Breaking

Showing posts with label Diari Ramadhan Kenit. Show all posts
Showing posts with label Diari Ramadhan Kenit. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Friday, July 19, 2013

Diari Ramadhan - Rembau Most Wanted Yo!

Assalamualaikum!~

Mood rajin datang layiiiiiii! Kali ni resepi istimewo dari rombau. Den mombosar dongan masakan rombau. Tapi, maso kocik-kocik dolu den tak beghapo gomar makan masakan kampung ni. Yang den tau...ayam...ayam...ayam!

Bilo den dah bosar panjang, dah pandai makan podeh sikit-sikit baghu den tau, masakan nogoghi sombilan memang sodap moncongkam tokak dibueknyo! hehehe. Paling den suko masak lomak tompoyak pucuk ubi ngan potai! Laki den lalu blakang den tak sodar hehe.

Thursday, July 18, 2013

Thursday, July 18, 2013

Diari Ramadhan - Strike One!

Assalamualaikum!~

Berapa lama dah aku ngidam nak makan kari? Mewahnya dulu kalu time beli roti jala,kuah tu dibungkus sekali ngan daging berketul2 didalamnya. La ni, aku cuma jumpa daun kari je dalam kuah roti jala tu hehe. Roti jala dah sedap kuah plak kari 'bodoh' je..tak puas la bro!

Nak capaikan hajat, maka aku nekad memasak petang semalam. Sempat jugak aku terjah kedai Zam merembat apa yang patut untuk masak kari daging.

Tuesday, July 16, 2013

Tuesday, July 16, 2013

Diari Ramadhan - Standby

Assalamualaikum!~

Tahun kedua aku berpuasa di KL. Memang tiap kali bulan Ramadhan semuanya sesak. Masjid sesak, surau sesak, bazar Ramadhan sesak, poket sesak (hehe), nafas sesak (sebab banyak sangat sedut asap kete), tapi yang takkan pernah ilang sesaknya....Federal Highway!

Lenguh segala sendi dan tulang temulang aku menekan clutch, minyak, brek, clutch, minyak, brek! Tersengguk-sengguk kete kebalku di tengah-tengah Hiway tidak berbayar itu setiap hari. Memang bulan ni takdapatla nak racing lelaju gamaknya huhu.


Sessssaakkkkk sungguhla semalam! Semua kete statik kat tempat
masing-masing. Tu yang aku berani snap tu hehe.

Sunday, July 14, 2013

Sunday, July 14, 2013

Diari Ramadhan - Tak Puasa

Assalamualaikum!~


Bukan akuuuu tapi bebudak ni haaaa. Pagi-pagi dah bantai biskut marie. Tghari aku gorengkan nasi goreng telur kicap kegemaran diaorg. Pas makan minum susu. Pas tu berdengkur sampai ke petang. Ooopss yang berdengkur tu aku, bukan bebudak tu huhu.

Petang dah bangun mula la masing-masing tuntut nak pergi bazaar ramadhan. Thanks to ayah yang berjanji kalau bebudak tu tido tghari, petang nanti boleh gi bazaar ramadhan. Haaaaaaa ujan lebat petang semalam, nak tak nak kena gi ar. Budak-budak ni kalau tuntut janji memang champion!

Roti jala peberetku, tapi tinggal ni je la huhu.

Thursday, July 11, 2013

Thursday, July 11, 2013

Diari Ramadhan - Hari Pertama

Assalamualaikum!~

Semalam hari pertama mereka berpuasa. Like last year, aku tidak pernah memaksa mereka untuk menunaikan Rukun Islam ke-3 itu. So, this year i did'nt do much on encouraging them to puasa. Sebab? Sebab aku taknak mereka puasa kerana aku yang suruh. Aku nak mereka faham dahulu apa itu puasa. Dan, yang paling penting aku nak mereka mahir solat dulu, baru puasa.

Anyway, subuh semalam kakak dah bagitau dia nak puasa. So i said "ok..kakak boleh puasa. Tapi, kalau tak tahan boleh berbuka dan minum air ok?". Then, sebelum pegi sekolah semalam dia bantai sebotol susu hehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.