Breaking

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, June 23, 2016

Thursday, June 23, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Kari Ikan Pari Style Mamak


Assalamualaikum!


Dari kecil kalau mak masak kari apa pun, mesti letak santan. Mak kata tak letak santan tak sedap! haha memang betul mak, sebab kami sekeluarga dah terbiasa makan kari yang ada santan kelapa. Tapi bila dah kahwin dengan orang utara, baru tahu diaorang masak kari tak guna santan! huhu ....

Aku cakap ni jangan gelak pulak ye, tapi kalau mamak masak kari tak letak santan aku boleh terima lagi, cuma tak pernah lagi jumpa Melayu masak kari tak guna santan hahaha. Dah kahwin baru tau keluarga mertua makan kari tak letak santan hahahaha ...adehhh. Aku ingat lagi kali pertama tengok kak ipar aku masak kari ikan kepala nyut nyut masuk bawang masuk rempah masuk ikan tapi takda santan! Alamakkk ..sedap ke tak letak santan ni? Cayaq semacam je kuah dia. Tapi bila aku makan ... fuh terangkat kari dia! :)

Biasa kalau masak kari ikan takda santan ni, aku serahkan aje pada suami tapi hari tu aku nak cuba sendiri la masak kari style mamak ni ... jom kita skodeng resepi! ;)




Kari Ikan Pari Style Mamak (Takda Santan)

Bahan-bahan :  

800gm ikan pari - dipotong kepada beberapa bahagian
5 biji bawang merah - dihiris halus
5 biji bawang putih - dihiris halus
2 tangkai daun kari (aku tak guna daun kari sebab terlupa nak beli hahaha)
1 biji tomato - dipotong 4
7 batang bendi (boleh guna terung) - dipotong kepala dan ekornya
1 1/2 paket rempah kari ikan - aku guna rempah BABAS
3 sudu rempah serbuk cili - aku guna rempah BABAS
1 asam keping
air masak
minyak untuk tumis
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama dengan daun kari sampai naik bau. Sementara tu sediakan rempah kari dan serbuk cili dalam satu bekas dan dicampur dengan sedikit air

2. Bila dah naik bau wangi, masukkan campuran rempah dan serbuk cili dan gaul rata dalam api sederhana. Kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan pari yang telah dibersihkan dan ratakan perlahan-lahan. Sebatikan rempah dengan ikan

3. Campurkan air masak ke dalam periuk dan kacau lagi. Korang agak-agak la nak kuah banyak mana supaya sesuai dengan kepekatan rempahnya. Masukkan bendi dan biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan asam keping dan tambah garam secukup rasa. Bila bendi dah lembut boleh tutup api. Masukkan tomato dan siap dihidang untuk berbuka!

Aku suka guna ikan pari sebab ikan ni takda tulang halus. Anak-anak suka makan sebab isinya lembut dan tebal. Paling best aku tak perlu menyiang perut ikan hahaha... Lauk pun jadi lebih tahan lama sebab tak guna santan kan. 

Alhamdulillah percubaan pertama aku masak kari ikan takda santan menjadi! Sedap dimakan dengan nasi panas dan telur dadar goreng ....fuh korang try masak yek ;)

Selamat mencuba! ^^


Tuesday, June 21, 2016

Tuesday, June 21, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Ayam Masak Kurma


Assalamualaikum!


Lama bebenor tak masak lauk kurma ni! Anak mintak sup ayam, tetiba datang idea nak buat ayam kurma. Hari tu aku buatkan diaorang meehoon sup .. diaorang punye melantakkkkkk perghhh ... haha tapi, alhamdulillah seronok tengok diaorang berselera makan walaupun bila aku makan rasanya biasa biasa jek! Entah apa yang kebabom ntah ... tapi tu la budak kan, kalau diaorang kata sedap tu maka memang sedap la aku masak kan hehehe ...

Ayam masak kurma ... hurmm, lama tak makan masakan mak. Feveret aku ni .. eh apa saja yang mak masak memang aku tak tolak. Kecuali gulai telur itik .... sorry i is diet today hohoho :p memang aku takleh masuk lauk yang satu tu huhu ...

