Breaking

Showing posts with label Diari Ramadhan Kenit. Show all posts
Showing posts with label Diari Ramadhan Kenit. Show all posts

Monday, June 27, 2016

Monday, June 27, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Ketiga


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu ke-tiga kita berpuasa. Minggu depan minggu terakhir sebelum masuk 1 Syawal. Dekat-dekat nak raya ni semakin tak bersemangat aku nak masak. Sebab asyik teringatkan mak dan abah di kampung. Sebab tu minggu lepas tak banyak juadahnya seperti 2 minggu sebelumnya.

Takpelah ... ini pun dah cukup alhamdulillah ...

Kalau 2 minggu sebelum tu aku obses dengan cendawan shitake, minggu lepas aku obses dengan petai pulak hehe. Cantik pulak petai kat kedai Zam tu, walaupun 3 ikat dia jual RM4 huhu ...



Sambal udang petai



Sup suhun



Telur goreng


Sambal hitam Pahang ... beli ngan mek Sue


Spaghetti goreng telur


Sambal ikan bilis petai


Sup ketam permintaan si sulung

Memula aku amik kepak ayam, ingat nak buat goreng berempah. Sekali aku gi buka peti ikan dan dia ternampak ketam hahaha. Langsung dimintanya buat sup ...dah lama tak makan ketam katanya. Last makan waktu kat kampung Wan masakkan. Kesian pulak dengar kisah sedih dia .... :p



Kuey tiow goreng takda sayur


Sotong goreng berempah



Bila dua beradik tu puasa penuh, apa diaorang nak makan insyaAllah ibu akan cuba usahakan masak. Tapi dengan syarat puasa penuh je! hehe ... 

Selain sambal udang petai dan sambal ikan bilis petai, semua tu makanan yang diminta oleh kakak dan adik. Syukur diaorang puas hati, walaupun ibu masak tak sesedap wan masak ...

Hurmm rindu wan ... T_T

Friday, June 24, 2016

Friday, June 24, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Mudah Sotong Goreng Berempah


Assalamualaikum!


Cuti minggu lepas kakak request nasi lemak lagi untuk berbuka. Hari tu aku masak, dia punya makan perghhh menambah sampai 3 kali! Serius aku tak tipu ... kakak kalau dia suka satu satu makanan tu dia akan tambah berkali-kali sampai kenyang. Takut pula aku tengok dia makan ..macam nak meletop perut tu dah hehehe ...

Tapi aku tak buat sebab hari tu dah masak lauk lain untuk berbuka. So, semalam la aku masak. Turun je dari bas terus berdesup ke kedai runcit beli bahan-bahan nak buat nasi lemak. Dalam kepala ni dah terbayang sambal sotong ... tapi sambal anak-anak tak makan pulak! Nampak kaler merah konfirm diaorang tak sentuh punya. Sekali aku nampak ....P.E.T.A.I!

Wahhhh petaiiiiiii ...haaaa aku ada idea! Apa kata aku masak sambal ikan bilis petai dan sotong goreng berempah! Nasi lemak kalau takda sambal tak best betoi dak! Sotong goreng berempah tu pulak tak pedas, memang sesuai untuk budak-budak ni makan! Haaaaaaa .... geliga jugak otak ko Nim! hahahaha :p

Sambal petai ikan bilis tu nanti aku cerita lain, sekarang jom skodeng resepi sotong goreng berempah aku ni ;)




Sotong Goreng Berempah

Bahan-bahan :

5 ekor sotong - saiz sederhana besar
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/2 paket rempah ikan - aku guna rempah TANJONG
1 biji tomato - dipotong 8
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Bersihkan sotong dan potong pada bahagian yang lebih kecil. Kalau korang suka telur sotong, boleh masukkan sekali. Panas kuali dengan minyak pada api sederhana, tumis dulu bawang besar dan cili merah sehingga naik bau

2. Sementara tu, gaulkan sotong dan rempah ikan dalam satu bekas. Ratakan rempah di seluruhnya, tak perlu tambah air tau biar dia melekat kat sotong. Bila bawang dah keperangan sikit, masukkan sotong yang dah digaul tadi ke dalam kuali dan kacau rata

3. Bila dah sebati, tambah sedikit je air masak untuk kasi berair sikit. Tambah sikit je jangan banyak tau! Masukkan tomato dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih dan sotong masak

4. Tutup api dan siap untuk dihidang!

Ringkas kan! Orang bujang pun boleh buat lauk ni. Makan ngan nasi kosong pun boleh tau. Kalau korang taknak guna sotong, boleh guna udang atau ayam. Semalam aku bagi kakak cuba makan sotong ni ngan nasi lemak ... perghhh takut tengok dia makan hahaha malam tu kul 10 dia repeat makan nasi lemak dengan lauk ni lagi .... heeee :D

Selamat mencuba! ^^

Wednesday, June 22, 2016

Wednesday, June 22, 2016

Dulu dia tergagap-gagap mengaji ...!


