Parenting & Tips
Tuesday, October 07, 2014
Indoor vs Outdoor
Assalamualaikum!
Tak dinafikan kadang-kadang aku lebih suka mereka layan kartun kat iPad tu atau men game yang dah sedia diupload. Dengan cara itu, aku lebih mudah memantau aktiviti diaorg, sambil-sambil tu aku boleh buat benda yang aku suka macam memasak, kemas rumah, makan, tido ... ehh ehhh! hahaha.
Tapi at least dengan cara tu aku tahu mereka selamat dengan aku. Payah sungguh aku nak beri kebenaran mereka bermain berdua di luar rumah tanpa pengawasan aku. Bukan tak percaya pada mereka, tapi dengan banyak benda yang berlaku di zaman ini, memang aku tak sanggup nak amik risiko!