Breaking

Showing posts with label Sekolah Menengah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Menengah. Show all posts

Friday, February 16, 2024

Friday, February 16, 2024

Bye Assunta, Bye Taman Petaling!

 

Dari tadika sampai la ke sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah, setelah 12 tahun anak-anak aku bersekolah di PJ akhirnya aku amik keputusan untuk tukarkan sekolah mereka di KL tahun ini. 


Perancangan nak tukar sekolah tu memang ada dan dah lama nak buat, tapi aku asyik bertangguh. Urusan persekolahan anak-anak memang aku yang uruskan dari dulu sampai sekarang. Jadi, nak tukar sekolah pun aku jugak yang kena turun naik PPD dan sekolah diaorang.


Memandangkan kakak dah Form 5 tahun ni, dia kerap mengadu penat bila balik dari sekolah sebab terkejar-kejar nak mengulangkaji. Jarak sekolah antara PJ dan KL pun agak jauh, kalau jalan jem mau sejam baru sampai umah.


Dulu aku keje waktu pejabat, bolehlah hari-hari hantar dan amik anak-anak dari sekolah.Tapi sejak aku keje syif ni aku lebih banyak masa di KL dan kalau anak-anak hari pergi sekolah means aku kena ulang alik KL-PJ setiap hari. Makan minyak, makan masa, makan tenaga jugak!


Fikir punya fikir, aku nekad tukarkan diaorang sekolah dekat dengan rumah. Lalu, minggu akhir Januari aku pergi ke pejabat sekolah kakak dan adik untuk ambil borang pertukaran sekolah. Kakak dan adik tidak bersekolah di sekolah yang sama ye. Kakak di SMK Assunta dan adik di SMK Taman Petaling. 



Kenapa tak sama sekolah?


Sekolah kakak ada dua sesi pagi dan petang. Sekolah adik hanya satu sesi je. Bila kakak dah Form 3 adik baru Form 1 dah tentu sesi persekolahan mereka takkan sama kalau satu sekolah. So, aku asingkan supaya mereka boleh balik sekolah pada waktu yang sama. Menyenangkan untuk aku ambil dan hantar mereka juga. Bayangkan kalau sorang sekolah pagi, sorang sekolah petang. Kena ulang alik KL-PJ berapa kali satu hari? Keghingggggg minyak kereta wak! hahha...


Tahun ni kakak dan adik Form 5 dan Form 3, jadi diaorang sesi pagi. Oh sekolah baru diaorang ni pun rupanya satu sesi jugak rupanya haha. 


Bila dah isi borang, aku lampirkan salinan yang diperlukan macam IC kakak dan adik, IC aku dan encik suami, sijil nikah dan bil elektrik. Memandangkan aku tukar sekolah dari PJ ke KL, maka aku kena pergi ke PPD Bangsar/Pudu untuk hantar borang tukar. 



Alhamdulillah pihak sekolah Assunta dan Taman Petaling saaaaaaaaangat membantu memudahkan urusanku. Dalam 2 hari je aku dah pergi ke PPD hantar borang. Jawapan dari PPD pulak kena tunggu 5/2/2024. Berdebar rasa macam aku pulak yang tukar sekolah haha.


Dah dapat surat kelulusan dari PPD, aku bawak anak-anak daftar di sekolah baru. Minggu tu minggu terakhir sebelum cuti Chinese New Year. Kakak dan adik pun dah dapat tahu kelas masing-masing. Kini semuanya dah selesai, so nanti bukak sekolah dan sesi baru kakak dan adik akan bersekolah di sekolah yang lebih dekat dengan rumah. Diaorang memang nervous tapi insyaAllah semua itu dapat diatasi. 




Semoga anak-anak ibu terus cemerlang walau dimana jua berada!

Tuesday, April 05, 2022

Tuesday, April 05, 2022

Hari pertama sekolah

 

Assalamualaikum! Setelah dua minggu mereka pdpr, akhirnya pada tarikh 4hb April mereka mula masuk sekolah secara bersemuka. Orang lain dah habis update gambar anak-anak hari pertama persekolahan. Ada yang kongsi gambar bekal anak-anak (sebelum posa aritu), ada yang kongsi gambar anak balik dari sekolah.


Aku baru nak kongsi gambar hari pertama kakak dan adik pergi sekolah. Tapi sayang, mama tak dapat ikut hantar kakak dan adik ke sekolah pada hari pertama. Disebabkan oleh SOP yang tidak membenarkan ibubapa stay kat sekolah anak. 


