Powered by Blogger.

Wednesday, November 06, 2019

Wedding Couture Di Tanah Perkuburan


Assalamualaikum! Pagi-pagi dah tersedak tengok gambar 'pengantin'. Ni bukan sebarang 'pengantin' ni. Tak pernah dibuat orang bergambar di tanah perkuburan. Apatah lagi di perkuburan orang yang berlainan agama dengan kita. Astaghfirullahalazim.

Dulu pernah viral gambar selfie ditanah kubur. Hamba Allah yang post gambar tu di media sosial teruk kena kecam dengan warga netizen. Kali ni kes upgrade sikit, grave bride Tu omputih kata, kalau Melayu kata pengantin kubur namanya hehe.


sumber : fb


Aku tak pastila apa motif diaorang shoot gambar di kawasan perkuburan. Hatta nak kejar sangat tema 'pengantin hipster' sekalipun, jangan lah sampai shooting di kawasan perkuburan. Kau tak hormat tempat orang satu hal, kau bertudung mengenakan busana pengantin Melayu bagai berlatarbelakangkan kubur orang Kristian .... couture celah mananya??? 

Aku tak nampak dimana manisnya, dimana serinya buat outdoor shooting di tanah perkuburan untuk promosikan baju pengantin. Tak kisahlah kubur orang Kristian ke, kubur orang Islam ke, jerat Cina ke, kubur orang Hindu ke, kubur orang Sikh ke. Dan aku tak boleh nak puji atau berfikiran positif sebab aku tak nampak dimana positifnya melainkan bersikap sarkastik haha. 

Nak husnuzon pun tak boleh diknon :p


sumber : fb

sumber : fb

Memandangkan isu ni dah viral dan gambar yang dipaparkan adalah susuk wanita berpakaian pengantin Melayu di tanah perkuburan Kristian, maka impaknya lebih ketara dan sensitif sekaligus mengundang kemarahan warga netizen. Barangkali kalau gambar itu adalah wanita non-muslim berpakaian gaun pengantin ala-ala omputih dengan free hairnya, dengan bunga ditangan mungkin tak jadi hal sangat. Itu pun belum tentu boleh terselamat dari kecaman orang.

Persoalannya sekarang, orang Kristian sendiri pun tak 'berselera' nak buat shoot gambar baju pengantin couture diaorang kat tanah kubur mereka sendiri, dah kenapa yang bukan ahlinya yang buat? Ke ada cita-cita nak masuk situ juga satu hari nanti?? Tak boleh hadam aku benda ni! 


sumber : fb

Apapun, aku dimaklumkan tuan punya fb sudah deactivate akaun dia, sebab stres tak tahan dimaki dicaci oleh warga netizen. Kami yang tengok gambar-gambar ni pun stres kak. Benda-benda macam ni bukan sepanjang masa kita boleh terima dalam masyarakat, apatah lagi ia melibatkan sensitiviti agama dan kaum lain di negara kita. Bukan semua tempat kita boleh 'langgar' semata-mata nak mendapatkan hasil "couture" yang hebat. Ini bukan couture kak, ini main 'kotor' namanya. 

Lesson learnt for them. Moga ini menjadi pengajaran buat kita semua juga.


Pengantin lama,

Hanim

4 comments:

  1. tuan pnye gmbr ckp utk koleksi peribadi tp silap dia jgk pegi ltk kat fb..
    xpsl2 mengundang kecaman.. xpsl2 dpt stress.. haha..

    adoi xleh pk amnde dlm pale otak dia mase shoot gmbr ni..

    ReplyDelete
  2. Gilalah.. ini betul-betul mengundang maki hamun..
    Punyalah banyak tempat lain, dekat kubur juga nak bergambar..

    ReplyDelete
  3. Astaga.. siap baring bagai ya, tak tau pulak Kak Sue ada gambar baring nie. Machiam.. machiam..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.