penjaja (31 Unit) Yang Mengandungi : 1) Blok a-28 Tingkat (250 Unit) 2) Blok B-28 Tingkat (306 Unit), Diatas 8 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta Dan Beserta Kemudahan seperti Surau, Gymnasium, Dewan Serbaguna, Ruang Kedai, Taman Permainan Kanak-Kanak & Taman Mini Rekreasi.
Keluasan : 820 kaki persegi
Bilangan Bilik : 3

Maklumat lanjut >> SINI


RESIDENSI KEPONGMAS 2


Cadangan pembangunan 1 blok Rumah Mampu Milik 25 tingkat (324 unit), podium tempat letak kereta 6 tingkat beserta kemudahan penduduk di atas Lot 80454, Jalan Ambong 2, Taman Metro Prima, Mukim Batu, Kuala Lumpur.
Keluasan : 800 kaki persegi
Bilangan Bilik : 3 

Maklumat lanjut >> SINI


Vista OUG @ Residensi Platinum OUG

Cadangan pembangunan 1 blok pangsapuri 220 unit kediaman di atas Lot PT15250, Kampung Muhibbah, Bukit OUG, Mukim Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Keluasan : 850 kaki persegi
Bilangan Bilik : 3

Maklumat lanjut >> SINI

Semestinya bagi aku, inisiatif yang ditunjukkan oleh KWP dan DBKL ini sangat bagus dan sewajarnya diteruskan pada masa akan datang, kerana ia memberi peluang kepada warga kota yang tinggal dan bekerja di bandar untuk memiliki rumah idaman mampu milik.

Sekurang-kurangnya kurang sikit beban warga kota untuk memikirkan tentang komitmen membeli rumah terutama pada masa sekarang. So, tak salah kita ambil peluang ini kan! 

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut tentang projekprojek RUMAWIP yang lain dan cara-cara memohon, korang boleh layari terus https://rumawip.kwp.gov.my/ 

33 comments:

  1. program yg bagus dlm usaha menyediakan perumahan kpd rakyat.

    ReplyDelete
  2. bagus program nih sebab dapat membantu mereka yang ingin mendapatkan rumah pertama dorang. RM300K ke bawah tuh memang murah kan area kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah dah kalau nak dibandingkan dengan harga semasa

      Delete
  3. Kena cepat rebut peluang ni, murah & berbaloi tu.

    ReplyDelete
  4. kita dh register..berbaloi..harga pun affordable..

    ReplyDelete
  5. Untungnyaa, rugi siapa tak apply.

    ReplyDelete
  6. Tgk rumah2 dia cntik. Harga pun murah. Sapa yg berkelayakan tu kene la cepat2 mohon sebelum soldout

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ... harga murah dah tu, siap dengan kemudahan segala

      Delete
  7. Alhamdulillah..mampu mengurangkan kos utk keluarga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ... kurangla sikit beban

      Delete
  8. Seronok depa dpt miliki rumah..sila rebut prlusng ok

    ReplyDelete
  9. Dgn adanya inisiatif dari Kementerian, dapat meningkatkan taraf hidup belia dan memiliki rumah idaman pada usia muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tanda keprihatinan pihak berwajib pada rakyat

      Delete
  10. Kena cepat rebut peluang. bertuahnya warga kota

    ReplyDelete
  11. Ruginya sapa yang tak rebut peluang ni kannn...

    ReplyDelete
  12. cantik cantik rumahwip ni yekk!

    ReplyDelete
  13. memang teringin sangat nak rumah sendiri. sebab org kata makin lama makin mahai kan

    ReplyDelete
  14. Orang Kl dah boleh ada rumah sendiri, mesti syok kalau ada rumah sendiri tak perlu tumpang rumah mertua ada mak ayah. Walaupn harga murah tapi cantik design rumah

    ReplyDelete
  15. Bagus sangt adanya projek RUMAWIP ni. membantu golongan warga kota untuk memiliki rumah sendiri pada harga rendah dari pasaran. Rumah pun cantik sangat. Tahniah #ketuakampungKL.

    ReplyDelete
  16. Orang KL, rebutlah peluang di depan mata.. :)

    ReplyDelete
  17. peluang nak beli rumah sendiri ini mmg dinanti2.. cik en sendiri pon mencari peluang.. nasib dapat yg murah.. klu KL tu lagi mahal.. ken arebut peluang ini.

    ReplyDelete
  18. Eh bagusnyaaaa. Nak try apply lah!

    ReplyDelete
  19. Haa yg layak tu jangantak lepaskan peluang yg ada kan

    ReplyDelete
  20. Marsha kalau dok KL ni layak apply ni

    ReplyDelete
  21. Murah, cantik dan berbaloi. Best orang wilayah dapat apply untuk yang layak.

    ReplyDelete
  22. Berkenan design RUMAWIP ni cantik2.. nampak mahal.. :)

    ...

    ReplyDelete
  23. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    ReplyDelete

Apa kata korang?