Assalamualaikum!


Tipu la kalau aku tak risau, lebih-lebih lagi dengan Mira. Tau ... setiap anak tu berbeza tahap penerimaan ilmu dia. Ada yang cepat 'tangkap', ada yang lambat sikit tapi aku cuba sedaya upaya nak bagi peluang pada dia sebab aku tahu Mira boleh!

Memula dulu, aku ingatkan kaedah yang aku ajarkan pada kakak boleh aku gunakan pada adik bila dia start belajar mengaji. Tapi lama-lama aku rasa kaedah tu tak 'menjadi' dengan dia! Dia bukan tak boleh membaca, bukan tak reti mengeja tapi dia ada sesuatu yang kakak dia takda .... gagap!

Gagap ... tak tahu kenapa tapi mungkin lidah tu nak sebut setiap huruf kerana mempunyai bunyi dan cara sebut pun lain. Masuk iqra' 2 dia boleh dah sebut dan eja, masuk iqra' 3 boleh dah baca sikit-sikit .. tu pun yang mana dia tak lancar aku suh ulang dan ulang hari seterusnya. Bila dah masuk iqra' 4 dia tetiba gagap nak baca! Ayat yang bersambung dia terketar-ketar nak baca. Memula aku ingat dia banyak main, tapi bila kakak dia ajar pun ...sama jugak!




Last-last aku suh dia ulang semula iqra' 1. Selagi tak lancar sebutan huruf dan tak kenal huruf bersambung, maka ulangla sampai kenal. Target aku bukan nak dia cepat naik al-Quran macam kakak dia, tapi target aku nak dia faham dan kenal setiap bacaan tu. Nak dia lancarkan lidah dia menyebut setiap perkataan dan ayat tu. Lambat baca al-Quran takpe, asalkan bacaan tak berterabur.

Alhamdulillah walaupun mengambil masa sedikit, dan setelah beberapa kali ulang iqra' 1 sampai iqra' 3 akhirnya anak ibu Mira berjaya juga baca dengan lancar. Terharu ibu dengar adik baca kat sebelah ibu kelmarin .. berkat bulan Ramadan dan beberapa hari sebelum Nuzul Quran ... syukur T_T




Memang aku akui, aku agak garang dan tegas ketika mengajar anak-anak tapi lepas garang garang tu aku pujuk la balik huhu. Tapi walaupun garang ibu sayang anak-anak ibu, cuma bab mengajar tu ibu memang garang dari dulu hehe ...


Monday, June 20, 2016

Monday, June 20, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Kedua


Assalamualaikum!



Dah masuk minggu ke-2 Ramadan dah kita ye, begitu pantas masa berlalu tup tup kita dah berada di pertengahan Ramadan. Amacam puasa anak-anak kita? Kakak dan adik biasa lah ... ada on ada off hehe, tapi bolehlaaa dari ibu dulu yang bila masuk je tenghari mula la masuk bilik air nak 'mandi'. Bila wan tanya kenapa nak mandi, ibu jawab 'panas' walhal .... sambil jirus air mulut dah ternganga hahaha :p

Alhamdulillah, momentum memasak untuk berbuka puasa dapat dikekalkan minggu lepas. Tambah bila anak-anak bersemangat berpuasa sampai petang, ibu lagi bersemangat nak masak untuk diaorang.




Asalkan bahan-bahan ada, semuanya ok! Dalam kepala dah terbayang apa nak dimasak untuk berbuka kang, dan kalau bahan tak cukup, turun je bas terus singgah kedai beli apa yang patut. Balik keje terus selinsing lengan dan masak!



Sardin cincuan


makan ngan nasi lemak ...yummy!



ayam goreng untuk kakak dan adik since diaorang tak makan sardin cincuan :D



sirap biji selasih n memang nostalgia betul la. Ibu punya feveret ni!


