Breaking

Friday, September 08, 2017

Friday, September 08, 2017

Cara Perkahwinan Zaman Jahiliyyah


Assalamualaikum!


Sedikit perkongsian ilmu di hari Jumaat penuh barokah ini. Moga dengan perkongsian ini, kita dapat menambah ilmu yang sedia ada dan perbaiki cara hidup mengikut syariat Islam. 


gambar hiasan


Berminat nak tau cara orang zaman jahiliyyah berkahwin, sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw? Isteri baginda Nabi saw sendiri, ibu sekalian umat Islam, Sayyidatina A'isyah telah ceritakan pasal cara-cara umat jahiliyyah dulu berkahwin. 


[Sanad hadis] Telah berkata Yahya bin Sulaiman, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb dari Yunus -dalam riwayat lain- Dan Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Solih, telah menceritakan kepada kami Anbasah, telah menceritakan kepada kami Yunus dari Ibnu Syihab ia berkata; telah mengabarkan kepadaku Urwah bin Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi saw telah mengabarkan bahawa "Sesungguhnya pada masa Jahiliyah ada empat macam cara pernikahan:

1. Pertama, adalah pernikahan sebagaimana yang dilakukan orang-orang pada masa sekarang ini, iaitu seorang lelaki meminang kepada wali si wanita, kemudian memberikannya mahar lalu menikahinya. 

2. Kedua, seorang suami berkata kepada isterinya pada saat isterinya sedang suci (tidak haid), "Pergilah temui si Fulan (lelaki lain yang lebih elok darjat atau rupanya) dan bergaullah (bersetubuh) dengannya." Sementara si suami menjauhi isterinya itu sementara waktu (tidak menyetubuhinya) hingga benar-benar ia hamil dari hasil persetubuhannya dengan lelaki lain itu. 

Dan jika terbukti telah hamil, barulah si suami tadi menggauli isterinya bila-bila masa ia suka. Si suami melakukan hal itu, hanya untuk mendapatkan keturunan yang baik (dari segi darjat dan rupa). Istilah nikah ini adalah Nikah Al-Istibdlaa'

3. Kemudian yang ketiga, sekelompok orang lelaki (kurang dari sepuluh lelaki) menggauli seorang wanita (dalam satu masa atau selang masa yang singkat). Dan jika ternyata wanita itu hamil dan sudah melahirkan, maka setelah masa bersalinnya berlalu beberapa hari, wanita itu pun akan mengirimkan surat kepada semua lelaki tadi, dan tidak seorang pun yang boleh menolak. Hingga mereka semua pun berkumpul di tempat si wanita itu. 

Lalu wanita itu pun berkata, "Kamu semua telah tahu apa perbuatan kamu yang dulu. Dan aku telah melahirkannya, maka anak itu adalah anakmu wahai Fulan." Yakni, wanita itu memilih salah seorang dari mereka yang ia sukai, dan lelaki yang ditunjuk itu tidak boleh mengelak. 

4. Kemudian yang keempat; Orang ramai berkumpul, lalu menggauli seorang wanita, dan tak seorang pun yang dapat menolak bagi orang yang telah pernah menggauli wanita. Para wanita itu adalah wanita pelacur. Mereka meletakkan tanda pada pintu-pintu rumah mereka sebagai tanda, siapa yang ingin bersetubuh dengan mereka maka ia boleh masuk dan menggauli mereka (dengan bayaran). 

Dan ketika salah seorang dari mereka hamil, lalu melahirkan, maka mereka (semua lelaki itu) pun dikumpulkan, lalu dipanggilkanlah orang yang pandai selok belok nasab (Al Qafah), dan si Al Qafah inilah yang menyerahkan anak si wanita itu kepada orang yang dianggapnya sebagai bapanya, sehingga anak itu dipanggil sebagai anak darinya. Dan orang itu tidak boleh mengelak.

