Breaking

Showing posts with label Jom Tambah Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Jom Tambah Ilmu. Show all posts

Tuesday, September 27, 2016

Tuesday, September 27, 2016

Gejala Diabetes & Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang


Assalamualaikum!


Setiap kali pemeriksaan kesihatan, memang ada rasa cuak sikit yang ni. Sebab aku pernah 'kantoi' 2 tahun lepas bila pakar tu cakap buah pinggang aku bermasalah sebab ada protein dalam urin. Memang risau dah aku masa tu sampai dia sarankan aku pergi buat pemeriksaan lanjut di hospital dan banyakkan minum air masak. Takut punya pasal aku tak pergi huhu tapi aku nekad banyakkan minum air masak lepas tu. Dan alhamdulillah bila check balik, ujian urin aku dah kembali normal.

Orang mungkin nampak luarannya seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Tapi hakikatnya samada kita kurus atau gemuk, kita juga terdedah dengan risiko penyakit buah pinggang. Jangan ingat orang yang ada masalah berat badan je berisiko untuk kena diabetes dan penyakit buah pinggang. Yang kurus pun berisiko!




Apa itu Diabetes?
  • Diabetes adalah keadaan dimana pankeras tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin tidak digunakan secara berkesan. Ketidakseimbangan insulin mengakibatkan paras gula dalam darah badan meningkat, akhirnya merosakkan organ-organ didalam badan

Jenis-jenis Diabetes

1. Diabetes Jenis I
  • Kira-kira 5% orang menghidapi diabetes jenis ini
  • berlaku terutamanya dikalangan orang muda berumur 20 tahun kebawah
  • disebabkan oleh kegagalan pakreas untuk menghasilkan insulin atau terlalu sedikit insulin dihasilkan
  • mereka memerlukan suntikan insulin

2. Diabetes Jenis II
  • Kira-kira 95% orang menghidapi diabetes jenis ini
  • biasanya berlaku dikalangan dewasa berumur 30 tahun keatas
  • badan tidak dapat menghasilkan insulin secara berkesan
  • dikawal melalui pemakanan, senaman dan/atau ubat-ubatan/insulin
  • berkaitan dengan kegemukan dan gaya hidup yang tidak aktif

Apakah Paras Gula Darah Saya?

1. Paras glukosa darah normal dikalangan orang yang TIDAK MENGHIDAPI DIABETES

Berpuasa - 4.4-6.1 mmol/L
Tidak berpuasa - 4.4-8.0mmol/L

2. Paras glukosa darah normal dikalangan orang YANG MENGHIDAPI DIABETES

Berpuasa - 5.0-7.2 mmol/L

Tidak berpuasa - <10.00 mmol/L

Apakah Tanda-tanda & Gejala Bagi Diabetes?
  • Kerap kencing
  • Terlalu dahaga
  • Letih
  • Penurunan berat badan tanpa sebab
  • Perubahan penglihatan secara tiba-tiba
  • Kebas pada tangan atau kaki
  • Luka yang lambat sembuh

Apakah Faktor-faktor Risiko Bagi Diabetes?
  • Sejarah penyakit diabetes dalam keluarga
  • berat badan berlebihan
  • umur 40 tahun ketas
  • sejarah bayi besar 
  • sejarah menghidap diabetes ketika mengandung

Apakah Komplikasi Diabetes?
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Penyakit jantung dan strok
  • Komplikasi pada mata
  • Kerosakan saraf
  • Pemotongan anggota badan
  • Mati pucuk

Tahukah anda? Lebih dari 3000 kes baru bagi kegagalan fungsi buah pinggan peringkat akhir dikesan di Malaysia setiap tahun, lebih 55% daripadanya menghidapi penyakit diabetes.

Bagaiamana Diabetes boleh mempengaruhi badan dan buah pinggang anda?
  • Mungkin kerosakan saluran-saluran darah kecil didalam badan anda dan mempengaruhi buah pinggang, mata, kulit, saraf, otot, usus dan jantung. Selain itu, tekanan darah tinggi dan kekerasan pada arteri boleh menyebabkan penyakit jantung
  • Paras gula yang tinggi akan menambahkan tugas buah pinggang, akibatnya kerosakan pada unit penapis dalam buah pinggang berlaku. Ini membawa kepada kebocoran protein dalam air kencing
  • Diabetes menambahkan risiko kepada jangkitan saluran kencing kerana kandungan gula yang tinggi dalam air kencing.

