Breaking

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, June 20, 2016

Monday, June 20, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Kedua


Assalamualaikum!



Dah masuk minggu ke-2 Ramadan dah kita ye, begitu pantas masa berlalu tup tup kita dah berada di pertengahan Ramadan. Amacam puasa anak-anak kita? Kakak dan adik biasa lah ... ada on ada off hehe, tapi bolehlaaa dari ibu dulu yang bila masuk je tenghari mula la masuk bilik air nak 'mandi'. Bila wan tanya kenapa nak mandi, ibu jawab 'panas' walhal .... sambil jirus air mulut dah ternganga hahaha :p

Alhamdulillah, momentum memasak untuk berbuka puasa dapat dikekalkan minggu lepas. Tambah bila anak-anak bersemangat berpuasa sampai petang, ibu lagi bersemangat nak masak untuk diaorang.




Asalkan bahan-bahan ada, semuanya ok! Dalam kepala dah terbayang apa nak dimasak untuk berbuka kang, dan kalau bahan tak cukup, turun je bas terus singgah kedai beli apa yang patut. Balik keje terus selinsing lengan dan masak!



Sardin cincuan


makan ngan nasi lemak ...yummy!



ayam goreng untuk kakak dan adik since diaorang tak makan sardin cincuan :D



sirap biji selasih n memang nostalgia betul la. Ibu punya feveret ni!


Laksa Thai beli kat opis


Bendi goreng shitake. 
Ni resepi main 'belasah' je namanya, sebab teringin nak makan shitake tu :D



sambal telur makan ngan apa pun sodap!


buat mihun sup untuk dua beradik tu, menambah-nambah diaorang makan! :D


bubur lambuk pengasuh bagi. Terima kasih kak Liza ^^


tekak western pula dah hahaha .... spaghetti carbonara :)


bubur lambuk kg. baru. Banyak betul daging dia kali ni!


western + Melayu = mantoppppp!



sambal ikan bilis petai. Kakak cakap makruh ibu makan ni time bulan puasa. Ye la, tapi dah ibu takleh tahan tengok petai kat kedai Zam tu ehehehe :p



ikan pari goreng


ayam masak kurma


kari ikan pari tanpa santan 


meehoon goreng ada fishball dan udang jek ;p


Tu je lah menu berbuka dan sahur kami dari Isnin sampai Ahad lepas. Minggu ni tak tau nak masak apa, nak gi intai-intai resepi la kat blog kengkawan nanti ;)




Friday, June 17, 2016

Friday, June 17, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Air Nanas


Assalamualaikum!


Selalu orang dilema nak masak apa untuk berbuka, aku pulak dilema nak buat air apa untuk berbuka kang hehehe. Air pun memainkan peranan yang penting tau, air tak sedap tawar memang takkan habis la jawabnya. So, fikir punya fikir apa kata aku buat air nanas sendiri untuk berbuka nanti? ;)

Buah nanas aku tak berapa suka sangat, tapi air nanas ... memang kegemaran aku sejak kecil lagi. Mudah, tahan lama dan sedap pulak tu! Terima kasih pada mak aku kerana menunjukkan cara-cara membuatnya. Walaupun anakmu ini selalu mengelat nak belajar buat, tapi akhirnya berbaloi juga percubaan pertama ku ini! hehe ...





Air Nanas

Bahan-bahan :

1 biji nanas - jangan pilih yang dah kuning/masak 
1 sudu bunga cengkih
1 paket gula
ais ketul

Cara-caranya :

1. Buang kulit nanas, bersihkan dan potong bentuk dadu kecil. Isi air dalam periuk, masukkan nanas yang telah dipotong tadi dan rebus sehingga mendidih

2. Toskan nanas dan buang air rebusan tadi. Isikan periuk dengan air paip yang baru dan biarkan di atas api sederhana kuat. Masukkan bunga cengkih dan gula. Kacau sehingga menjadi air gula. Gula ikut sukatan mana korang suka, nak manis letak lebih

3. Tutup api. Biarkan air gula menyejuk seketika. Bila dah suam suam tu, tuang air gula dalam jag yang berisi nanas tadi. Air nanas ni boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, hanya tuangkan aje ke dalam jag lain atau gelas dan tambahkan ais jika nak minum sejuk.