Maka ketika Nabi Muhammad saw diutus dengan membawa kebenaran, beliau pun menghapuskan segala bentuk pernikahan jahiliyah, kecuali pernikahan yang masih diamalkan oleh orang-orang hari ini (cara pertama)."

[Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, no 5127]

Ini adalah salah satu dalil yang menunjukkan Nabi saw menghapuskan cara-cara perkahwinan jahiliyyah yang penuh dengan syubhah dan bermasalah. 3 cara yang dihapuskan itu bersifat tidak adil dan merosakkan akhlak, pemikiran, keturunan, wujud penindasan, dan menimbulkan kekeliruan/ketidak-puashatian pelbagai pihak.

Malangnya hari ini wujud sesetengah pihak cuba menghidupkan semula cara perkahwinan seperti ini, samada pihak atheist, atau mereka yang terpengaruh dengan gaya hidup dunia barat (yang bergaul bebas dan suka seks sebelum kahwin). Hadis ini juga mempunyai kaitan dengan hukum anak tidak sah taraf berbin/binti bapa biologinya.

Semoga kita, lebih-lebih lagi anak-anak kita dijauhkan dari malapetaka masalah sosial sebegini rupa.

kredit : SINI

Wednesday, September 06, 2017

Wednesday, September 06, 2017

Kenapa sanggup bersusah payah demi ayam?


Assalamualaikum!


Itu adalah satu soalan yang pernah aku ajukan pada mak pada tahun-tahun sebelum ini. Aku tak faham kenapa mak begitu bersungguh-sungguh sanggup menghabiskan duit demi nak mencantikkan reban ayam belakang rumah tu, walhal takda sapa nak datang menengok pun. Takda sapa heran pun kalau reban tu senget ke, nak runtuh ke, yang penting diaorang datang dapat beli ayam!

Tapi itulah mak eton. Dulu kami bela kucing pun macam tu jugak. Walaupun tidak semewah ayam-ayam mak sekarang, tapi boleh dikatakan bahagia hidup kucing-kucing yang mak bela dulu. Baik di rumah, mahupun di tempat dia bekerja. Dibelainya, tido sekali dalam bilik, dinyanyikan sebelum tido ... haiii manja melampau kucing-kucing mak dulu! hehe.

Sebab tu bila mak balik kampung mulakan hobi bela ayam, perangai dia tetap sama. Walhal, dia bukan peniaga ayam kampung sepenuh masa. Ayam tu pun bukan macam kucing, boleh dipegang dibelai dicium. Kita datang dekat je dia dah lari! Tapi bila tabur jagung dia mencanak datang mematuk. 


masa untuk makannnn! 
Cer baling jagung, memang laju dia mematuk.


Tapi macam mana aku cakap pun, mak eton tetap istiqomah bela ayam bertahun-tahun lamanya. Tak pernah dia jemu melayan ayam-ayam dia setiap hari. Lepas solat Subuh, dia akan buka pintu reban dan lepaskan ayam-ayam tua ke tanah. Yang kecik lagi, ayam yang masih mengeram lagi dia biarkan dulu dalam reban. Kang kul 9 lebih kang dia gi bersihkan reban ayam pulak. Lepas dah bersih, bagi makan dedak dulu. Anak ayam makanannya lain, ayam remaja dan ayam tua makanannya lain. Kang tengahari mak eton masak nasi pulak tuk ayam-ayam dia. Masak nasik ok! Bertuah ko wahai ayam-ayam ... walaupun ko ditakdirkan untuk jadi lauk tapi kenyang jugak perut ko mak eton buat haha!

