Breaking

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, November 18, 2016

Friday, November 18, 2016

Sandwich telur anak dara ...


Assalamualaikum!



Sejak balik dari aktiviti perkhemahan badan beruniform di sekolah, kakak tekad nak cuba resepi ni kat rumah. Banyak benda yang dia belajar dalam 2 hari 1 malam tu dan antaranya cara-cara nak buat sandwich telur. So, bila balik rumah dia tak sabar dah la nak try buat untuk ayah, ibu dan adik dia ;)

Memandangkan ini percubaan pertama kakak buat sandwich telur, maka kita bagi dia peluang conquer dapur malam tu hehe. Ibu dan adik hanya perhati dari tepi je la ye :)


Tuesday, November 15, 2016

Tuesday, November 15, 2016

Ayam Masala Cuping


Assalamualaikum!


Hai awak awak semua, masak apa tengah hari ni? Dah ada idea nak masak ape? Kalau takda meh la kita nak kongsi resepi ayam simple mimple punya! Yang bujang, yang dah berkahwin confirm insyaAllah boleh sukses kalau ikut resepi ni haha :D

Ayam Masala Cuping? Pernah dengar? ayam masala tu pernah dengar kan, tapi tang cuping tu tak pernah lagi dak hahaha. Sebenaqnya, resepi yang aku nak kongsikan kali ni bukanlah hasil air tanganku tapi hasil dari air tangan suamikuuuuuu haha.




Tengoklah kalau orang lelaki memasak .. memang kebabom dia punya masakan haha. Inilah dinner kami sekeluarga malam tadi. Yang kakak dan adik ayam goreng je, yang ayam masala cuping ni lauk kami berdua ;)

Cara memasak memang simple giler! Walaupun nama dia 'masala' tapi takda letak rempah apa pun, tapi sebab tuan punya resepi kata letak la 'ayam masala cuping', maka kita ikutkan je la ye hehe.

Bahan-bahanAyam bahagian paha, bawang merah 4 ulas, bawang putih 3 ulas, cili kisar, serbuk kunyit, air asam jawa, garam, gula, minyak masak

1. Basuh ayam dengan tepung, buang lendir dan dan toskan. Lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Goreng ayam dulu sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan alihkan ayam ke dalam pinggan

3. Potong bawang merah dan bawang putih, goreng dalam minyak tadi sehingga naik bau wangi. Masukkan cili kisar ikut sukatan korang (kalau nak pedas letak banyak sikit) dan kacau hingga pecah minyak

4. Masukkan air asam jawa dan kacau perlahan. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan perlahankan api. Masukkan ayam goreng tadi ke dalam kuali dan kacau rata

Amacam? simple kan! Tapi rasa dia sangat memuaskan hati dan perutku haha. Makan ngan nasi panas bersama lauk ni je ... alhamdulillah kenyang sampai ke Subuh hehe.

Sekali sekala suami masuk dapur ... memang 'meletop'! ^^


Selamat mencuba!


Tuesday, June 28, 2016

Tuesday, June 28, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Rangup



Assalamualaikum!


Korang suka petai? Korang suka sambal petai? Korang suka sambal ikan bilis petai? Maka kita gengggg! haha sep sikit :p 

Sambal ikan bilis petai ni memang boleh makan ngan apa pun! Makan ngan nasi boleh ..makan ngan roti banggali boleh .. makan ngan pau boleh ... makan ngan roti canai boleh ... ratah gitu je pun bolehhhh!

Ada kawan aku cakap makan petai ni time cuti hujung minggu je, sebab kat rumah mulut berbau petai pun orang tak tau hehe ... ye la, ikut keselesaan orang la kan. Yang penting jangan kasi orang bau tau hahaha :D

Jom skodeng resepi ;)




Sambal Ikan Bilis Petai Rangup

Bahan-bahan :

200gm ikan bilis - dikopek dua
cili kisar - sukatan ikut kesesuaian tahap kepedasan yang korang nak
3 ikat petai - dibelah dua
minyak untuk menumis
sedikit air masak
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan kuali. Goreng dulu ikan bilis yang telah dibersihkan. Bila dah keperangan sikit angkat dan letak dalam pinggan lain dulu.

2. Masukkan cili kisar dalam kuali dengan api sederhana. Kacau sehingga ia pecah minyak. Kemudian masuk sedikit air masak. Sedikit je ye, dalam 2 sudu je sebab aku takmo sambal tu jadi berkuah. Biarkan sambal tu mengering sikit. Sambil sambil tu kacau lagi.

3. Masukkan petai dan biarkan ia masak dalam 10 minit. Kacau perlahan sambil perlahankan api. Letak garam secukup rasa dan teruskan mengacau untuk mengelakkan ia melekat di dasar kuali.

4. Tutup api dan biarkan sambal petai itu menyejuk seketika dalam kuali. Lepas 5 minit macam tu, baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaul ratakan ia bersama sambal petai tadi.

5. Siap untuk dihidang!

Haaa mudah kan! Sebelum aku berjaya masak sendiri sambal ikan bilis petai ni, dah beberapa kali aku gagal sebenarnya! Tak sama macam yang mak masak ... ikan bilis rangup, sambal terasa dan sebagainya. 