Adik tanya juga, mama tak boleh masuk sekolah adik ke? Aik ... nak kena hantar sampai ke kelas ke? Dia tersengih aje macam kerang busuk hehe. Nak mama hantar la tu. Feeling macam masuk darjah satu gamaknye hehe.




Adik dah sama tinggi ngan kakak. Panjang dah anak-anak mama. Dua-dua bersemangat hari pertama sekolah. Ye la, dah berapa lama mereka tunggu saat ini. Terutama kakak, dua tahun dia tak dapat aktif di sekolah disebabkan Covid-19. Memang hari inilah yang ditunggu-tunggu. Sebab tu semangatnya berkobar-kobar lain macam.


Untuk adik pulak, pastinya bersemangat nak jejakkan kaki pertama kali di sekolah menengah. Bab kawan mama tak risau sebab adik kenal kebanyakan kawan-kawan dia. Ada juga yang dari sekolah rendah dan sekolah agama yang sama. 


Selamat bersekolah anak-anakku. Rajin-rajinlah belajar. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk menimba ilmu di sekolah. Harapnya biarlah mereka dapat peluang pergi sekolah dan aktif semula kan.

Thursday, March 31, 2022

Thursday, March 31, 2022

Perlu ke terima suntikan Tetanus?

 


Assalamualaikum! Vaksin ape pulak dah ni. Tak habis-habis cucuk sana cucuk sini. Hari tu cucuk vaksin untuk Covid-19. Yang ni cucuk vaksin untuk Tetanus pulak. 


Tetanus ni apa pulak? Haa ibubapa kena ambil tahu juga pasal Tetanus ni ye. Nanti anak-anak tanya kenapa kita kena ambik vaksin Tetanus ni? Takde la tergagap-gagap nak jawab.


Apa Itu Tetanus?

Sejenis penyakit kancing gigi yang melibatkan sistem saraf yang boleh menyebabkan kekejangan otot. Boleh bayangkan tak macam ketap gigi tu. Punca daripada jangkitan kuman Clostridium Tetani yang terdapat dalam tanah, habuk dan baja. 


Antara gejala penyakit kancing gigi :
  1. kekejangan pada otot rahang (ketap gigi)
  2. kekejangan pada otot lain seperti otot pernafasan, leher, paha dan lain2
  3. kesakitan akibat kekejangan
  4. sukar untuk menelan
  5. sawan perubahan pada tekanan darah


Biasanya orang kaitkan penyakit kancing gigi dengan terkena karat besi. Tapi bukan karat tu penyebabnya tapi kuman Clostridium Tetani yang terdapat pada karat besi yang terdedah. Adapun, ia juga tersebar melalui titisan daripada batuk atau bersin.




Suntikan Tetanus termasuk dalam jadual imunisasi kebangsaan. Jadi pelajar tingkatan tiga perlu dapatkan suntikan ini di klinik kesihatan atau klinik desa yang ditetapkan. Lepas tu surat pengesahan yang diberi oleh klinik perlu dibawa ke sekolah untuk diberi pada guru nanti.


Macam biasa, aku temankan kakak hari tu. Urusan berjalan dengan lancar dan cepat alhamdulillah.


sumber : doctoroncall


               


Vaksin Tetanus

Seperti vaksin-vaksin lain, vaksin Tetanus bukanlah fungsinya mencegah terus dari penyakit kancing gigi. Tapi, vaksin ini berfungsi membina imuniti untuk melawan kuman Clostridium tetani. Kalau terkena kancing gigi, komplikasinya tidak seteruk berbanding yang tidak divaksin.


Terdapat 4 jenis vaksin yang boleh berfungsi untuk melindungi anda daripada penyakit tetanus atau kancing gigi.


Jenis Vaksin
Penyakit Yang Disasarkan
Golongan Yang Menerima Suntikan
DTaP
Difteria, Tetanus, Pertussis (Batuk Kokol)
Bayi seawal 6 minggu sehingga kanak-kanak
berusia 6 tahun
DT
Difteria, Tetanus, Pertussis (Batuk Kokol)
Bayi seawal 6 minggu sehingga kanak-kanak
berusia 6 tahun yang tidak boleh menerima vaksin pertussis
Tdap
​Difteria, Tetanus dan Pertussis
- Golongan remaja (11-12 tahun)

- Golongan dewasa

-Ibu mengandung

Td
​Difteria dan Tetanus
Golongan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dan orang dewasa
sumber : doctoroncall


Friday, March 25, 2022

Friday, March 25, 2022

Hari pertama Mira bergelar pelajar sekolah menengah

 

Assalamualaikum! Dalam dua tiga hari ni, masih ramai ibubapa yang update gambar-gambar dan kongsikan momen anak masing-masing kat media sosial. Aku faham sangat kalau ibubapa suka share gambar hari pertama, sebab waktu ni lah anak-anak happy tak sabar nak jejakkan kaki di sekolah.