Ayam mak eton tu je la kejenye ...mematuk je! Sampai terik dah aku tengok tempolok tu! Selagi belum azam maghrib selagi tu la dia tak berhenti mematuk. Mak eton pernah cerita, pernah sekali tempolok ayam dia bocor sebab terkena dawai pintu reban ayam. Bila patuk jagung, jagung tu keluar balik dari tempolok dia. Kesian ayam ...  tu yang mak tekad nak renovate reban ayam yang dah usang ni.


ayam-ayam wan


Cakap pasal reban ayam, sebelum kejadian nak renovate reban ni dekat 7 orang 'kencing' abah! Maksudnya, berjanji di mulut nak buat tapi batang hidung tak nampak sampai ke sudah. Ada yang datang, cakap boleh buat pastu suruh beli kayu untuk reban tapi esoknya dia hilang dari pandangan. Memang kuat nipu orang Melayu ni. Tak boleh buat, ko cakap je la tak boleh buat. Gi nipu orang buat ape, bodo ngat!

Akhirnya, rezeki mak dapat jugak abah carikan tukang buat reban ni. Walaupun orang ni kerja siang tapi petang dia balik, dia akan singgah buat sehingga maghrib. Dia je lah harapan mak abah untuk siapkan reban ayam ni. Yang lain hancusss tak boleh pakai punya orang!


Mira je la layan ayam, kakak dah tak pandang dah sekarang.


Sejak mak eton bela ayam ni, mak eton takda kawan rapat kat kampung. Kalau ada pun dia berborak dengan jiran depan umah tu je la. Dari pagi sampai petang dia dengan ayam dia je. So nak membawang tak boleh la kan haha. Dia lebih suka layan ayam dari duduk dalam umah tak buat ape. Katanya, bela ayam takda la sunyi sangat. Anak menantu cucu jauh dari mata, ayam-ayam ni la yang temankan mak setiap hari. Kalau ada orang nak beli, baru dia jual. Kalau anak menantu cucu balik, dia akan potong buat lauk. Walaupun kos tanggung makanan ayam-ayam ni boleh cecah ratus setiap bulan tapi, mak eton tetap istiqomah membelanya. Kami nak halang pun tak sampai hati, walaupun kami tahu mak eton penat uruskan reban ayam setiap hari. Abah pulak memang dah tak larat nak buat kerja berat, memang mak la yang uruskan dari A to Z kat reban tu.


in progress


Renovation reban ayam mak eton masih dalam proses, baru 60% siapnya. Nak tukar seketul terus tak mampu woooo, tapi tukar pintu ngan jaring dan lantai tu boleh la. Janji jangan runtuh je reban tu. Setiap pintu lain kategori ayamnya. Ada yang anak ayam duduk ngan mak dia, ada yang mak ayam tengah mengeram telur, ada yang ayam dara, ada yang ayam tua ... hahaha! Parokkkk ...tapi hanya mak eton je yang kenal ayam-ayam dia. Aku tengok samaaaaaa je!

Tujuan mak eton suh renovate reban ayam ni pun sebenarnya untuk memudahkan dia membersihkan reban ayam setiap hari. Kalau 'tembak' air tu senang sikit taik ayam jatuh ke bawah hehe. Bila bersih ayam pun sihat, kita makan pun sihat kannnn hehe.

Moga tercapai hajat mak eton nak cantikkan 'banglo' ayam-ayam dia. Mujur mak eton tak suh tambah lif naik tingkat dua kan ...hahaha!

Tuesday, September 05, 2017

Tuesday, September 05, 2017

Jangan makan depan Mira!


Assalamualaikum!


Cuti panjang sudah pun berakhir. Warga kota telah kembali ke bandar menjalani kehidupan seperti biasa. Bagaimana ya hari ni? Ada yang sudah masuk pejabat, atau sambung cuti lagi? hehe. Ikutkan tahap kemalasan, memang rasa nak sambung cuti ye dak. Tapi bila memikirkan kerja di opis yang sedang menunggu dengan kertas berselerakan di atas meja ...hurmmm marilah kita jadi pekerja mithali ye hehehe.

Tapi kakak tak pergi sekolah hari ni. Dia demam pulak...kesian anak ibu. Mulanya kaki terpelecot, lepas tu terus jadi demam dan batuk. So, dapat la dia mc satu hari. Kalau demam berterusan jugak, kena gi klinik balik amik darah huhu. Moga anak ibu cepat sembuh ya.

