Breaking

Showing posts with label Simpul Kasih. Show all posts
Showing posts with label Simpul Kasih. Show all posts

Thursday, June 22, 2017

Thursday, June 22, 2017

Projek Biskut Raya 2017


Assalamualaikum!

Dekat-dekat nak raya ni, orang lain dok kalut siapkan biskut raya, baju raya, kasut raya tapi aku dok kalut ke satu benda dari awal puasa sampai nak raya!

Rutin setiap kali nak raya, aku akan usahakan untuk buat sendiri 2-3 jenis biskut raya. Tambah biskut marmar carrie memang kesukaan anak dara sulungku, Hazwani. Sebelum puasa dia dah 'menyanyi-nyanyi' di telinga suruh kita buatkan. 








Inilah biskut raya aku tahun ni, tapi bukan dibuat sendiri. Disebabkan kesibukan melampau setiap hari terutama dalam menyiapkan tempahan simpul kasih, maka terpaksalah aku 'kuburkan' saja hajat nak buat biskut raya tahun ni. Sebelum-sebelum ni, memang aku dah tetapkan minggu awal puasa untuk buat biskut raya, tapi tahun ni nampaknya hajatku tak kesampaian.

Maka, kenala order jugak biskut raya walaupun satu jenis. Apa rupa raya takda biskut raya langsung kan! Takkan tak mampu nak beli sebalang dua kan kan kan!




Pun begitu, aku masih mampu berpuas hati dan bersyukur sebab sekurang-kurangnya simpul kasih air tanganku sendiri juga akan jadi 'biskut raya' tahun ni. Walaupun bukan dalam kategori biskut raya asalkan tangan ni yang menyimpul ok dah la tu kan. Jadikleeeee dari tak membuat langsung hehe. 

Tempahan simpul kasih pun dah siap dan dihantar pada yang menempah. Terima kasih pada yang repeat order ngan kami. Kesian juga pada kakak yang kepingin nak makan biskut marmar carrie dia tapi tak dapat. Sorry kakak, tahun ni ibu tak dapat tunaikan .... 😔

Kita ngunyah simpul kasih ngan cookie krisp ni je la yek .. huhu.



Wednesday, May 03, 2017

Wednesday, May 03, 2017

Testimoni Simpul Kasih Razhani

Assalamualaikum!


Diam tak diam, dah dua tahun lebih kami berniaga carboot sale. Bermula dengan meniaga baju terpakai kepunyaan sendiri je, sedikit demi sedikit kami beralih ke barangan lain dan kini kami meniaga beg bundle, jubah bundle dan barangan antik walaupun tak banyak.

Tahun 2017 ni juga menyaksikan penglibatan aku dalam bisnes simpul kasih yang aku pelajari dari kakak ipar ku sebelumnya. Walaupun hanya secara kecil-kecilan tapi alhamdulillah respon dan feedback positif dari pelanggan sangatlah memberangsangkan. Pun begitu, aku sedia menerima kritikan untuk memperbaiki kelemahan diri.


Monday, April 03, 2017

Monday, April 03, 2017

Simpul Kasih Di Jualan Puspanita!


Assalamualaikum!


Jualan Puspanita kembaliiii! Sebenarnya, ini kali kedua aku join meniaga Puspanita jabatan. Kali pertama aku tak sempat nak bercerita di blog, tapi kali ni aku tekad ...tekad ...tekad nak cerita jugak! Sebab cerita ni je yang aku ada untuk update dalam blog .... haha!

Anyway, meniaga ni seronok rupanya ye! Cuma perlu ada keberanian untuk memulakan langkah. Kalau tak yakin, tak boleh jugak. Kalau over-confident pun bimbang hasilnya tak seperti yang dijangka pulak. So, kita bersederhana je la ye ... apapun, aku still eksaited!


Thursday, March 16, 2017

Thursday, March 16, 2017

Tempah Simpul Kasih Razhani - Sekali Ngunyah Payah Nak Berhenti!


Assalamualaikum!


Ketagih ... ralit .... sedap ngunyah! Itulah gambaran tiap kali aku tanya bagaimana rasanya simpul kasih ni. Kalau korang peminat snek kudapan maka korang akan faham maksud aku hehe. Alhamdulillah, syukur kami diberikan kesempatan dan peluang untuk menghasilkan sendiri snek kudapan simpul kasih. 

Ada orang panggil simpul kasih, ada orang panggil popia simpul. Kedua-duanya sama, tapi kerana aku belajar buat simpul kasih ni dari kakak iparku dulu maka aku panggil simpul kasih la. 


Contoh Pek 1kg


Simpul Kasih Rangup Snek Ringan 

Simpul kasih kami dibuat daripada isi ikan sardin segar, maka segala bahan untuk masak inti adalah dimasak sendiri dirumah. 

Dalam banyak-banyak snek dan kudapan, simpul kasih paling sesuai untuk dimakan samada bersama keluarga atau teman. Yang penting, sekali kunyah takkan berhenti! hehe 😁

Simpul kasih juga sesuai untuk dijamu pada tetamu yang datang. Dah dekat nak raya ni, mesti korang tercari-cari kerepek atau kudapan yang sedap dan sesuai selain kuih dan biskut raya kan? Haaaa cer korang try letak simpul kasih ni dalam balang, insyaAllah makin berseri meja makan dipagi raya nanti heeee 😉


Contoh Pek 500gm


Harga Simpul Kasih Razhani

Kami menjual 2 jenis pek, iaitu :

1kg : RM30.00
500gm : RM18.00

HARGA BARU SIMPUL KASIH RAZHANI >>> KLIK SINI

Self-pickup : (500GM-4KG)

Weekdays : A&W Petaling Jaya
Weekends & Malam : TESCO Ampang


Penghantaran bergantung kepada tempat dan lokasi anda. Tempahan berskala besar (lebih dari 5kg) perlu dibuat 3 minggu lebih awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan dipihak kami. Pembayaran 50% perlu dibuat terlebih dahulu untuk menunjukkan komitmen anda menempah dengan kami. Kesian la kat kami, berhempas pulas siapkan, tapi customer diam je tak bagi respon sampai ke sudah! 

Kami juga menerima tempahan sempena raya nanti. 

Harga yang tertera tidak termasuk kos penghantaran. Boleh self-pickup di KL sekitar Selangor. Bayaran boleh dibuat secara BANK-IN & TUNAI SAHAJA.

TESTIMONI SIMPUL KASIH RAZHANI

Alhamdulillah respon dan feedback dari pelanggan baru dan tetap sangat memberangsangkan! Terima kasih pada yang repeat order ngan kami, thanks for your support!




100% HOMEMADE
100% BUMIPUTERA
100% HALAL


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh kirimkan pesanan WhatsApp ke 019-2514574 @ 010-5673525


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.