Kalau korang tak suka minum sejuk, boleh diminum suam suam juga. Tuang separuh air nanas dalam gelas dan tambah air masak sikit kalau rasa manis sangat. Sedaapppp insyaAllah :)

Selamat mencuba! ^^

Wednesday, June 15, 2016

Wednesday, June 15, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Sardin Cincuan


Assalamualaikum!


Ada masa aku buntu tak tau nak masak apa untuk berbuka. Takmo la singgah bazar hari-hari weh ... senang memang senang, main tunjuk tunjuk pastu bayar. Balik rumah takyah masak, hidang dalam pinggan terus mengadap tv tunggu waktu berbuka. Hari-hari kalau diamalkan macam ni mau tak balik kampung aku nanti huhu ..

Aku memang nak masak so kena fikir gak ape benda makanan yang senang dan cepat untuk disediakan. Lama dok termenung ... tetiba datang idea ni! Ahaaaa aku dah dapat! Nasi Lemak Sardin Cincuan. Nasi lemak tu ramai yang dah tahu cara membuatnya kan, so aku nak kongsikan lauknye aje la ye .... Sardin Cincuan ^^

Korang suka makan ikan sardin tak? Bagi yang suka bolehlah try resepi ni untuk berbuka atau sahur nanti. Senang je ... mudah je ... tapi sedaaappppp! hehe




Sardin Cincuan

Bahan-bahan :

1 tin ikan sardin - aku beli cap Ayam Brand
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji kentang - dipotong panjang
3 biji cili padi - diketuk
halia -  sebesar ibu jari
air asam jawa - agak2 nak kuah banyak mana
minyak masak
garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan periuk dan tuang minyak. Tumis bawang besar, halia dan cili padi sehingga naik bau wangi. Masukkan kentang dan kacau dengan api sederhana

2. Masukkan ikan sardin bersama sosnya ke dalam periuk. Kacau perlahan

3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Biarkan ia mendidih seketika sehingga kentang tadi lembut

4. Letak garam secukup rasa. Siap untuk dihidang! ^^


Haaaa senang je kan! Yang suka tomato boleh tukarkan dengan kentang. Yang nak kuah banyak boleh tambahkan sedikit lagi air. Sardin Cincuan ni aku buat lauk untuk nasi lemak gantikan sambal. Universalnya Sardin Cincuan ni, ia boleh 'masuk' dengan apa saja makanan. Dan 'regu' bagi Sardin Cincuan ini ialah telur dadar! Ada dua lauk ni, aku tak pandang lain dah ... cukuplah dengan nasi panas panas perghhhh menambah-nambah aku makan! hehe ...

So korang jangan lupa masak yek. Selamat mencuba! ^^


Tuesday, June 14, 2016

Tuesday, June 14, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak


Assalamualaikum!


Masakan paling best ialah asam pedas! Sebagai seorang yang berdarah campuran Melaka dan Negeri Sembilan, masakan asam pedas memang dah sinonim dengan aku sejak dari kecil lagi. Start aku makan asam pedas mak masak la, aku mula tertarik dengan lauk pedas!

Paling best kalau mak masak asam pedas ikan parang atau ikan pari. Perghhh ... dia punya kelazatan dan kemanisan isi ikan tu memang tak boleh nak cakap lah! Pakwe lalu belakang pun ko tak sedar hehehe. Tapi, aku suka kalau masak asam pedas guna satu lagi jenis ikan ni ...ikan jenahak! Haaaaa cara masak aku sempoi biasa biasa je, bahan-bahan pun ringkas sebab masa aku masak ni terlupa nak beli hehe,.