Bagaimana Kita Nak Tahu Jika Buah Pinggang Bermasalah?

Pada peringkat awal, mungkin tiada tanda. Walaubagaimana pun korang boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan protein dalam air kencing. Sekiranya kegagalan fungsi buah pinggang berlaku, anda mungkin akan mengalami :
  • Keletihan
  • Rasa mual, muntah
  • Keletihan
  • Bengkak pada kaki, pergelangan tangan, tapak kaki atau bengkak pada mata
  • Berat badan bertambah kerana cecair tidak dapat dikeluarkan
  • Sesak nafas

Bagaimana Boleh Kita Cegah Penyakit Buah Pinggang Yang Disebabkan oleh Diabetes?
  • Mengikuti rawatan yang ditetapkan bagi mengawal gula dalam darah
  • Mengawal tekanan darah pada 130/80 mmHg
  • Mengawal paras kolesterol melalui makanan dan ubat-ubatan jika perlu
  • Mendapatkan pemeriksaan kandungan proteion dalam air kencing setiap tahun
  • Mendapatkan pemeriksaan darah untuk fungsi buah pinggang
  • Merawat jangkitan saluran kencing diperingkat awal
  • Amalkan makanan sihat yang kaya sdengan serat, rendah lemak, natrium (garam) dan kolesterol
  • Mencapai dan mengekalkan berat badan yang unggul
  • Bersenam 30 minit setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • Berhenti merokok

Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! Tanda-tanda dan gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang. Ujian dan pemeriksaan awal adalah langkah terbaik sekiranya korang berada didalam risiko tinggi. 


kredit info : www.nkf.org.my

Thursday, September 22, 2016

Thursday, September 22, 2016

Seven Skies International (SSI) Sekolah Islamik Yang Menerapkan Pembangunan Karakter


Assalamualaikum!


Pendidikan anak adalah antara elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa. Tanyalah sesiapapun, pastinya mereka mahukan yang terbaik terutamanya dalam soal pendidikan anak-anak. Sebab tu adalah menjadi keutamaan ibubapa termasuklah aku untuk mencari sekolah yang menyediakan modul pembelajaran yang bukan sahaja mampu memberi ilmu pengetahuan tetapi mampu membentuk akhlak dan keperibadian anak-anak kita menjadi seorang muslim dan muslimah yang berpegang kepada ajaran agama dan nilai-nilai murni. 





Seven Skies International (SSI)

Baru-baru ini aku dijemput untuk melawat dan melihat sendiri sistem dan modul pembelajaran di Seven Skies International (SSI), sebuah sekolah berkonsepkan international islamic school yang terletak di Kota Damansara. Memang peluang yang baik, tambahan pula ni merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di sekolah yang bertaraf antarabangsa seperti SSI. Teringin juga nak tahu apakah bentuk program pembelajaran dan adakah modulnya berbeza dengan sekolah-sekolah biasa yang lain ;)

  • Seven Skies International (SSI), adalah projek sekolah yang diinisiatifkan oleh Mercy Mission yang bertindak sebagai pertubuhan bukan untuk keuntungan (non-profit) yang membantu masyarakat
  • SSI menggunakan silibus dari Cambridge dalam modul pembelajaran. Mereka juga menyediakan modul untuk pembentukan karakter dan sahsiah pelajar
  • Mempunyai 10 buah kelas. Nisbah guru kepada pelajar adalah 1:18, memastikan setiap pelajar mendapat perhatian yang secukupnya dari guru yang mengajar. Kadangkala, dua orang guru ditempatkan sekali dalam satu kelas.



Seven Skies International (SSI) diasaskan oleh Dr. Tawfique Chowdhury pada September 2014, yang menggunakan silibus dari Cambridge dan kurikulum antarabangsa. Tapi korang jangan risau ye, silibus Cambridge ni telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE).


SSI menekankan konsep kurikulum holistik dalam modulnya bagi membentuk pembangunan komprehensif dalam diri pelajar. Pun begitu, SSI juga sangat mementingkan pendedahan tentang Islam yang merupakan aspek terpenting dalam hidup seorang muslim.



Pembelajaran Di Seven Skies International (SSI)



Kindergarten ( 3-5 years old)

  • The Early Yeats Foundations Stage curriculum focuses on providing a creative and caring environment fostering a 'play to learn' atmosphere. Through an infusion of games and play with a focus on developing Islamic awareness early in their childhood, the children develop a positive approach to their external environment.

