Breaking

Showing posts with label Islam Point Of View. Show all posts
Showing posts with label Islam Point Of View. Show all posts

Tuesday, April 28, 2015

Tuesday, April 28, 2015

Akta Jenayah Sihir Bakal Diperkenalkan Di Mahkamah?


Assalammualaikum!




Alhamdulillah ...

Dulu orang pandang 'ringan' benda ni. Tak kurang jugak yang tak berapa nak percaya. Walhal, ia memang dah lama wujud sejak dulu lagi. Dalam al-Quran pun dah disebut ...(Surah Al-Baqarah, ayat102-103)!

Sihir-menyihir .. dari bab meniaga sampai la ke rumahtangga! Tak puas hati ngan orang tu ...sihir! Tak puas hati orang ni meniaga untung lebih sikit ...sihir! Jeles ex-gf kahwin lelaki lain ...sihir! Seolah-olah hidup takda pedoman ..takleh terima ketentuan. Yang merana ...mangsa ... anak-anak!

Wednesday, April 08, 2015

Wednesday, April 08, 2015

Jadi Ejen Cari Madu?


Assalamualaikum!




Best gak kan jadi ejen cari madu ni hehe. Eh ... madu tu bukan madu no.2, no.3, no.4 ye! Jangan ada bapak-bapak yang teruja pulak ye! hehe. Madu yang aku maksudkan ...ni ha madu asli!

Madu ni dipesan oleh kakak ipar aku sejak minggu lepas lagi. Sejak dia mengamalkan makan madu tualang ni alhamdulillah penyakit semput/lelah yang dialami semakin berkurangan dan bertambah baik. Sebelum ni kakak ipar aku biasa makan madu tualang dalam botol sedikit kecil dengan harga RM40 sebotol. Tapi Pak Jelan pergi masjid semalam, yang ada madu tualang pesen gini (atas). Harga RM48 sebotol.

Monday, January 26, 2015

Monday, January 26, 2015

Rotan Anak


Assalamualaikum!


Citer pasal rotan .... sapa yang tak pernah kena rotan? Kebanyakkan dari kita pernah dirotan, dihanger atau ditali pinggangkan masa kecik dulu betul tak? Bukan aku nak kata, bila kena rotan tu dah besar baru jadi orang ...tak. Mungkin pada orang lain dengan cara dia dirotan dulu, sekarang dia jadi lebih baik atau telah berjaya. Mungkin pada orang lain, bila lihat tanda berbirat kesan kena rotan tu, dia jadi insaf dan tak mau melakukan kesilapan yang sama lagi.

Itu dulu punye story .... budak-budak dulu.

Tuesday, October 21, 2014

Tuesday, October 21, 2014

I Want To Touch A Dog


Assalammualaikum!


First time dengar tentang program ni, aku rasa pelik dan janggal! Tapi bila aku tengok wajah-wajah orang Melayu Islam dengan gelagat masing-masing memeluk dan memegang anjing seolah-olah macam pegang kucing dan arnab lagi buat aku geleng kepala!

Anjing adalah makhluk ciptaan Allah ... tiada sebab aku nak pandang jijik dan keji kat anjing dan babi. Tapi, apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini boleh menimbulkan fitnah dan kekeliruan di kalangan muslim dan non-muslim sendiri!

Ingat lagi tak kita pernah belajar najis ada 3 peringkat :

  1. Najis mukhafafah
  2. Najis mutawassitah
  3. Najiz mugholazah

Ingat lagi tak kita belajar anjing dan babi termasuk dalam kategori najis apa? What happened to that knowledge?? It's the basic our parents and ustazah teach us since we are children! How can we easily forget that??

Sunday, October 05, 2014

Sunday, October 05, 2014

15 Perkara Penyembelihan Korban Yang Perlu Anda Ketahui


Assalamualaikum!

Camat aghi ghayer ! ^^

Wahhhh lebat betul hujan malam tadi kan ....sejuknya mencengkam sampai ke tulang hitam! Sedap tarik selimut kalau hujan malam-malam gitu kan. Syukur alhamdulillah malam raya tak kena keje heeee :D. Bukan ape .. terkenang kenangan ketika keje syif dulu, malam raya hujan pulak tu memang syahdu betul ...!

Saat ini pastinya jemaah haji sedang berkumpul di Mina bagi melakukan ibadah melontar jamrah. Ingat lagi tak kita ada belajar dulu kat sekolah .... ada tiga jamrah iaitu jamrah Ula, jamrah Wusta dan jamrah Aqabah.


Monday, September 29, 2014

Monday, September 29, 2014

Cukup Pantang .....!



Assalamualaikum!