Pun begitu, rasa dia meletop! Wahhhh masuk lif tekan sendiri nampak ye Nim ... hahahaha ok la sebelum ada yang kecam aku puji makanan sendiri baik aku mulakan!




Asam Pedas Ikan Jenahak

Bahan-bahan :

ikan jenahak - aku amik bahagian perut hingga ekor
bawang merah 5 biji - ditumbuk halus
bawang putih 5 biji - ditumbuk halus
sedikit halba
3/4 cawan cili kisar - bergantung kepada tahap kepedasan cili kisar
7 batang bendi - potong kepala dan ekor
segenggam daun kesom
1 sudu gula
1/2 mangkuk air asam jawa
1 biji tomato - potong 4 (kalau suka tomato, boleh letak lebih)
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Cuci ikan sebersihnya dan toskan airnya. Panaskan periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halba dan daun kesom. Kacau dengan api sederhana

2. Bila dah naik bau wangi, masukkan cili kisar dan kacau lagi sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pula air asam jawa ke dalam periuk. Sukatan air dalam periuk aku hanya separuh saja. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika

3. Masukkan ikan dan bendi. Jangan kacau ikan tu, tapi kacau kuahnya sahaja. Ikan ni isi lembut, jadi kalau kita kerap kacau atau alihkan ia, nanti isinya hancur. Biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan gula dan garam. Aku tak masukkan asam keping, sebab air asam jawa tadi pun dah cukup 

5. Bila bendi dah lembut, tutupkan api. Potong tomato dan masukkan dalam kuahnya. Aku letak akhir sekali sebab takmo tomato ni hancur dalam kuah

6. Siap untuk dhidang! 


Kalau korang tengok aku tak letak serai, bunga kantan, daun limau purut ... hanya daun kesom. Sebab apa? sebab aku terlupa nak beli .... hahahaha :D

MasyaAllah memang berbaloi aku beli ikan jenahak ni, manis rasa isinya dan terasa kuah asam pedas tu bila dimakan dengan nasi panas panas ... wowwww! Nak makan untuk berbuka pun boleh, nak buat lauk untuk sahur pun syok! Orang bujang pun boleh masak ni .... sapsapsoi! haha

Selamat mencuba! ^^

Tuesday, June 14, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Pertama!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita berpuasa yek. Orang lain semalam makan apa, hari ni dah update kat blog. Aku je yang tunggu seminggu baru nak update ni ha hahaha. Bukan ape, senang sekali harong je tepek gambar makanan kat sini. Senang cerita ye dop :p

Minggu pertama puasa ok la ... syukur dapat memasak untuk keluarga. Walaupun ada menyinggah di bazar ramadan tapi aku tetap memasak kat umah. Sebab kat bazar tu bukan semua makanan yang boleh buat aku telio hehehe. Kalau gi bazar, aku beli makanan yang tertentu je yang diperakui kesedapannya dan berbaloi dengan duit!

Kalau tak ... sorry ar, aku masak lagi baik!

Day 1 - Aku goreng cucoq dan meehon goreng. Manisan makan Halawa beli kat kedai Arab bulan lepas hehe.



Thursday, June 09, 2016

Thursday, June 09, 2016

Lauk Ramadan - Resipi Mudah Sambal Telur


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Dah ada idea nak masak apa untuk berbuka dan bersahur kang? Bagi yang suka lauk simple menggunakan bahan yang memang dah sedia ada di dapur, mungkin boleh cuba masak lauk ni. Anehnya, bukan aku yang masak lauk ni tapi disebabkan kesedapannya sehingga menjilat pinggan, maka rugila tak share sini hehe ....

Tak kira la sahur ke berbuka ke, aku lebih suka makan yang simple simple aje sekarang ni. Kadang-kadang sahur pun aku tak makan nasi, aku buat roti benjo je. Anyway, Pak Jelan dah lama tak masuk dapur. So hari tu, tergerak pulak dia nak memasak di dapur. Baguslah ... di bulan Ramadan yang mulia ni suami kena banyak masuk dapur tolong isteri masak sediakan makanan. Lepas tu kena tolong basuh pinggan, baru lah isteri bertambah sayang ... hikhikhik!