Primary (5-11 years old)
  • The primary or middle school is the centre of the Seven Skies educational focus, in line with the statement of our pious predecessors: "For the next seven years, teach them". Education in the primary or middle school is broken up into class learning, focusing on core academic and Islamic modules, and house learning, focusing on character and moral development.

Secondary (11-16 years old)
  • Teachers are essentially mentors and friends to our students, helping the students to connect their skill and strengths to the curriculum and extracurricular pursuits of the school. This unique relationship fosters a stronger bond between teacher and pupil, providing them a friendly caring environment during the challenges of their teenage years.


Ok, sebelum aku teruskan lagi dengan info mengenai SSI ni apakata kita melawat dulu kemudahan dan prasarana yang terdapat di SSI ni.

Makmal Sains dan pelajar-pekajar dari Grade 7 hingga 9

Para pelajar sedang menjalankan eksperimen kimia untuk 
menghasilkan kristal merah.

Kelas Agama Islam Grade 6. Cikgu ni dari UK

Kelas Bahasa Inggeris Grade 4

Pelajar sedang menjawab soalan Bahasa Inggeris

Kelas Bahasa Melayu Grade 3


Walaupun bahasa pengantar di SSI menggunakan Bahasa Inggeris, tapi subjek Bahasa Melayu juga diajar disini. Ini adalah untuk memperkasakan lagi bahasa kebangsaan dan memastikan pelajar fasih dalam kedua-dua bahasa dengan baik selain turut mempelajari Bahasa Arab :)

Proses Kemasukan Ke Seven Skies International (SSI)

Oh ya, proses kemasukan ke SSI ni ada ujian ye. Untuk tadika, anak-anak akan diberi ujian pemerhatian, dimana guru-guru akan menilai kebolehan mereka berkomunikasi samada dengan guru mahupun dengan rakan-rakan lain. 

Untuk Grade 1(5 tahun) dan keatas pula, ujian bertulis untuk menilai skil penulisan akan dijalankan. 


Anak Dato' Aliff Syukri pun belajar kat sini! ;)

Kelas Matematik Grade 2

Pelajar Grade 2 sedang melakukan aktiviti mewarna 
mengikut nombor yang diberikan.

Kelas pembelajaran karakter Grade 8 

Makmal Komputer. Pelajar sedang belajar 3D graphic design

Antara hasil 3D graphic design yang dihasilkan oleh pelajar menggunakan 
komputer dan printer 3D


Untuk makluman korang, dalam satu kelas hanya ada lebih kurang 15 hingga 18 orang pelajar sahaja. Dengan cara ini, guru lebih mudah mengawal pelajar dan memberi tumpuan yang lebih baik. Pelajar pula akan jadi lebih fokus dan mudah menyerap ilmu yang diajar. Environment dalam kelas juga berbeza dengan kelas di sekolah rendah biasa, dimana pelajar-pelajarnya sangat kompetitif bila guru memberikan soalan. Memang tinggi semangat adik-adik kita ni untuk dapatkan ilmu dari guru mereka.


Sesuai dengan tarafnya sebagai Islamic International School, SSI juga melahirkan hafiz dan hafizah yang berkualiti dikalangan pelajarnya. Kagum sangat bila mendengarkan alunan suara adik Yusuf membacakan ayat-ayat dari surah al-Baqarah, membuatkan aku lebih yakin dengan sistem pembelajaran di SSI.





Dalam memastikan anak-anak mendapat pendedahan ilmu yang secukupnya terutama diperingkat awal, selain mementingkan prasarana dan kemudahan di sekolah kita juga perlu menitikberatkan pembentukan karakter diri dan akhlak seorang pemimpin dalam diri setiap pelajar. Sebab tu di SSI, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan ilmu akademik semata-mata, tapi mereka juga diajar tentang pembangunan karakter yang menjadi teras pembelajaran.