Ibubapa pun mesti tumpang happy kan. eksaited tengok anak masuk kelas dan mula belajar benda baru. Ada juga yang share gambar bekal makanan, beg berat, tudung senget dan macam-macam lagi la ragam anak-anak bila balik sekolah. Memang tak dinafikan itu juga kegembiraan buat ibubapa. Aku pun suka share masa kakak dan adik sekolah rendah dulu.


Kini diaorang dah meningkat remaja, dua-dua dah bergelar pelajar sekolah menengah. Cumanya, bagi Mira hari pertama dia dan kawan-kawan Tingkatan 1 hingga 3 dah kena Pdpr di rumah. Jadi, semangat nak share tu ke 'laut' hahaha.




Tapi tetap mama abadikan kenangan hari pertama sekolah Mira di dalam blog mama. Walaupun Mira tidak lengkap berpakaian sekolah, hanya duduk bersila dalam 'kelas' sambil tekun mendengar penerangan dari guru, ibu tetap teruja dan tersenyum lega melihat semangat Mira.


Kakak toksah cakap, dia memang bersemangat mengadap pdpr seperti biasa walaupun tahun ni dia dah Tingkatan 3. 


Persiapan sekolah pun belum ada lagi. Mama dahulukan buku-buku je dulu sebab nak guna untuk pdpr. InsyaAllah hujung bulan kita beli baju pulak ye. Jangan dah beli tetiba umum sekolah tutup balik udoh! Nanti mama pulak pakai baju sekolah pegi keje hahaha .... buang tebiat mama!


Tuesday, March 22, 2022

Tuesday, March 22, 2022

Tolong jangan pdpr lagi!


Assalamualaikum! Pagi yang indah, sejuk mata memandang. Dalam banyak-banyak sekolah, sekolah adik la yang paling banyak pokok di sekeliling. Ni kalau pagi-pagi belajar dalam kelas rasa tenang je, hirup udara segar, senang ilmu nak masuk dalam otak.


Rutin mak-mak bila sekolah nak buka. Harini aku bersiap sedia depan pintu kedai buku. Ada beberapa parents yang dah tiba lebih awal. Ikut jadual bukak pukul 9.30am. Tapi biasanya, kalau berjanji 9.30 bukaknya belum tentu 9.30 kan haha. Kena faham la paling koman pun kena tunggu setengah jam lagi. Mujurlah, dia sampai 10 minit lepas tu.



Kami yang duduk depan pagar pengawal sekolah terus berjalan kaki ke kedai buku. Kena beratur cepat bila parents dah ramai ni. Tunjuk je senarai buku tingkatan 1 yang wajib dibeli dan bayar. Walaupun sekolah dibuka pada 21 Mac, tapi adik masih perlu belajar secara pdpr di rumah sehingga 3 April.


Bila beratur feeling dia macam anak nak masuk darjah satu walhal dah tingkatan 1! Sekolah kakak lebih praktikal. Ibubapa hanya dibenarkan beli buku dengan cara drive-through. Sebut tingkatan berapa dan terus orang bookshop tu hulur beg plastik berisi buku dan ibubapa hulur duit je dari dalam kereta.





So setel sudah buku-buku adik. Tak banyak benda nak dibeli buat masa ni sebab kakak dan adik kena pdpr dulu. Start posa barulah diaorang boleh jejakkan kaki di sekolah baru, jumpa guru kelas baru dan belajar bersama kawan-kawan baru. 


Ya...harap-harap begitulah perancangannya. Kalau boleh janganlah pdpr lagi tahun ni. Budak-budak dah 'lemau' belajar dengan cara ni. Since kebanyakan pelajar sekolah menengah pun ramai yang dah vaksin, aku takda kebimbangan kalau anak-anak pergi sekolah. Yang penting jaga SOP. 


Moga diaorang ada peluang untuk belajar secara normal, dalam kelas macam dulu.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.