Sambal Telur

Bahan-bahan :

2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
2 biji telur
cili kisar (agak-agakla banyak mana korang nak)
sedikit air asam jawa
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Caranya :

1. Mula-mula tumbuk bawang kecil dan putih bersama dalam lesung batu. Pastu masukkan cili kisar dan golek lesung tu bersama dengan bawang yang ditumbuk tadi.

2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Masukkan campuran cili kisar dan bawang yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik minyak. Gaulkan ia dalam api sederhana.

3. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau perlahan-lahan bersama dengan sambal tadi. Jangan kacau laju sangat, nanti telur tu jadi tak 'cantik' pulak. 

4. Letak air asam jawa sikit dan garam secukup rasa. Kacau untuk beberapa ketika dan kemudian padamkan api. Siap untuk dhidang!

Alhamdulillah .... marveles sambal telur ni! Boleh tahan air tangan suami ye :D Menambah-nambah makan ngan nasi putih panas panas. Nak lagi sedap boleh tambah kentang. Boleh juga cicah dengan murtabak ke atau cucuq udang ke atau sapu kat roti macam tu je! Mudah sangat, korang boleh masak pagi nak sahur tu jugak hehe. 

Selamat mencuba! ^^

Tuesday, April 12, 2016

Tuesday, April 12, 2016

Resepi Mudah & Lazat Ayam Goreng Berempah Tanjong!


Assalamualaikum!


Selalu bingung nak masak apa untuk keluarga? Begitu jugalah aku setiap hari hehehe. Bila ada yang nak makan pedas, ada pulak yang tak makan sambal, bila ada yang teringin nak makan kari, ada pulak yang nak makan sup hahaha ... 4 orang 4 selera berbeza! Tu baru 4 orang huhu ....





Tapi aku tahu satu lauk kesukaan keluarga kami ... A.Y.A.M G.O.R.E.N.G B.E.R.E.M.P.A.H! ahhaaa lauk ayam goreng berempah memang budak-budak ni suka. Kalau ayam insyaAllah .. masak apapun diaorang suka! hehe ...

Resepi aku kali ni simple sangat ... sebab keluarga aku suka makan yang simple-simple! Tapi walaupun simple, aku pastikan ia sedap, lazat dan menepati selera kami sekeluarga. Jommm kita mula memasak!

Nak masak ayam goreng berempah memerlukan rempah yang boleh membuatkan masakan kita lebih mudah dan hasilnya ..wallahhhhh! Dan kali ni, aku pilih produk Rempah TANJONG! Tapi memula sekali, kita kena sediakan bahan-bahannya dulu ;)

Resepi Ayam Goreng Berempah Tanjong

Bahan-bahannya :

  • 1/2 ekor ayam (bahagian paha) - dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah Kari TANJONG
  • 1 sudu besar rempah Kari Daging TANJONG
  • 1 sudu kecil Kunyit TANJONG
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Nota - bahan yang bertanda * dikisar terlebih dahulu




Cara-caranya :

1. Basuh ayam sebersihnya dan potong kecil. Toskan airnya. Ikut suka nak buang kulit ayam tu ke tidak, tapi kalau aku, memang aku tak buang sebab anak-anak suka makan kulit ayam yang digoreng

2. Bahan-bahan yang dikisar tadi digaulkan bersama ayam. Gaul rata dan masukkan rempah Kari Ikan Tanjong, Kari Daging Tanjong, Kunyit Tanjong, serbuk cili dan gaul hingga sebati

3. Masukkan daun kari dan garam secukup rasa. Kemudian perap untuk seketika. Tapi aku perap ayam ni semalaman sebab nakkan rempah dan bahan-bahan kisaran meresap masuk dengan sempurna 




