Breaking

Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Wednesday, November 15, 2017

Wednesday, November 15, 2017

Kidzania 'Kidz Vs Food 2.0' Kembali!


Assalamualaikum!


Zaman dulu, mak-mak kita tak bagi kita masuk dapur tolong diaorang masak, betul tak? Duduk kejap nak tengok pun diaorang akan suruh kita pergi ruang tamu tengok citer kartun atau main anak patung hehe. Tapi zaman sekarang ni, ibu-ibu sudah mula memberi peluang kepada anak-anak untuk bersama-sama didapur memasak. 

Dua-dua anakku perempuan dan sebagai ibu, aku sangat menggalakkan diaorang masuk dapur.  Setiap kali aku masuk dapur nak memasak, dia dua beradik akan berebut offer nak tolong potong itu ini, basuh beras dan lain-lain lagi. Untuk permulaan, mereka diajar untuk buat benda yang senang-senang dulu macam  basuh beras, basuh sayur, kopek kulit telur rebus, dan pukul telur. Lama-kelamaan bila Wani dah cekap sikit, aku akan ajar dia cara potong fishball. Potong fishball pun bukan guna pisau tajam tu, tapi gantikan dengan pengupas kulit kentang hehe. Tapi itu kira ok la kan, dia pun seronok nak tolong lagi.



Majlis pelancaran diserikan dengan acara memotong pulut kuning oleh En. Shahrul Nizar Ahmad bersama rakan-rakan industri yang terlibat dalam program 'Kidz vs Food 2.0'

Thursday, October 19, 2017

Thursday, October 19, 2017

Rombongan Sekolah Hazwani ke Hulu Dong, Raub


Assalamualaikum!



Minggu lepas dia ikut rombongan sekolah ke Pahang untuk program Kem Kesedaran Alam Sekitar anjuran MBPJ. Kem ini disponsor sepenuhnya oleh MBPJ dan merupakan kali pertama buat Hazwani menyertainya.

Keterujaan dia untuk menyertai rombongan sekolah bersama rakan-rakan dan cikgu menyebabkan anakku ini tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah hehe. Dua minggu sebelum nak pergi asyik tanya pasal beg baju mana nak bawa, sampai aku pun malas dah nak jawab.

Kami dimaklumkan, dua buah sekolah di PJ terpilih untuk program kem kesedaran ini dan yang bestnya Hazwani dan kawan-kawan dapat pergi ke Hulu Dong, Raub, Pahang! Wowwww ... ibu pun tak pernah sampai lagi ke sana huhu.



Thursday, August 31, 2017

Thursday, August 31, 2017

Merdeka 60, raya aidiladha dan sambung cuti 4hb September!


Assalamualaikum!


Dah 60 dah usia kemerdekaan negara kita yang tercinta. Apa kita buat untuk sambut merdeka? Budak-budak sekolah memang eksaited bab sambut-menyambut merdeka ni kan. Kat sekolah, ramai-ramai pegang bendera waktu perhimpunan dan nyanyi lagu merdeka sampai bergema dewan sekolah. Kalau sekolah menengah, murid-murid akan buat pentomen atau sajak atas pentas. 

Bulan ni bukan saja kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 60, tapi insyaAllah kita bakal menyambut raya aidiladha esok. Cuti yang dinanti-nantikan oleh orang bandar sebab serentak dengan cuti raya aidiladha dan cuti sekolah. Jalan di KL pun tak jem macam selalu, sebab ramai yang ambil kesempatan pulang kek kampung masing-masing.


Tahniah buat Malaysia juga sebab berjaya capai sasaran 111 pingat emas malah lebih lagi dari tu! Walaupun ramai yang kecewa Malaysia gagal raih emas untuk final bola sepak malam kelmarin, tapi still kita juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhan. Kalah dan menang adat pertandingan, masih ada ruang dan peluang untuk kita perbaiki mutu permainan di masa akan datang. 

Dan semalam juga PM umum Isnin 4hb September sebagai cuti peristiwa bagi Malaysia. Aku tak tengok tv pun, tapi cik abg yang bagitau hehe. Sambung cuti ... sapa tak mau weh hehe.  


sambutan merdeka di opis


Tak kira dimana kita berada, setinggi mana kita menggapai langit, semahal mana pun pakaian yang kita pakai, jangan di lupa tanahair tempat kita dilahirkan. Tanamkan rasa cinta pada negara dalam hati anak-anak dan bukan kebencian. Negara tidak bersalah, tapi yang bertanggungjawab ke atas negara adalah rakyat dan pemimpinnya. Pemimpin bersilih ganti tapi negara Malaysia tetap selalu dihati.

Selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke-60 Malaysia!💗

Wednesday, January 11, 2017

Wednesday, January 11, 2017

Pemandangan dari Jambatan Pulau Pinang ke-2


Assalamualaikum!


Cuti sekolah yang lalu kami berkesempatan balik ke kampung di Perak. Tapi rupanya kaki kami melangkah jauh sikit dari tu bila kebetulan nak pergi melawat pak menakan di Penang.