Aku bukanlah jenis yang cerewet tapi dalam bab-bab gini aku memang takleh bertolak ansur. Kalau gi kedai makan, tak kisah la hotel ke warung ke restoran ke, benda pertama aku yang akan periksa bila nak makan ialah pinggan mangkuk cawan dia!

Dulu aku tak tahu ... main guna je sebab masa tu takda ilmu .. cetek pengetahuan ... jahil .... jahiliyah! hehe. Sekarang dah tahu, so kena amik tahu dan buat!


Friday, September 05, 2014

Friday, September 05, 2014

Asas Wanita - Wiladah dan Nifas


Assalamualaikum!



gambar hiasan


Bab Wiladah dan Nifas


Berikutan masalah beranak, dalam bab nifas pula, tempoh maksimum keluarnya darah nifas dalam mazhab Syafie ialah 60 hari. Perlu difahami apa maksud wiladah, maksudnya ialah beranak. Dan nifas ialah darah yang keluar dari bahagian dalam faraj, selepas kosongnya rahim daripada bayi, contoh, dapat anak kembar 2, keluar bayi pertama dan keluar darah, darah tu tak dikira nifas lagi. Selepas keluar bayi ke-2 baru darah yang keluar dikira nifas.

Thursday, August 28, 2014

Thursday, August 28, 2014

6 Perkara Yang Patut Diketahui Bila Anak Berusia 7 Tahun


Assalamualaikum!


Membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak seawal usia mereka 7 tahun antara tugas paling mencabar bagi kita yang bergelar ibu dan ayah. Bukan mudah nak melentur dan mencorak karakter anak di awal usia yang baru nak memahami erti dan hakikat kehidupan yang sebenar. 

Sebagai ibubapa, kita pasti ingin anak-anak kita menjadi insan yang terbaik samada dalam pelajaran mahupun kehidupan. Sebab itu, didikan awal dalam keluarga penting sebagai permulaan untuk menjadi insan yang hebat luaran dan dalamannya.

Monday, July 07, 2014

Monday, July 07, 2014

Kucing: Pandangan Islam & Sains


Assalamualaikum!


gambar hiasan

Kebenaran Islam mengenai kucing sejak 1500 tahun dahulu.

Nabi s.a.w menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah dibolehkan untuk berwuduk menggunakan ai bekas minuman kucing.


Kenapa Rasulullah s.a.w berani mengatakan kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya bagaimana Nabi s.a.w tahu badan kucing tidak mempunyai najis?

Friday, July 04, 2014

Wednesday, July 02, 2014

Wednesday, July 02, 2014

RASHIDUN CALIPH CONFERENCE 2014


Assalamualaikum!

Ada dua persoalan yang selalu bermain difikiran. Soalan yang pertama, apakah tujuan kita hidup di dunia ini? Apakah ada keperluan tertentu yang Allah tetapkan untuk kita sebagai manusia, atau kita hidup sekadar untuk mengalami fasa dan peringkat kehidupan dan kemudian kita dimatikan?

Maha Benar firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu (Allah)." 
(Surah az-Zarriyat, ayat 56).


Sejak zaman Rasulullah s.a.w, sifat kepimpinan yang dibawa oleh baginda dalam mengembangkan syiar Islam menjadi contoh kepada para sahabat dan umat dizamannya, hatta turut dikagumi oleh pemerintah-pemerintah dari negara asing sehingga kini. 

Dan selepas kewafatan Nabi s.a.w, legasi kepimpinan baginda terus dijunjung kukuh oleh para sahabat yang diangkat sebagai khalifah yang memikul tanggungjawab menyebarkan kesyumulan Islam di Tanah Arab dan seluruh dunia. Umum mengetahui akan kepimpinan 4 orang sahabat Nabi s.a.w yang diangkat sebagai khalifah (pemerintah), iaitu Abu Bakr as-Siddiq r.a (632H-634H), Umar al Khattab r.a (634H-644H), Uthman bin Affan r.a (644H-656H) dan Ali bin Abi Talib r.a (656H-611H).

Pemerintahan keempat-empat khalifah ini yang berlangsung selama 29 tahun menyaksikan betapa mereka mengangkat dan mengamalkan sifat kepimpinan Nabi s.a.w dalam kehidupan peribadi mahupun dalam kerajaan dan pemerintahan masing-masing,  walaupun setelah baginda wafat. 

Namun, adakah umat Islam pada zaman kini juga mempraktikkan dan mengamalkan kepimpinan Islamiah seperti para sahabat baginda s.a.w? Dan bagaimanakah dapat kita fahami konsep kepimpinan dalam Islam yang cuba dibawa oleh Nabi s.a.w dan para sahabat? 




Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, sebuah organisasi tempatan telah mengambil inisiatif menganjurkan suatu persidangan Islamik yang bertajuk 'Rashidun Caliph 2014'. Persidangan yang julung kalinya dianjurkan oleh Tathweer Sdn Bhd ini bakal berlangsung di PWTC, Dewan Merdeka Kuala Lumpur pada 30hb Ogos 2014, bersempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-57.


Tathweer Sdn Bhd

Pengurusan Tathweer Sdn Bhd

Merupakan sebuah organisasi yang baru ditubuhkan dan berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Tathweer Sdn Bhd yang diterajui oleh 4 orang anak tempatan ini memberikan perkhidmatan yang mencapai tahap piawaian global dalam aspek komunikasi interaktif, pengurusan majlis, pemasaran dan pengembangan keusahawanan.

Tathweer adalah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud, 'Revolusi' iaitu menyediakan suatu platform unik untuk merapatkan jurang antara kita dengan mencipta idea-idea baru yang tidak lari dari teras objektifnya iaitu untuk membawa keamanan dan harmoni di alam semesta ini.

Pada 28hb Jun yang lepas, aku dan rakan blogger lain berpeluang menghadiri majlis pelancaran persidangan Rashidun Caliph 2014 di Restoran NZ, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 







RASHIDUN CALIPH 2014

  • Persidangan Islamik yang bakal mengambil tempat di PWTC hujung bulan Ogos ini memfokuskan kepada elemen persepsi terhadap Islam pada hari ini yang banyak menimbulkan persoalan dari segi bagaimana umat Islam memahami dan mempraktikkan ajaran Islam


  • Aspek yang dibincangkan bakal menerapkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini, dan usaha untuk mengkaji semula pemahaman mereka terhadap konsep Islam dari segi konteks peradaban kontemporari; menimbangkan antara keutamaan; membangunkan suatu kaedah yang boleh diterima pakai untuk diinterpretasikan; dan bagaimana kita boleh menguasai semula prinsip Islam berkaitan mentaati perintah dan suruhan Allah s.w.t melalui keadilan sosial dan kemanusiaan keseluruhannya. 


  • Bertemakan "Past Experience-Future Lessons", turut mengetengahkan 3 topik yang menjadi kunci utama, iaitu :


       a) Righteous Caliph (Kalifah Soleh)
       b) Righly Guided (Mendapat Petunjuk)
       c) Righteously Guided (Bimbingan Yang Adil)


  • Persidangan selama 1 hari ini juga, bakal menampilkan barisan 6 orang panel penyampai dari pelbagai negara dan berbeza latarbelakang, namun mempunyai asas tauhid yang sama, yang bakal berkongsi pentas bertukar-tukar idea dan buah fikiran berkenaan topik yang dibincangkan. 

  • Antaranya ialah :
Dr. Abu Ameenah Bilal Philips
Dr. Shaykh Reda Bedeir
Sheikh Hussain Yee


Shaykh Faisal Abdur-Razak
Sheikh Abdul Hakeem Waleed
Abu Ahmad

Dengan ini, Tathweer Sdn Bhd ingin menjemput anda samada perseorangan, para ulama, para penyelidik, professional dari pelbagai latarbelakang agama dan kepercayaan untuk sama-sama mengimarahkan persidangan RASHIDUN CALIPH 2014 pada bulan Ogos ini.

Tiket-tiket akan dijual dengan harga RM100, anda boleh mula mendapatkan tiket dengan mendaftar di SINI.

Jadi, segera daftarkan diri anda dan dapatkan tiket anda hari ini sementara stok masih ada. Untuk makluman lanjut, boleh layari: www.tathweer.com


RASHIDUN CALIPH 2014
TARIKH : 30HB OGOS 2014
TEMPAT : PWTC, DEWAN MERDEKA
MASA : 9AM-9PM




Marilah sama-sama kita mengimarahkan persidangan ini, semoga mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Non-muslim turut dialu-alukan untuk menyertai persidangan ini, sambil merapatkan ukhwah sesama insan.

Persoalan kedua yang bermain difikiran kini, apakah yang telah kita lakukan untuk mempromosi Allah s.a.w dan agama Islam? Untuk persoalan ini, saya biarkan anda sendiri jawab ....

Wassalam.


Friday, June 20, 2014

Friday, June 20, 2014

Asas Wanita - Sakit Beranak & Solat


Assalamualaikum!

gambar hiasan


Sakit beranak & Solat


  • Wanita yang sakit nak beranak, WAJIB solat selagi belum beranak. Walaupun keluar berjurai-jurai darah macam air paip dan walaupun sakit contraction yang bukan kepalang, wajib solat sekadar mampu, samada berdiri (kalau tak boleh tunduk/sakit - rukuk dan sujud dengan menundukkan kepala sahaja), duduk, baring, menelentang, isyarat mata, ikut kemampuan anda masa tu.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.