Powered by Blogger.

Monday, November 18, 2019

Tealive dah ada di PJ New Town!


Assalamualaikum! Wahhh sekarang peminat setia Tealive terutama di PJ dah tak perlu pergi jauh, sebab dekat PJ Newtown ni outlet Tealive baru saja dibuka kepada orang ramai. Kebetulan aku dapat tahu ni pun sebab kat instagram Tealive ada war-warkan pasal promosi BUY 1 FREE 1 di outlet-outlet terpilih.

So apa lagi, kita kasi terjah la! :p



Seronok la dua orang kanak-kanak riang tu bila dapat tahu Tealive dah dibuka di PJ ni. Lepas ni boleh pergi hari-hari la ye ma, kata yang si kecil tu. Amboiiiii Mira, takda maknanya nak pergi hari-hari. Ini pun kebetulan kita ada kat PJ, kebetulan juga ibu dapat tahu ada promosi BUY 1 FREE 1 selama 3 hari sehingga semalam (Ahad) so ibu onzzzzz je!






Syukur masa kitaorang datang, orang tak ramai beratur lagi. Lepas pukul 3pm pun barisan masih terkawal lagi, mungkin sebab cuti hujung minggu orang banyak bertumpu kat Amcorp Mall. Tapi lama-lama ramai juga beratur sebab ternampak promosi tu.

Tempat duduk di dalam pun selesa dan luas. Selesa la sambil menunggu minuman kita siap. Oh ya, pada yang masih tercari kat mana Tealive ni korang boleh je google maps atau kalau yang dah biasa datang, cafe Tealive ni sebaris dengan cafe Papparich.

Peminat-peminat Tealive




Yeaaaa! Bang Bang Milk Tea kitaorang dah siap! Ibu punya beli guna tebus ganjaran kat DiGi Apps so bayar RM3.99 je. Tambah lagi RM1 untuk dapatkan  Large. Yang kakak dan adik punya guna promo BUY 1 FREE 1.

Puas sangat masing-masing dapat sorang satu. Pilih yang Large pulak tu hehe, memang syok la! Yang bestnya BUY 1 FREE 1 ni, kita order Large kita boleh order satu lagi Large. Kalau kita order Regular kemudian satu lagi kita order Large, kita kena tambah duit untuk Large tu. So better amik Large terus dua-dua tak perlu tambah duit kan hehe. Faham ke tak? Tak faham buat-buat faham dah la.

So, itu je lah nak kabo. Kalau korang datang PJ bolehlah cuba Tealive kat sini pula. Haihh lepas ni diaorang tak pandanglah air boba kat Family Mart tu dah. Boba dia dah la ada yang tak masak, lepas tu tak puas minum. Oppss! terkomplen pulak hehe. Tapi tak bolehlah selalu layankan tekak tu nak air maneh je ye. Sebulan sekali boleh la hahaha....


Love,

Hanim

1 comment:

  1. bkn main mtk pegi tealive ari2.. haha..

    xprnh rs lg tealive ni..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.