4. Panaskan kuali bersama minyak sederhana penuh, dengan api sederhana ayam yang diperap tadi digoreng

5. Angkat ayam tadi dan toskan. Serdak-serdak rempah yang masih berada di dalam kuali jangan dibuang, sebaliknya angkat dan toskan juga dan hidangkan bersama ayam tadi



Tadaaaa! dah siap ^^


Senang tak? Senang giler kan! haha ... bahan-bahan pun senang sebab aku guna yang asas je. Sesuai bebenor makan dengan nasi lemak atau nasi kukus atau nasi briyani atau nasi putih panas-panas! Takda letak jintan manis atau jintan putih sebab anak-anak nak makan kan, yang penting aroma dan rasa rempah itu meresap ke dalam daging ayam tadi. 

Nak guna Rempah TANJONG ni pun cukup senang, malah tekstur rempahnya lebih halus dan cepat larut memudahkan kerja ketika nak gaul dengan ayam.




Bagi mempromosikan lagi produk TANJONG keluaran tempatan, pihak syarikat telah menyertai satu pameran di Malaysian International Halal Showcase (MIHAS) baru-baru ini bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Di sana, Chef Liza turut menunjukkan demo memasak menggunakan rempah TANJONG. Mantoppp! 

Untuk pengetahuan korang, produk TANJONG ni dulu dikenali sebagai PELADANG, tapi kini telah melalui penjenamaan semula di bawah nama baru iaitu TANJONG. 





So, korang kalau nak memasak lenkali gunalah Rempah TANJONG ye. Aroma dan rasa rempahnya yang asli membuatkan aku masih terbayang-bayang akan kesedapan dan kelazatan ayam goreng berempah aku tu hehehe ... sampai sekarang masih teringat lagi!

Nak lagi best, korang boleh tonton TV1 setiap Ahad dalam Segmen Niaga, bolehla belajar dan cuba semua masakan menggunakan Rempah TANJONG. Boleh pakat-pakat dengan suami lepas ni nak masak apa kan hehe ...

Oh ya, rempah TANJONG boleh didapati di MYDIN dan D'MART ye. Lepas ni, aku nak try masak kari atau kurma pulak dengan Rempah TANJONG ni :0

SELAMAT MENCUBA! ^^

Friday, June 26, 2015

Friday, June 26, 2015

Aidilfitri Berseri Dengan Variasi Semperit Raya!



Assalamualaikum!


Kuih semperit dan Hari Raya memang tak dapat dipisahkan! Bagi penggemar semperit, juadah kuih semperit di pagi lebaran pasti ditunggu-tunggu kerana kelazatan dan aromanya yang membangkitkan nostalgia semperit yang kekal segar legasinya sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu!

Ramadhan ini, kuih semperit menemui sentuhan baru namun masih mengekalkan keasliannya. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resepi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah.




Hidupkan suasa dapur anda sempena Hari Raya dengan aroma lazat semperit melalui resepi-resepi yang telah dipertingkatkan. ia mudah dicapai, boleh disediakan dengan mudah dan hampir menyerupai cara ibu menyediakannya. Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat.

Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi.

Tanpa berlengah masa, mempersembahkan resepi ekslusif mentega SCS untuk menceriakan Hari Raya anda dan menambat selera seisi keluarga. Pakaikan apron dan cubalah resepi baru ini!




Jangan lupa mencuba resepi menarik sempena Hari Raya ni ye! Pastinya Aidilfitri kita lebih ceria dan bermakna dengan juadah kegemaran ramai ...insyaAllah ^^

Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resepi-resepi kuih khas berasaskan mentega SCS, boleh layari Facebook SCS untuk resepi atau saluran Youtube kami. Buku resepi untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. 

Dan, berita baik untuk semua, menjelang Jun 2015 SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook https://www.facebook.com/scsdairymalaysia.



SELAMAT MEMBUAT KUIH SEMPERIT
DAN
SELAMAT HARI RAYA!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.