Dah dah moh kita tengok resepinye ;)



Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan :

Ayam mentah - separuh bahagian (aku amik 2 bahagian paha)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih - dihiris halus
halia sebesar ibu jari - dihiris halus
3 biji cili hijau - dibuang bijinya
1 paket serbuk Kurma - aku guna Faiza Kurma Powder
1 biji kelapa - diperah 2 kali untuk santannya
1 biji kentang - dipotong 8
1 biji tomato
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan periuk dan letak minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih. cili hijau dan halia sehingga naik bau. Kacau dengan api sederhana

2. Masukkan rempah Kurma yang dicampur dengan sedikit air. Kacau rata sehingga ia pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi

3. Kacau ayam untuk ratakan dengan rempah. Kemudian, masukkan santan ke dalamnya. Santan ni dari 1 biji kelapa, aku perah 2 kali. Kacau rata dan biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan kentang dan kacau lagi kuahnya. Masukkan garam secukup rasa dan boleh tutup api

5. Masukkan tomato dan sedia dihidang! Aku masukkan tomato ni last sebab takmo ia hancur dalam kuah kurma. Kalau korang nak masukkan sekali ngan kentang tadi pun boleh.





Alhamdulillah suka nau budak-budak tu makan lauk ayam kurma ni. First time diaorang makan masakan ayam kurma aku ... dan berjaya menambat hati! Kakak menambah-nambah makan ... adik terangguk-angguk cakap sedap buuuu sedapppp ...hurmm budak tak suka makan pedas gini leeeeee hehehe ....

Selamat mencuba! ^^


Monday, June 20, 2016

Monday, June 20, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Kedua


Assalamualaikum!



Dah masuk minggu ke-2 Ramadan dah kita ye, begitu pantas masa berlalu tup tup kita dah berada di pertengahan Ramadan. Amacam puasa anak-anak kita? Kakak dan adik biasa lah ... ada on ada off hehe, tapi bolehlaaa dari ibu dulu yang bila masuk je tenghari mula la masuk bilik air nak 'mandi'. Bila wan tanya kenapa nak mandi, ibu jawab 'panas' walhal .... sambil jirus air mulut dah ternganga hahaha :p

Alhamdulillah, momentum memasak untuk berbuka puasa dapat dikekalkan minggu lepas. Tambah bila anak-anak bersemangat berpuasa sampai petang, ibu lagi bersemangat nak masak untuk diaorang.




Asalkan bahan-bahan ada, semuanya ok! Dalam kepala dah terbayang apa nak dimasak untuk berbuka kang, dan kalau bahan tak cukup, turun je bas terus singgah kedai beli apa yang patut. Balik keje terus selinsing lengan dan masak!



Sardin cincuan


makan ngan nasi lemak ...yummy!



ayam goreng untuk kakak dan adik since diaorang tak makan sardin cincuan :D



sirap biji selasih n memang nostalgia betul la. Ibu punya feveret ni!


Laksa Thai beli kat opis


Bendi goreng shitake. 
Ni resepi main 'belasah' je namanya, sebab teringin nak makan shitake tu :D



sambal telur makan ngan apa pun sodap!


buat mihun sup untuk dua beradik tu, menambah-nambah diaorang makan! :D


bubur lambuk pengasuh bagi. Terima kasih kak Liza ^^


tekak western pula dah hahaha .... spaghetti carbonara :)


bubur lambuk kg. baru. Banyak betul daging dia kali ni!


western + Melayu = mantoppppp!



sambal ikan bilis petai. Kakak cakap makruh ibu makan ni time bulan puasa. Ye la, tapi dah ibu takleh tahan tengok petai kat kedai Zam tu ehehehe :p



ikan pari goreng


ayam masak kurma


kari ikan pari tanpa santan 


meehoon goreng ada fishball dan udang jek ;p


Tu je lah menu berbuka dan sahur kami dari Isnin sampai Ahad lepas. Minggu ni tak tau nak masak apa, nak gi intai-intai resepi la kat blog kengkawan nanti ;)




Friday, June 17, 2016

Friday, June 17, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Air Nanas


Assalamualaikum!