Cerita pasal Mira pulak, haiii ... pedih hati bila mengenangkan ayat dia semalam. Walaupun dia takda niat nak cakap macam tu, tapi kata-kata spontan dia tu membuatkan aku terfikir sejenak ... hurmm.

Alkisahnya, malam tadi aku ke dapur. Ku tenung nasi yang berbaki dan separuh ikan masam asam pedas dalam periuk. Niat dihati takmo membazir. Siapa pula yang akan makan lagi memandangkan hari dah larut malam sangat. Kalau ditunggu esok, pastinya basi. Nehi!nehi! Mana mungkin aku akan membiarkan lauk sesedap itu disia-siakan?? Lantas ku ambil pinggan, ku cedok nasi dan lauk dan kusatukan. Ku bawa kedepan, kududuk disofa ... ku baca bismillah dan aku makan. Selang dua suap, si Mira datang ....."aikk! makan lagi??" Toinggggggggggggggggggg! pedihnya disituuuuu wakkkkkkk! 😑

Dia bagi penekanan terus pada ayat tu dengan perkataan LAGI, seolah-olah ibunya baru lepas makan 15 minit yang lalu. Walhal waktu terakhir ibu makan adalah 6 jam yang lepas! Haiii la anak ... dikau membuat diri rasa bersalah menjamah nasi diwaktu malam .... hehe! 

Lepas ni kena makan sembunyi-sembunyi la gamaknya. Kalau nak makan larut malam, tak boleh makan depan Mira. Trauma dengar ayat aikkk! makan lagi? dia tu huhu..


Misi tercapai! tinggal kuah asam pedas sedap melekat!



Thursday, August 31, 2017

Thursday, August 31, 2017

Merdeka 60, raya aidiladha dan sambung cuti 4hb September!


Assalamualaikum!


Dah 60 dah usia kemerdekaan negara kita yang tercinta. Apa kita buat untuk sambut merdeka? Budak-budak sekolah memang eksaited bab sambut-menyambut merdeka ni kan. Kat sekolah, ramai-ramai pegang bendera waktu perhimpunan dan nyanyi lagu merdeka sampai bergema dewan sekolah. Kalau sekolah menengah, murid-murid akan buat pentomen atau sajak atas pentas. 

Bulan ni bukan saja kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 60, tapi insyaAllah kita bakal menyambut raya aidiladha esok. Cuti yang dinanti-nantikan oleh orang bandar sebab serentak dengan cuti raya aidiladha dan cuti sekolah. Jalan di KL pun tak jem macam selalu, sebab ramai yang ambil kesempatan pulang kek kampung masing-masing.


Tahniah buat Malaysia juga sebab berjaya capai sasaran 111 pingat emas malah lebih lagi dari tu! Walaupun ramai yang kecewa Malaysia gagal raih emas untuk final bola sepak malam kelmarin, tapi still kita juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhan. Kalah dan menang adat pertandingan, masih ada ruang dan peluang untuk kita perbaiki mutu permainan di masa akan datang. 

Dan semalam juga PM umum Isnin 4hb September sebagai cuti peristiwa bagi Malaysia. Aku tak tengok tv pun, tapi cik abg yang bagitau hehe. Sambung cuti ... sapa tak mau weh hehe.  


sambutan merdeka di opis


Tak kira dimana kita berada, setinggi mana kita menggapai langit, semahal mana pun pakaian yang kita pakai, jangan di lupa tanahair tempat kita dilahirkan. Tanamkan rasa cinta pada negara dalam hati anak-anak dan bukan kebencian. Negara tidak bersalah, tapi yang bertanggungjawab ke atas negara adalah rakyat dan pemimpinnya. Pemimpin bersilih ganti tapi negara Malaysia tetap selalu dihati.

Selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke-60 Malaysia!💗

Wednesday, August 30, 2017

Wednesday, August 30, 2017

Chh..Chh..Chilindo!


Assalamualaikum!