Umur 34 tahun ni la baru dapat jejakkan kaki di bumi Pulau Pinang huhu. Sedih tak? dah jejak tak berapa nak sedih la kan hahaha. Kang kalau aku cerita lebih-lebih kang, orang cakap aku masuk Penang macam dapat masuk Disneyland USA atau Disneyland Hong Kong hahaha! So, biarlah aku simpan aje kejakunan dan keterujaan aku tu dalam hati.

Tapi tetap jugak nak kongsi gambar pemandangan dari atas jambatan Pulau Pinang ke-2! hohoho 😜


Wednesday, November 16, 2016

Wednesday, November 16, 2016

Pergi Bercuti Dengan Traveloka Sempena Promosi Hujung Tahun!


Assalamualaikum!


Pejam celik pejam celik, dah nak sampai akhir tahun dah kita ni ye. Cuti sekolah pun dah semakin hampir, mesti ada yang dah mula memikirkan ke mana nak bawa keluarga bercuti kali ni, betul tak? Ye la, hampir setahun tak kemana-mana, asyik dengan kerjanya, sekolahnya, urusan hariannya ... hari-hari ulang benda yang sama. Kan bagus kalau dihujung tahun macam ni, kita ambil kesempatan pergi bercuti tenangkan fikiran sambil-sambil merapatkan hubungan sesama keluarga. 

Kalau korang diberikan pilihan dan cara yang paling mudah untuk mencari tempat percutian mesti korang nak kan kan kan :) So, untuk menghilangkan pening korang aku cadangkan satu laman web yang boleh jadikan impian percutian korang satu kenyataan! Dah la menjimatkan masa, malah korang tak perlu susah payah cari hotel dan tiket penerbangan sebab semua tu korang boleh dapatkan dengan mudah hanya dihujung jari je!




Kat mana nak cari hotel murah dengan harga diskaun yang gempak? Susah ke nak tempah hotel secara online? Ishh ..tak susah mananye kalau korang tempah di Traveloka. Pengguna yang bijak mesti akan gunakan peluang ni sebaik mungkin untuk dapatkan hotel yang diidamkan. Di Traveloka lengkap molek belaka semua ada! 

Pilihan hotel dari 100 buah hotel merentasi Malaysia, Indonesia & Singapore ditambah lagi dengan harga promosi sempena cuti sekolah ni! Means, korang punya percutian tidak terhad dalam negara je tau, pergi bercuti ke Indonesia & Singapore pun masih boleh dapatkan hotel bertaraf bintang pada harga diskaun! Ohsem! :)




INGAT PROMOSI INGAT TRAVELOKA!

Kalau korang yang suka laman web yang memberikan promosi sambil bercuti, maka laman web Traveloka adalah pilihan yang tepat lagi melekat. Korang bayangkan sudahlah boleh bercuti dapat pula keistimewaan lagi dan penghargaan.  Jom kita tengok antara promosi yang korang boleh check out di Traveloka sekarang ;)


1) Just Say Yes!



Promosi ini membolehkan korang mendapatkan potongan hotel dengan cara menempah hotel melalui atas talian sahaja. Kod kupon potongan akan diberikan setelah segala butir -butir didalam laman sesawang lengkap diisi. Nah, aku pasti korang mesti teruja dengan potongan yang diberikan oleh Traveloka. 


2) SPECIAL FARES with Malindo Air



Kalau korang bercadang nak bercuti ke Phuket, Traveloka ada menawarkan tambang istimewa untuk tiket penerbangan satu hala dan dua hala dengan Malindo Air. Cepat-cepat book, ada 2 hari je lagi untuk korang buat tempahan.


Tempahan dari : sekarang - 18 November 2016
Travel dari : 10 November 2016 - 31 Ogos 2017


3) SMARTER TRAVEL BEGIN WITH THE RIGHT CHOICE




Untuk menjadikan percutian korang sekeluarga lebih bermakna dan lebih jimat, sempena cuti sekolah ni Traveloka ada menawarkan promosi untuk hotel dan tiket penerbangan yang korang takkan boleh menolak! Hanya di Traveloka memberikan penghargaan kepada pemegang kad kredit Citibank ;)

Tempahan dari : 1 November 2016 - 31 Januari 2017


Cara Nak Tempah Hotel

Mudah sangat nak tempah hotel di Traveloka. Tiga cara mudah dan korang boleh pilih hotel mana korang nak atau yang bersesuaian dengan bajet korang. So, jangan pening-pening meh aku tunjukkan caranya ;)

1.  Klik sini https://www.traveloka.com/en-my/promotionKlik pada 'Destination/Hotel Name', nanti akan keluar pilihan bandar/negeri yang mempunyai bilangan hotel yang tersedia



2.  Pilih tarikh 'check-in' dan 'check-out'




3.  Klik 'Search Hotels' dan korang boleh temukan pelbagai pilihan hotel yang tersedia dalam senarai!




Mudah kan? semudah menarik dan menghembus nafas je ;). So sekarang, korang mesti dah tahu nak bawa keluarga korang ke mana cuti sekolah ni kan? Nak cari hotel takda masalah lagi, nak tiket penerbangan murah takda masalah lagi. Korang klik je link https://www.traveloka.com/en-my/ dan semua ditanggung beres! Tak perlu nak terhendap-hendap cari kat tempat lain :p



Selamat bercutiiiiiiii! ;)


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.