Laksa Thai beli kat opis


Bendi goreng shitake. 
Ni resepi main 'belasah' je namanya, sebab teringin nak makan shitake tu :D



sambal telur makan ngan apa pun sodap!


buat mihun sup untuk dua beradik tu, menambah-nambah diaorang makan! :D


bubur lambuk pengasuh bagi. Terima kasih kak Liza ^^


tekak western pula dah hahaha .... spaghetti carbonara :)


bubur lambuk kg. baru. Banyak betul daging dia kali ni!


western + Melayu = mantoppppp!



sambal ikan bilis petai. Kakak cakap makruh ibu makan ni time bulan puasa. Ye la, tapi dah ibu takleh tahan tengok petai kat kedai Zam tu ehehehe :p



ikan pari goreng


ayam masak kurma


kari ikan pari tanpa santan 


meehoon goreng ada fishball dan udang jek ;p


Tu je lah menu berbuka dan sahur kami dari Isnin sampai Ahad lepas. Minggu ni tak tau nak masak apa, nak gi intai-intai resepi la kat blog kengkawan nanti ;)




Friday, June 10, 2016

Friday, June 10, 2016

Lauk Ramadan - Resipi Spaghetti Tomyam


Assalamualaikum!


Masih tak 'lalu' nak makan nasi. Tak tahulah kenapa tekak kami ni takmo terima nasi dalam bulan puasa ni. Tambah kalau sahur huhu. Mungkin kalau balik kampung berbuka dengan mak dan abah baru ada selera kot hehe. Semalam kat opis dah plan nak masak apa untuk berbuka. Siap pesan kat cik abe turun bas sat gi nak singgah kedai nak beli barang nak masak tomyam. Sekali masa dalam LRT dapat call dari suami, "abg dah siap masak tomyam dah ..." woww bertambah sayang kalau hari-hari macam ni hahaha :p

Dalam kepala ni dah ada idea dah, tomyam tu boleh makan ngan nasi atau mee atau meehoon. Masak banyak sikit, boleh dijadikan sebagai lauk sahur jugak. Rupa-rupanya ada yang request nak makan tomyam jugak hehe ... sapa lagi kalau bukan si sulung kami la ... hehehe.

Cakap pasal anak-anak, alhamdulillah dah dua hari kakak dan adik berpuasa penuh. Walaupun hari pertama dan kedua diaorang puasa sekerat, tapi ok la tu kan. Bila diaorang berjaya puasa penuh tu, ada reward la atas usaha berpuasa tadi. Reward dia tak lain tak bukan ... gi bazar! heee. Takpe, meraikan anak-anak dengan makanan yang diaorang suka sekali sekala ... no hal la!





Tapi memasak itu WAJIB! Macam semalam, Pak Jelan sekali lagi telah menunjukkan kemahiran masterchef dia dengan menu tomyam! Aku ingat nak tomyam daging, kakak nak tomyam ayam ... last last dia masuk ayam dan daging sekali dalam tu hahaha ... senang cerita!

Haa ok cukuplah berceloteh tu Puan Hanim, moh kita kongsi resipi spaghetti tomyam air tangan cik abe semalam ^^


Spaghetti Tomyam

Bahan-bahan :

ayam - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
daging - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
1 biji bawang besar - dihiris 
5 biji bawang putih - dihiris halus
1 batang lobak merah
1 biji tomato merah
1/2 kobis cina - dipotong kecil
1 paket perencah tomyam ADABI
daun limau purut
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Panaskan periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan daun limau purut dulu sehingga keperangan sikit. Kemudian masukkan ayam dan daging yang telah dibersihkan. Kacau rata selama 10-20 minit untuk empukkan daging tu.

2. Sediakan perencah tomyam dalam mangkuk kecil, tuang ke dalam periuk dan tambahkan air ikut sukatan yang sesuai. Gaul rata sampai mendidih dan jangan berhenti.

3. Masukkan kobis cina dan lobak merah yang dipotong kecil tadi. Biarkan ia mendidih lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Last sekali, tutup api dan masukkan tomato yang dipotong ke dalam periuk. Kalau masuk awal-awal nanti tomato tu 'lunyai' sebab panas sangat.

5. Siap untuk dimakan! 




Dia tak lupa nak beli barang nak masak tomyam, tapi dia lupa nak beli meehoon/mee hehe ... tapi takpe, kita gunakan aje spaghetti yang memang dah ada kat rumah tu. Makan ngan spagehtti pun sodap! Balik rumah aku terus ke dapur rebus spaghetti. Kiranya ada gak la air tangan aku kan ngeee :D 

Resipi ni aku ikut sebiji macam yang dia buat semalam. Orang lelaki ni cara memasak dia kengkadang nampak macam mengarut je, tapi hasilnya wallahi ... manyak puas hati lah! :D 

So, hargailah suami anda yang pandai masak hehe ... rasanya lebih ramai dah lelaki yang boleh masak sekarang ni kan. Dia masak, kita kemaskan dapur, cuci pinggan buatkan air tuk dia. Yang tak berapa nak pandai tu, suh dia plak cuci pinggan kemaskan dapur .... ok tak? hehehe ...


Selamat mencuba! ^^

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.