Tergagap-gagap nak menyebutnye ye hahaha! Apapun, aku pun dah sama dah 'terperangkap' dalam 'sangkar' Chilindo ni. Orang lain dah 'reda', aku baru nak cerita. Agak teruk juga penangan Chilindo ni ye, memula suka suki je bid sana bid sini, sekali terrrmenang pulak! Banyak pulak terrrmenang tu hehehe.

Oh, sebelum tu ini bukan entri berbayar ye. Ye, aku bayar tapi bukan dibayar hehe. 



Tengok barang-barang yang ada kat website www.chilindo.com tu boleh tahan juga menggodanya. Apatah lagi kita yang bid harga! Sapa paling tinggi dia menang. Tapi nak menang pun kena menang dengan cara yang bijak. Jangan terlampu eksaited ko bid, last-last harga tu tak berbaloi dengan kualiti barang yang ko dapat. Mau menangis tak berlagu nanti!

Tips bida (bid) barang di Chilindo

Sebelum aku bid, aku dah baca komen dan feedback dari pelanggan lain. Sebab tu untuk mengelakkan rugi besar, aku tetapkan harga yang aku nak bid untuk satu-satu barang tu. Misalnya, bawah RM5 je untuk barang kecil. Paling tinggi aku bid hanya setakat RM8+. Melainkan barang tu besar seperti basikal atau barangan elektrik baru ko boleh bajet untuk bawah RM30 pulak. Pastikan kualiti barang yang kita nak bid tu sesuai dengan nilai yang kita letak. Kalau rajin, survey dulu harga barang tu di website lain. Agak-agak ko tak boleh menang dengan harga tu, ko bagi dulu pada orang lain dan ko cuba bid sekali lagi sampai la ko berjaya dapat harga ko nak.

Ya, aku bid macam tu la. Jangan kerana kita nak sangat barang tu maka kita bid harga tinggi melampau sedangkan ko boleh beli dengan murah lagi di tempat lain. Paling penting, ko baca dulu description barangan kat bawah tu barulah ko decide nak bid ke tak atau ko rasa nilai bid ko tu berpatutan atau tak. Jangan barang dah sampai dalam tangan baru ko menangis sebab dapat tahu barang yang ko bid sampai seratus lebih tu rupanya diperbuat dari plastik! huhu.


Jam Tangan Fesyen Putih

Jam Tangan Fesyen Hitam

Super Sealer Mudah Alih

Tali Pinggang Kulit Lelaki

Set Pemutar Skru 

 GO SHOT F2 3D Telefon Pembesar Skrin

Cermin mata hitam

Cermin mata hitam-kuning

Light Brown Aviators


Ada 9 barang kesemuanya! Barang kecik-kecik je aku pilih, sebab baru first time beli kan. Tak tau lagi kualiti macam mana tu, sebab tu la aku bid rendah-rendah je hehe. Tapi pada aku, lebih baik beli banyak barang dari hanya satu dua barang je. Sebab rasa macam tak berbaloi pulak ko bid lampu suluh RM3.00 tapi kos penghantaran sampai RM8! Better ko beli banyak, tapi kos penghantaran dia tetap sama. 


Barang yang menang bid!


Total nilai kesemua barangan ni bawah RM60 termasuk kos penghantaran. Kat situ dia tulis tambah RM8 untuk penghantaran, tapi kalau ko pilih untuk COD, ko kena tambah lagi RM4 so jumlah kos penghantaran RM12. Setakat ni, 9 barang aku bid 9 barang sampai ke tangan dengan selamat.

Aku pilih kaedah pembayaran secara tunai iaitu melalui COD, sebab cara tu lebih selamat berbanding secara online. Dah ada barang depan mata, baru bayar. Kalau barang tak sampai lagi, at least duit ko tak lesap macam tu je kan haha!

Haaa banyak dah tips aku bagi ni. Yang penting, ko kena ingat kemampuan ko berbelanja. Bab kualiti nanti aku cerita hari lain k.

Okla, selamat berchilindo!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.