Breaking

Showing posts with label Something in my head. Show all posts
Showing posts with label Something in my head. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Tuesday, May 20, 2014

Hampir Diragut!


Assalamualaikum!

Allahurobbi! membayangkannya saja sudah cukup menakutkan apatah lagi kalau terkena pada diriku sendiri. Nauzubillahiminzalik! mintah dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh memudaratkan kami sekeluarga.


gambar hiasan

Tapi, dalam kita masih berjaga-jaga tu pun kalau benda tak elok nak jadi kat kita, kita tak boleh nak buat apa-apa melainkan bersabar & berdoa agar tak jadi apa-apa yang serius.

Sunday, May 18, 2014

Sunday, May 18, 2014

Adab Di Majlis Kahwin


Assalamualaikum!

Perbualan aku & Pak Jelan semalam di kedai Cik Tonah menyedarkan aku banyak perkara berkaitan majlis kahwin ni. Pak Jelan kan buat part-time job dengan catering, jadi banyak benda yang dia kongsikan dengan aku, tentang masalah dan halangan tuan rumah memastikan majlis kahwin berjalan lancar.

sumber : google
Selalunya, bab makanan menjadi topik utama& paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. 

Mana-mana tuan rumah pun nakkan yang terbaik untuk majlis mereka, dan nak bagi semua tetamu berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Tapi, kadang-kadang lain yang kita harapkan lain pula yang jadi.




Tuesday, April 08, 2014

Tuesday, April 08, 2014

Atok In My Eyes


Assalamualaikum!

When was the last time Atok hugged me? I think I was 12 years old then. But, i can't recall what was the occassion about. Atok is a conservative type of father. He doesnt really show his love for his children in front of them, you know ... the old-grumpy-nagging kind of style. To be true, he is not a huggable person, and he never 'encouraged' that among his children.

Even though Atok is a strict person, he is undeniably a loving father and a loving husband. He never laid his hands on me or my sister without reasonable ... or even my mother. One time, I remembered when he scolded and had a little 'wrestling' with my brother for his misbehaviour while he was in his 20's. He wouldn't do that if my brother would have listened to him. Boy ... he was 'naughty' that time. Big time illegal street racer! lol. 

Monday, March 31, 2014

Monday, March 31, 2014

Yang Paling Dirindui...


Assalamualaikum!

Melaka panassss! panasss! panasss! Dalam seminggu kami duduk di kampung, rasanya cuma dua hari je dapat gangguan astro dek kerana hujan. Hari lain memang panas, kering, membahang, hangat ... segalanya la! Mandi air paip pun panassss. 

Tapi, tak boleh nak dibandingkan kepanasan yang membahang tu dengan kerinduan kami pada Atok, Wan, rumah, astro, pokok bunga, ayam-ayam Wan, kebun Atok, basikal dan aktiviti siram pokok bunga heeeee.

Jujur aku rinduuu!

Friday, March 21, 2014

Friday, March 21, 2014

Anak Satu Jantina


Assalamualaikum!

Dari minggu lepas lagi aku excited nak tunggu topik Semanis Kurma di tv9. Memang kena sungguh aku dengan tajuk yang dibincangkan semalam 'Anak Satu Jantina', sebab aku juga mempunyai dua orang anak perempuan setakat ini. #pray4MH370

Kebanyakan orang impikan punya anak sepasang atau berpasang-pasang, ada anak lelaki ada anak perempuan. Tapi, rezeki telah Allah tetapkan untuk kita untuk memiliki berapa banyak anak dan apa jantina anak kita. #pray4MH370


Wednesday, October 23, 2013

Wednesday, October 23, 2013

Anak Lelaki


Assalamualaikum!~

The question started....

"bila nak kahwin..?"

Bila dah kahwin....

"bila nak ada baby?"

Bila dah ada anak...

"bila nak tambah anak lagi?"

Tuesday, September 17, 2013

Tuesday, September 17, 2013

Mulut Cakap Sayang...Tapi Ingat Tak?

Assalamualaikum!~

Mungkin itulah karakter yang tak boleh lari dari seorang mak. Mak yang suka masak untuk anak-anaknya. Mak yang suka melayan kerenah anak-anak dan cucu-cucunya. Walau betapa dia pernah sedih atau marah, bila tengok muke cucu terus sejuk hatinya.