Program di Seven Skies International (SSI)



Ada 3 kunci utama dalam program pembangunan karakter yang diterapkan dalam modul. Elemen-elemen tersebut ialah :


  1. Term Themes (Solution Oriented Leaders)
  2. Boot Camps ( The Art of Fear Removal)
  3. Extracurricular Activities (Multi Talented & Socially Intelligent Leaders)

Term Themes

  • We create vision and a large world-view in our children through introducing them to social evils and problems. Every term a common social problem (for example:pollution, world hunger, racism etc.) Subsequently, the students are educated, inspired and engaged about it. They are given talks on these themes by local and global experts, subject matter and industry gurus at sessions known as "Coffee@Seven Skies". The students have and opportunity to engage and ask questions and quench their thirst by learning about matters that are plaguing the world and humanity at large. Subsequently, they are encouraged to plan an action of change - on how to fix these social evils and restore peace, dignity and order to society.
  • The classes compete with one another to develop solutions and projects to be showcased to the public on a special term theme night every term wherein the students are judged by industry experts and the school parent community on the projects and solutions.

Bootcamps
  • The aim of the Character Development boot camp model ia to help remove the hurdles which prevent many youth from reaching their full potential - such as fear, lack of confidence, phobias (such as of dark, of snakes etc.) while equipping them with basic life and survival skills.

Extracurricular Activities
  • An essential part of our character development program primarily focuses on character building though sof skill enhancement and physical activity component of our curriculum though a myriad of pyhsical acitivities ranging from Taekwondo, Futsal and Basketball
  • The extracurricular aspect of the character development program primarily focuses on character building through sof skill enhancement and physical activities. Our children learn to create motion grpahics, 3D modelling, create websites and learn how to setup tea,s and fundraise online, learn to debate in team, some travel overseas to Africa to take part in charity teams, others compete and perform at the highest level in Taekwondo competitions. The school supports the children to investigate their true individual potential in matters that interest them.


Selain dari 3 program di atas, SSI juga berhasrat melahirkan pemimpin yang mempunyai sifat berdikari dan mengembangkan nilai keusahawanan dalam diri pelajar. Dan hasrat ini direalisasikan dalam Program Entrepreneurship yang diajar disini. Sangat berlainan dengan modul pembelajaran di lain-lain sekolah, dan bagi aku ini satu peluang untuk para pelajar meneroka potensi diri masing-masing dalam mencari minat untuk berniaga di masa akan datang. Memang menarik!



Untuk pengetahuan korang, pelajar dari Grade 9 akan diajar tentang perniagaan dan mencapai target, pemasaran, pengurusan sumber manusia dan keuntungan. Adalah menjadi matlamat SSI untuk memastikan para pelajar mempunyai keberanian dan keazaman untuk mencapai impian mereka dan mampu menyara diri dalam proses tersebut.



Baking Session


Hari tu kedatangan kami bukan sahaja untuk melihat dan melawat SSI, tapi kakak dan adik berpeluang menunjukkan bakat memasak dalam kelas muffin bersama dengan adik-adik di SSI. 


Chef Mira dah ready nak membaking ;)

Mira dan Amani (anak kak Ayu) satu team hehe

Chef Wani sedang mengayak tepung. 
Adik di sebelah tu pun khusyuk mengayak :p

Dibantu oleh cikgu. Semua teruja nak pegang tepung hehe

Meriahnya suasana dalam kelas muffin :)



sesi suai kenal dengan adik-adik di SSI

Seriusnya Chef Mira hehe 

Tersenyum bila dah dapat pegang muffin buatan 
sendiri kan hehehe.



Alhamdulillah, sepanjang lawatan kami di SSI sangat memuaskan dan membuatkan aku berfikir betapa pentingnya pendidikan yang menerapkan pembangunan karakter. Pendidikan tidak seharusnya berpaksikan semata-mata akademik di dalam buku, tapi kita juga kena pastikan anak-anak menjadi insan yang mempunyai inspirasi untuk berjaya dalam hidup.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang Seven Skies International (SSI) ni, korang boleh layari :



Email : info@sevenskies.edu.my

No. Tel : 03-6151-6952


Monday, September 19, 2016

Monday, September 19, 2016

Petua Melegakan Bengkak Akibat Gigitan Serangga


Assalamualaikum!


Alkisahnya, malam tu kami empat beranak berjalan kaki gi kedai. Balik dari kedai, singgah duduk kejap atas batu kat tempat pejalan kaki tu sambil melayan kucing dan hirup angin malam. Yang Mira ...berjalan atas rumput halus sebab nak tangkap kucing tu. Tengah dok berborak ngan cik abe, Mira menjerit sambil berlari kearah kami.

