Powered by Blogger.

Friday, April 12, 2019

Sanah Helwah My Precious Pearls!


Assalamualaikum! Baaaachak! Aku tanya ape khabar semuaaaa hehe. Lamaaaa giler tak bersiaran nih! Pehal aku ni, dah tak nak main blog lagi dah ke. Aiseyyy bukan niatku tak nak main blog, tapi tugasan di dunia realiti lebih banyak dari di dunia maya ini.

Tapi yang banyak-banyak tu dah habis pun, so sekarang aku ada masa la untuk cerita pasal birthday anak-anak kesayangan hamba. Walaupun ibu lambat (lambat 3 minggu!) sikit mencoretkan tentang tarikh bersejarah kedua-dua puteri ibu, tapi ibu tak pernah lupa ok! Tak boleh lupa pun sebab ada je diaorang kasi peringat kat ibu hahaha.




Ibu saje pilih gambar atas ni untuk entri birthday kakak dan adik. Sebab ibu rindu momen awak berdua masa ni. Inilah basikal baru hadiah dari ayah untuk kakak dan adik. Sorang satu ok! Tapi masa tu adik tak pandai kayuh lagi, jadi adik tumpang duduk belakang kakak dan kakak kayuh. 

Muka adik tu macam nak nangis kenapa? memang adik nangis pun sebab dia gayat duduk belakang kakak atas basikal hehehe. Kuat dia genggam baju kakak takut jatuh. Padahal kakak kayuh takda laju mana pun haha.






Sekarang anak-anak ibu dah besar. Sorang dah masuk 12 tahun, tak lama lagi MyKid nak kena tukar jadi MyKad. Sorang lagi 10 tahun, tapi nampaknya sampai akhir tahun ni dia akan masih keanak-anakkan hehe.

Kenapa begitu cepat masa berlalu?? Anak-anak ibu dah la 2 orang je, bila Mira dah besar macam kakak ibu nak bermanja dengan siapa? Apapun ibu dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat kakak dan adik. 

Sanah helwah my precious pearls, moga kakak dan adik dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu dan hidup kamu diberkati Allah dunia dan akhirat. Maafkan ibu dan ayah andai ada kekurangan kami dalam mendidik dan membesarkan kamu. Maafkan kami atas kekurangan yang kami tak dapat berikan pada kamu. Tapi doa kami untuk kakak dan adik tak pernah putus tak pernah berkurangan. Moga anak-anak solehah ibu menjadi orang yang baik dan akan mendoakan untuk ibu dan ayah nanti.

Love,
Ibu

1 comment:

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.