Selalu orang dilema nak masak apa untuk berbuka, aku pulak dilema nak buat air apa untuk berbuka kang hehehe. Air pun memainkan peranan yang penting tau, air tak sedap tawar memang takkan habis la jawabnya. So, fikir punya fikir apa kata aku buat air nanas sendiri untuk berbuka nanti? ;)

Buah nanas aku tak berapa suka sangat, tapi air nanas ... memang kegemaran aku sejak kecil lagi. Mudah, tahan lama dan sedap pulak tu! Terima kasih pada mak aku kerana menunjukkan cara-cara membuatnya. Walaupun anakmu ini selalu mengelat nak belajar buat, tapi akhirnya berbaloi juga percubaan pertama ku ini! hehe ...





Air Nanas

Bahan-bahan :

1 biji nanas - jangan pilih yang dah kuning/masak 
1 sudu bunga cengkih
1 paket gula
ais ketul

Cara-caranya :

1. Buang kulit nanas, bersihkan dan potong bentuk dadu kecil. Isi air dalam periuk, masukkan nanas yang telah dipotong tadi dan rebus sehingga mendidih

2. Toskan nanas dan buang air rebusan tadi. Isikan periuk dengan air paip yang baru dan biarkan di atas api sederhana kuat. Masukkan bunga cengkih dan gula. Kacau sehingga menjadi air gula. Gula ikut sukatan mana korang suka, nak manis letak lebih

3. Tutup api. Biarkan air gula menyejuk seketika. Bila dah suam suam tu, tuang air gula dalam jag yang berisi nanas tadi. Air nanas ni boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, hanya tuangkan aje ke dalam jag lain atau gelas dan tambahkan ais jika nak minum sejuk.

Kalau korang tak suka minum sejuk, boleh diminum suam suam juga. Tuang separuh air nanas dalam gelas dan tambah air masak sikit kalau rasa manis sangat. Sedaapppp insyaAllah :)

Selamat mencuba! ^^

Wednesday, June 15, 2016

Wednesday, June 15, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Sardin Cincuan


Assalamualaikum!


Ada masa aku buntu tak tau nak masak apa untuk berbuka. Takmo la singgah bazar hari-hari weh ... senang memang senang, main tunjuk tunjuk pastu bayar. Balik rumah takyah masak, hidang dalam pinggan terus mengadap tv tunggu waktu berbuka. Hari-hari kalau diamalkan macam ni mau tak balik kampung aku nanti huhu ..

Aku memang nak masak so kena fikir gak ape benda makanan yang senang dan cepat untuk disediakan. Lama dok termenung ... tetiba datang idea ni! Ahaaaa aku dah dapat! Nasi Lemak Sardin Cincuan. Nasi lemak tu ramai yang dah tahu cara membuatnya kan, so aku nak kongsikan lauknye aje la ye .... Sardin Cincuan ^^

Korang suka makan ikan sardin tak? Bagi yang suka bolehlah try resepi ni untuk berbuka atau sahur nanti. Senang je ... mudah je ... tapi sedaaappppp! hehe




Sardin Cincuan

Bahan-bahan :

1 tin ikan sardin - aku beli cap Ayam Brand
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji kentang - dipotong panjang
3 biji cili padi - diketuk
halia -  sebesar ibu jari
air asam jawa - agak2 nak kuah banyak mana
minyak masak
garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan periuk dan tuang minyak. Tumis bawang besar, halia dan cili padi sehingga naik bau wangi. Masukkan kentang dan kacau dengan api sederhana

2. Masukkan ikan sardin bersama sosnya ke dalam periuk. Kacau perlahan

3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Biarkan ia mendidih seketika sehingga kentang tadi lembut

4. Letak garam secukup rasa. Siap untuk dihidang! ^^


Haaaa senang je kan! Yang suka tomato boleh tukarkan dengan kentang. Yang nak kuah banyak boleh tambahkan sedikit lagi air. Sardin Cincuan ni aku buat lauk untuk nasi lemak gantikan sambal. Universalnya Sardin Cincuan ni, ia boleh 'masuk' dengan apa saja makanan. Dan 'regu' bagi Sardin Cincuan ini ialah telur dadar! Ada dua lauk ni, aku tak pandang lain dah ... cukuplah dengan nasi panas panas perghhhh menambah-nambah aku makan! hehe ...

So korang jangan lupa masak yek. Selamat mencuba! ^^


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.