"Semut gigit buuuuuu ...!" nangis sambil sapu-sapu kaki dia. Tengok punya tengok rupanya Mira terpijak sarang semut yang tersembunyi di celah-celah rumput halus tu. Kecil je semut tu .. so aku cakap kat dia, "sikit je tu dik ... balik kang letak minyak k"


Wednesday, June 08, 2016

Wednesday, June 08, 2016

Tips Persediaan Ibubapa Sebelum Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam


Assalamualaikum!


Ramai ibubapa beranggapan kalau bawa anak kecil naik bas atau keretapi memang leceh! Tambah kalau bawa 2-3 orang anak sekali .. fuh memang tak pergi kemana-mana la jawabnya kan! Mana nak pegang tangan, mana nak tengokkan anak, mana nak pilih barang lagi ... pendek kata kalau bawa anak kecil ni memang kena ada ibu dan bapa sekali! Ibu saje atau bapa saje memang tak jadi .... kadang-kadang ibubapa ada sekali pun anak-anak habis bersepah lari sana sini kan hahaha :p

Aku pun pernah mengalami benda yang sama dulu! Tak dinafikan memang mula-mula nak latih diaorang biasakan diri dengan pengangkutan awam ni, banyak benda yang tak terduga berlaku. Aku ingat lagi first trip kitaorang ke KLCC ... mencabar fizikal dan mental sungguh! :p



First time naik bas. Tahun 2012 :)

Start kami pindah KL la baru aku perkenalkan pengangkutan awam ni pada anak-anak. Time ni umur kakak 5 tahun dan adik 3 tahun. Memang tengah lasak la orang kata ... walaupun pempuan! Tapi sebab diaorang teruja sangat tiap kali tengok bas lalu depan mata, akhirnya aku beranikan diri amik langkah pertama!

Anak-anak aku memang teruja giler bila pertama kali dapat naik bas. Kesian ....duduk Kuantan tak pernah naik bas haha .. :p tapi diaorang tau seronok je. Bahaya sekeliling diaorang tak tahu, maka ibubapa la kena bersedia dengan segala kemungkinan. Tambah kita naik bas yang penuh dengan orang ramai, memang kena berjaga-jaga selalu.

Tips Persediaan Ibubapa Sebelum Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam

1. Yakin pada diri sendiri & anak - ibubapa kena yakin dan konfiden mereka boleh handle anak bila di dalam bas atau keretapi (lrt, komuter, monorel etc.). Dalam erti kata lain .. mesti mau 'hati kering' hahaha. Ada ibubapa yang tak konfiden mereka boleh kawal anak bila di dalam bas. Ye la, orang ramai lepas tu kena selalu pegang tangan anak dan pastikan diaorang tak berlari atau berjalan ketika kenderaan bergerak. Ikut pengalaman aku sendiri, kakak dan adik memang ada perangai suka berjalan dalam bas ketika bas bergerak haha. Ape aku buat? kena selalu pesan berpesan sebelum naik bas dan ketika duduk di dalam bas. Lama-lama diaorang ok la ...

2. Study lokasi yang hendak dilawati - Yang ni memang aku buat sokmo! Tambah kalau lokasi tu aku tak pernah sampai lagi, maka memang kena pastikan dulu ada bas atau train sampai di situ atau berhampiran kawasan tu. Kalau bawa anak-anak, kena pastikan diaorang tak penat jalan jauh. Baru budak-budak selesa nak ikut kita berjalan. Budak-budak kan cepat penat, bila penat mula la buat perangai nanti huhu. 

3. Briefing awal mana kita nak pergi -  Aku selalu amalkan ni, malam sebelum nak pergi mana-mana tu aku akan panggil dua beradik tu dan briefing diaorang kemana kita nak pergi dan naik apa untuk ke sana. Dengan cara ini, aku dan mereka akan lebih bersedia untuk memulakan perjalanan nanti. 

4. Sediakan barangan keperluan - Pastikan ubat seperti minyak gamat, vicks, air minuman etc. dah siap sedia dalam beg. In case dalam perjalanan, anak sakit perut atau luka, ubat dah ada. Tak perlu nak singgah kedai banyak kali, sebab ini akan melambatkan perjalanan kita nanti. Kalau nak beli pun, beli yang perlu sahaja. 