Dulu sambal ikan bilis aku jadi lembik lepas campur ngan sambal. Bila makan macam ikan bilis tu dah lemau. Rupanyaaaaaaaa ... mak kata kena tutup api dulu biarkan sambal tu sejuk kejap, baru lah campur dengan ikan bilissssss haaaaaa mak duk dapur ko tak nak tengok mak masak ....! hahaha sorry mak :D

Bila dah pandai buat, memang syok la layan ngan nasi dan telur goreng dadar. Makan simple macam ni pun dah nikmat yang tak terhingga ye dop. Korang pun cuba la nanti yek :D

Selamat mencuba! ^^


Monday, June 27, 2016

Monday, June 27, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Ketiga


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu ke-tiga kita berpuasa. Minggu depan minggu terakhir sebelum masuk 1 Syawal. Dekat-dekat nak raya ni semakin tak bersemangat aku nak masak. Sebab asyik teringatkan mak dan abah di kampung. Sebab tu minggu lepas tak banyak juadahnya seperti 2 minggu sebelumnya.

Takpelah ... ini pun dah cukup alhamdulillah ...

Kalau 2 minggu sebelum tu aku obses dengan cendawan shitake, minggu lepas aku obses dengan petai pulak hehe. Cantik pulak petai kat kedai Zam tu, walaupun 3 ikat dia jual RM4 huhu ...



Sambal udang petai



Sup suhun



Telur goreng


Sambal hitam Pahang ... beli ngan mek Sue


Spaghetti goreng telur


Sambal ikan bilis petai


Sup ketam permintaan si sulung

Memula aku amik kepak ayam, ingat nak buat goreng berempah. Sekali aku gi buka peti ikan dan dia ternampak ketam hahaha. Langsung dimintanya buat sup ...dah lama tak makan ketam katanya. Last makan waktu kat kampung Wan masakkan. Kesian pulak dengar kisah sedih dia .... :p



Kuey tiow goreng takda sayur


Sotong goreng berempah



Bila dua beradik tu puasa penuh, apa diaorang nak makan insyaAllah ibu akan cuba usahakan masak. Tapi dengan syarat puasa penuh je! hehe ... 

Selain sambal udang petai dan sambal ikan bilis petai, semua tu makanan yang diminta oleh kakak dan adik. Syukur diaorang puas hati, walaupun ibu masak tak sesedap wan masak ...

Hurmm rindu wan ... T_T

Friday, June 24, 2016

Friday, June 24, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Mudah Sotong Goreng Berempah


Assalamualaikum!


Cuti minggu lepas kakak request nasi lemak lagi untuk berbuka. Hari tu aku masak, dia punya makan perghhh menambah sampai 3 kali! Serius aku tak tipu ... kakak kalau dia suka satu satu makanan tu dia akan tambah berkali-kali sampai kenyang. Takut pula aku tengok dia makan ..macam nak meletop perut tu dah hehehe ...

Tapi aku tak buat sebab hari tu dah masak lauk lain untuk berbuka. So, semalam la aku masak. Turun je dari bas terus berdesup ke kedai runcit beli bahan-bahan nak buat nasi lemak. Dalam kepala ni dah terbayang sambal sotong ... tapi sambal anak-anak tak makan pulak! Nampak kaler merah konfirm diaorang tak sentuh punya. Sekali aku nampak ....P.E.T.A.I!

Wahhhh petaiiiiiii ...haaaa aku ada idea! Apa kata aku masak sambal ikan bilis petai dan sotong goreng berempah! Nasi lemak kalau takda sambal tak best betoi dak! Sotong goreng berempah tu pulak tak pedas, memang sesuai untuk budak-budak ni makan! Haaaaaaa .... geliga jugak otak ko Nim! hahahaha :p

Sambal petai ikan bilis tu nanti aku cerita lain, sekarang jom skodeng resepi sotong goreng berempah aku ni ;)




Sotong Goreng Berempah

Bahan-bahan :

5 ekor sotong - saiz sederhana besar
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/2 paket rempah ikan - aku guna rempah TANJONG
1 biji tomato - dipotong 8
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Bersihkan sotong dan potong pada bahagian yang lebih kecil. Kalau korang suka telur sotong, boleh masukkan sekali. Panas kuali dengan minyak pada api sederhana, tumis dulu bawang besar dan cili merah sehingga naik bau

2. Sementara tu, gaulkan sotong dan rempah ikan dalam satu bekas. Ratakan rempah di seluruhnya, tak perlu tambah air tau biar dia melekat kat sotong. Bila bawang dah keperangan sikit, masukkan sotong yang dah digaul tadi ke dalam kuali dan kacau rata

3. Bila dah sebati, tambah sedikit je air masak untuk kasi berair sikit. Tambah sikit je jangan banyak tau! Masukkan tomato dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih dan sotong masak

4. Tutup api dan siap untuk dihidang!

Ringkas kan! Orang bujang pun boleh buat lauk ni. Makan ngan nasi kosong pun boleh tau. Kalau korang taknak guna sotong, boleh guna udang atau ayam. Semalam aku bagi kakak cuba makan sotong ni ngan nasi lemak ... perghhh takut tengok dia makan hahaha malam tu kul 10 dia repeat makan nasi lemak dengan lauk ni lagi .... heeee :D

Selamat mencuba! ^^

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.