Breaking

Wednesday, October 23, 2019

Bubur Ayam Tabur Sedap & Berkat!


Assalamualaikum! Minggu lepas aku dan mak nak cari bubur ayam untuk abah. Pergi gerai yang biasa jual tak buka pulak. Rupanya hari Jumaat memang tak buka. Nak tunggu rojak pun tak siap lagi. Kena la pergi cari kat tempat lain.



Walaupun kampung halaman sendiri, sumpah aku tak tahu lagi selok belok jalan kat Melaka ni hehe. Tunggu la bila aku bermastautin kat sini nanti. Hari-hari aku pusing satu Melaka! So aku dan mak pun melilau la sekitar pekan cari gerai yang jual bubur ayam.

Sampai satu tempat depan Petronas menghala ke Tehel, aku jumpa satu gerai kecil jual Bubur Ayam Tabur. Penjual tak nampak kelibatnya tapi ada signboard 'Solat'.




Rupanya tuan punya gerai belum pulang dari Solat Jumaat. Tapi pelanggan dah beratur depan gerai. Allahuakbar! betullah rezeki tak pernah salah alamat. Kalau kita yakin rezeki kita Allah yang pegang, kita tinggal macam mana pun orang akan tetap datang membeli. Ayam goreng pun tak berusik, elok Allah jagakan walaupun tuan punya gerai takda kat situ.

Suka tak bila kita jumpa penjual yang macam ni? Suka la..sebak dan insaf. Kalau dia boleh tinggal macam tu je gerai dia untuk pergi solat Jumaat, kita ni nak bagi alasan apa tak pergi solat Jumaat! Eh maksud aku kaum lelaki la.


Bubur Ayam Tabur


MasyaAllah bubur ayam ni harganya RM3! Lengkap telur masin, daun bawang, bawang goreng, lobak asin, ayam goreng cincang dan lada sulah. Rasanya cukup sempurna bagiku. Berkat sungguh dia jual dengan harga yang sangat murah!

Selain bubur, dia jual ayam goreng seringgit juga. Puas makan! 



Love,
Hanim

1 comment:

  1. Sedapnya! murah pulak tu RM3 je.Alhamdulillah rezeki nak beli bubur dapat. memang rezeki.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.