5. Boleh kawal anak - yang ni memang ramai ibubapa mengeluh payah sikit, sebab tu tak ramai yang suka bawa anak jenjalan naik bas, train atau teksi. Sebenarnya, bagi aku Kita kenal anak kita macam mana kan, so kita boleh kenal pasti kawasan mana yang kita boleh elakkan sewaktu di sana dan jauhi bahaya yang mungkin ada. 

6. Cari tempat yang ada kemudahan asas - aku selalu pastikan tempat tu ada bilik solat/bilik rehat dan tandas. Kalau dalam shopping mall tak jadi masalah kot. Senang kalau kita nak singgah solat, anak-anak boleh berehat sambil menunggu. 

Macam aku cakap tadi, memang mencabar kalau bawa anak-anak gi jenjalan dengan pengangkutan awam ni. Tapi, sebagai penduduk di kota yang besar memang kita tak boleh nafikan kepentingannya dalam kehidupan seharian. Nak tak nak, itulah pilihan pengangkutan yang kita ada terutama di waktu-waktu kecemasan. Kalau aku tak biasakan diaorang dari sekarang, bila lagi? Anak-anak kita juga mungkin akan menggunakan pengangkutan awam satu hari nanti samada ke sekolah atau ke pejabat. Takkan la selamanya nak naik kereta je kan ... parok la weh hehehe ;p

Sekian saje tips dari saya. Ni melalui pengalaman sendiri tau, ada pengalaman baru boleh cerita hehe ...


Tuesday, March 01, 2016

Tuesday, March 01, 2016

Khasiat & Kebaikan Minyak Argan


Assalamualaikum!


Pernah dengar minyak argan? Biasa dengar kan... terutama dalam produk-produk kosmetik dan kecantikan. Tapi yang tulen .. yang asli inilah baru pertama kali tengok. Tak banyak yang aku tahu pasal minyak argan ni, melainkan ia digunakan dalam produk-produk kecantikan sebagai bahan yang boleh merawat masalah seperti rambut dan kulit berjerawat!

Selanjutnya? Haaaa ni la baru nak godek-godek ni hehe ....


Thursday, January 14, 2016

Thursday, January 14, 2016

Anak perempuan saya nak jadi imam, boleh dop ustaz?


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak permintaan dia tahun lepas, yang satu ni yang aku masih tak dapat nak bagi even dah masuk tahun baru. Memang berhajat sungguh dia ... orang kata hajat bukan sebarang hajat tau! 

So, satu hari dia tanya, "buuu... boleh tak kakak nak jadi imam untuk ayah, ibu dan adik?"

Opkos di waktu usia begini aku tak menjangkakan soalan begitu dari seorang anak perempuan yang baru berusia 8 tahun (tahun lepas), sebab tak terfikir pula dia berminat nak jadi imam hehe! Tapi dah kakak tanya, kena la ibu jawab kan kan kan :D

Lagipun, masa tu aku cuma terangkan fadilat dan kelebihan solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala berbanding solat sendirian. Tak cerita pulak yang dia tak boleh jadi imam untuk ayah dia ... huhu



Ni gambar kakak masa baru-baru belajar solat dulu. Comei sangat kakak .... pakai terlekung terbalik (penutup dagu dok atas kepala) pun masih tampak comel dan inesen hehehe ...

Monday, January 11, 2016

Monday, January 11, 2016

Hukum Selfie Sambil Menyusukan Anak


Assalamualaikum!


Ni panas bukan setakat cuaca je yang panas. Tapi, timeline FB aku pun sama bikin 'panas' dengan pelbagai isu semasa yang dibangkitkan sejak kebelakangan ni. Bermula dengan isu ibu buat baby shower hidang makanan dalam pampers dan terkini ibu-ibu muda berselfie sambil menyusukan anak dan gambar dimuat turun dalam media sosial!

Alahaiiii kaum sejenisku .... awatnya hang buat lagu tu??

Penyusuan anak atau breastfeed adalah sangat digalakkan dalam Islam. Hatta kita digalakkan mencari ibu susuan sekiranya ibu kandung tidak mampu menghasilkan susu sendiri untuk anak, seperti yang pernah dilalui oleh Nabi s.a.w.

Pelbagai kempen penyusuan ibu telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu-ibu moden terutama yang bekerja untuk menyusukan anak mereka secara ekslusif kerana manfaatnya pada anak-anak di masa hadapan. Even aku sendiri pernah memberikan komen menyokong penyusuan ibu di dalam satu interbiu untuk wawancara di tv.

Namun, akhir-akhir ini isu penyusuan ibu mendapat kecaman dari sesetengah pihak sehingga fanpage mereka direport kerana tidak berpuas hati! Isunya bukan penyusuan ibu... tapi SELFIE sambil menyusukan anak dan kemudian muat turun di FB! Terus terang ye, aku tengok gambar tu pun aku malu beb .... T_T


Tuesday, December 08, 2015

Tuesday, December 08, 2015

Forum "Positive Parenting" @ Kidzania Kuala Lumpur


Assalamualaikum!


Baru-baru ni aku berkesempatan hadir ke forum keibubapaan yang dianjurkan oleh Positive Parenting yang berkolaborasi dengan KidZania Kuala Lumpur untuk berkongsi tips dan ilmu mengenai bagaimana mewujudkan persekitaran yang positif untuk anak membesar dan bagaimana ibubapa boleh menjayakan peranan mereka.

Forum keibubapaan ini berlangsung selama dua hari bermula 5 Disember sehingga 6 Disember 2015. Topik yang diketengahkan juga agak menarik perhatian, so dah tentu aku tak mahu lepaskan peluang macam ni kan. Apatah lagi, aku bukan jenis yang suka duduk mendengar orang lain bercakap berjam-jam hehe tapi kali ni aku bagi pengecualian dengan satu misi iaitu untuk tambah ilmu!




Aku pilih untuk hadir pada hari Sabtu, sebab hari Ahad Pak Jelan ada program lain. Sepanjang cuti sekolah ni, dia lah yang menjaga anak-anak dikala aku pergi bekerja. Amik cuti panjang sempena ujung tahun katanya. Jadi, hari Sabtu & Ahad je la yang dia ada masa untuk berehat dan untuk diri sendiri pun, tu yang aku bawa juga kakak dan adik bersama hari tu. Tapi yang bestnya, kakak dan adik dapat luangkan masa main dalam KidZania, sementara aku dan ibu-ibu lain berforum di dalam tu huhu ...



Dua beradik yang eksaited nak 'bekerja' dalam KidZania!




Untuk sesi yang pertama, forum dimulakan dengan topik "Using Positivity in Parenting" yang disampaikan oleh En. Alexius Cheang, Pakar Psikologi Perilaku dari Universiti Perubatan Antarabangsa. 

Dalam sesinya, beliau menekankan betapa emosi yang positif mampu meluaskan daya pemikiran dan kesedaran terhadap tindakan yang diambil seseorang. Contohnya, kita akan lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau ingin menyampaikan buah fikiran. Tapi, kalau kita marah-marah atau mewujudkan tekanan atau negativiti, ia akan mempengaruhi emosi kita dan orang disekeliling terutamanya anak-anak.

Ibubapa yang mampu mewujudkan emosi positif menunjukkan :
  • tahap peningkatan kreativiti yang baik
  • daya cipta yang tinggi
  • fokus "big picture"

Sebab itu, ibubapa digalakkan untuk meningkatan nisbah positiviti atau positivity ratio dalam diri dan untuk itu, ada satu test yang ibubapa boleh ambil di laman web www.positivityratio.com untuk mengetahui berapakah tahap positivity ratio yang kita ada hehe.


Maksimumkan Interaksi

Setiap hari pasti akan ada interaksi kita bersama anak-anak atau pasangan. Mereka akan bercerita tentang peristiwa yang berlaku pada hari tu atau apa yang mereka pelajari di sekolah.

Macam aku sendiri, kakak dan adik memang akan bercerita tentang apa saja yang mereka lalui di sekolah setiap hari hehe. Tapi, pernah tak kita terfikir respon yang bagaimana kita berikan pada anak-anak setiap kali mereka bercerita tentang sesuatu? Ye la, kadang-kadang tak dinafikan bila anak-anak bercerita tu, kita mungkin tengah baca mesej WhatsApp atau sedang berbual dengan pasangan atau sedang mendengar berita penting di radio. Bila kita suruh diaorang berhenti sekejap untuk dengar benda lain yang lebih 'penting', itu sebenarnya adalah interaksi yang tidak sihat!

Korang tahu tak, dengan memaksimakan interaksi sesama ahli keluarga, ia boleh meningkatkan kesan positviti dalam diri anak-anak mahupun pasangan korang? 

Macam mana? ..... RESPON PADA SETIAP INTERAKSI!

Ada masanya bila kita penat baru balik dari pejabat, kita perlukan rehat dan keadaan yang tenang sebelum kita memulakan tugas di rumah. Dan pada ketika itulah, anak-anak akan datang dengan pelbagai cerita atau masalah yang ingin dikongsi bersama kita.




Di sinilah kita perlu memainkan peranan sebagai ibubapa yang responsif terhadap anak-anak, dengar apa yang mereka cuba luahkan dan berikan sokongan yang mereka perlukan. Mungkin ada benarnya bila En. Alexius Cheang mengatakan kadang-kadang mendengar dan memahami itu lebih penting berbanding cuba untuk menyelesaikan.

Dalam mewujudkan persekitaran yang positif  untuk anak-anak, ibubapa perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Keyakinan anak-anak akan mula terbentuk apabila kita mula mendengar dan respon terhadap permasalahan mereka. 





Dalam sesi ini, beliau turut menerangkan terdapat 4 jenis respon :

  • Active-Constructive Responding (bagus)
  • Active-Destructive Responding (tak bagus)
  • Passive-Constructive Responding (tak bagus)
  • Passive-Destructive Responding (tak bagus)

Nak terangkan satu satu, memang panjangla penerangannya hehe. Cukupla korang tahu jenis respon yang baik adalah Active-Constructive Responding

Perasan tak kadang-kadang bila kita berbual dengan anak-anak atau pasangan, kita memberikan respon yang membina atau menghancurkan? Contohnya, anak kita bagitau dia dapat nombor 3 dalam kelas, apakah respon yang sepatutnya kita sebagai ibubapa berikan pada anak?

a) Tahniah sayang! ibu tahu sayang boleh lakukannya!
(Active-Constructive Responding)

ATAU

b) Hurmm ... nombor 3 je? naper tak boleh dapat nombor 1?
(Active-Destructive Responding)

Yang mana satukah kita? 




Sesi kedua diteruskan dengan tajuk "Respectful Parents, Respectful Children" yang disampaikan oleh Dr. Aisha Z. Abdullah. Topik ini mengupas tentang bagaimana ibubapa boleh membina kepercayaan terhadap keupayaan dan kebolehan anak-anak mereka berdikari dalam apa jua aktiviti yang dilakukan.

Kanak-kanak boleh diumpamakan seperti span lembut. Mereka mampu menyerap apa sahaja ilmu baru yang diajarkan di sekeliling mereka samada melalui sentuhan atau pemerhatian. Dari situ timbul perasaan ingin tahu tentang apa yang berlaku di sekitar mereka, seterusnya mendorong untuk mencuba melakukannya. 




Memang .. sebagai ibubapa, kadangkala kita sukar nak 'lepaskan' mereka buat itu dan ini kan, tapi di forum ni aku baru faham sebenarnya kita juga perlu menghormati keinginan mereka untuk bebas melakukan aktiviti yang mereka suka. Kerana pada peringkat usia inilah, mereka mempunyai keupayaan dan tenaga untuk belajar benda baru dan kita perlu berikan ruang, peluang serta kepercayaan untuk mereka melakukannya.






Berikan anak-anak kebebasan untuk membuat keputusan dan bertindak sendiri dalam aktiviti yang mereka lakukan. Di samping itu, sebagai ibubapa kita juga menyediakan persekitaran yang kondusif dan alatan yang mesra kanak-kanak dan selamat digunakan. InsyaAllah, anak-anak kita akan menunjukkan kebolehan untuk berdikari, berdisplin dan mampu meningkatkan kreativiti secara spontan!




Hurm ... banyak ilmu yang aku pelajari hari tu. Perkongsian tips dari pakar keluarga dan kanak-kanak ini memang membuka hati dan mata aku untuk memberi lebih ruang dan peluang pada kakak dan adik membuat keputusan sendiri. Tapi opkos la, ia bergantung kepada situasi yang macam mana! Bagi aku, asalkan ia tidak melampaui batas yang sepatutnya maka tiada masalah untuk aku membiarkan mereka...

Terima kasih KidZania Kuala Lumpur dan Positive Parenting untuk forum yang bermanfaat ini. Moga akan ada lebih banyak lagi majlis-majlis ilmu sebegini untuk ibubapa di luar sana pada masa akan datang.

(^^)

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.