Seorang mak akan cuba sedaya upayanya untuk tidak membahagikan kasih sayang dan membeza-bezakan anak-anaknya. Apa yang anak sulung dapat, anak tengah dan bongsu mesti dapat.

Long story short...... 

Monday, September 16, 2013

Monday, September 16, 2013

"Ibu pun kena gak ke??"

Assalamualaikum!~

Adehhh bebudak skrg bijak....bijak mengenakan makbapak balik! Maafkan kenit pada sahabat yang singgah sini dan meninggalkan komen. InsyaAllah sok kenit balas dan singgah kembali. Takleh lama ni....diaorg dah menjeling dah tu!

Dulu, kiter kata kat dia "no games and cartoons on schooldays".

Sekarang depa pekena kiter plak cakap, "no blogs on public holidays" hahahaha acaner tu??? budak2 sekarang......T__________________________________T

p/s: memang tak best bila tak update blog, tapi kalau kita lawan depa, nanti depa menjawab kita balik. Hurmmm sok mesti 'balas dendam'!

Wednesday, September 04, 2013

Wednesday, September 04, 2013

Shame On Us..!

Assalamualaikum!~

Ya Allah! Im speechless....

Sangkaku minyak RON95 naik, itu yang paling mendukacitakan hatiku...

Sangkaku harga barang yang bakal naik, itu yang paling menyusahkan aku...
Sangkaku orang membunuh dan dibunuh itu menakutkan aku...

Tapi....

Thursday, July 25, 2013

Thursday, July 25, 2013

Di Mana Peranan Kita?

Assalamualaikum!~

Isu 4 wanita yang digugurkan dari menyertai Pertandingan Ratu Cantik Malaysia baru-baru ini sangat menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Ramai yang mengeji dan memaki tindakan mereka berempat mempertikaikan dan mempersoalkan hukum Allah s.w.t. Dan, tak kurang juga yang memberi kata-kata 'semangat' sebagai menyokong tindakan mereka untuk 'melawan' fatwa yang dikeluarkan ke atas mereka.

Kalau ikutkan rasa hati panas dan menggelegak ini, hanya kata-kata caci dan maki hamun yang akan keluar dari mulut kita semua. Kecewanya kita (yang beragama Islam) ini bila salah seorang dari mereka berempat meluahkan bahawa fatwa mengharamkan wanita Islam menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa di sisi Islam adalah LAPUK atau OUTDATED.

Tuesday, July 23, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Pindah Cyberjaya?

Assalamualaikum!~

Kecoh!kecohhhhh lagi pasal nak pindah. Tapi, masing-masing tak mo berharap sangat sebab dah banyak kali jadi kata nak pindah tapi akhirnya sonyap. Tapi, kali ni macam sure je akan pindah. Dah tak nampak 'jerebu' macam last time.

Dulu, bila kata nak pindah amik masa 2/3 tahun tuk bina bangunan baru atas tapak tanah baru. Tapi, disebabkan oleh beberapa masalah teknikal ia tak dapat diteruskan. Tapi kali ni, 'bulan' terang sungguh...macam malam tadi hehehe.

Friday, July 12, 2013

Friday, July 12, 2013

Pelanduk Dua Serupa @ Pelanduk Takda Rupa?

Assalamualaikum!~

Hurmmmmm~
Aku dalam dilema...dalam diam selalu bertanya...
tentang siapakah diriku sebenarnya.
Di mana saja aku pergi, pasti soalan sama datang menyapa.
Namun, ini saja yang bisa ku katakan,
Mungkinkah pelanduk dua serupa.

Hurmmmmm~
korang pernah kene tak macam ni?
Pegi situ orang cakap muker korang macam si polan,
lari sini orang cakap muker korang macam si polin,
lompat sinun orang kater korang serupa si polon (mujur tak polong ngeh3x).
Kenit tak fahamla, adakah muker Kenit ni muka copy paste?

Monday, July 01, 2013

Monday, July 01, 2013

Jumaat..Sabtu...Ahad.

Assalamualaikum!~

Jumaat...Sabtu...Ahad...jangankan kata nak pegang, tengok pun aku ndak mau. 

Walaupun rindu..tapiku tepis semua itu...demi tubuh yang satu...nyawa yang satu...aku takmo pikir pasal blog itu....sementara waktu.

Jumaat..Sabtu..Ahad...3 hari penuh kesakitan. Asal datang malam demam mengundang. Panasnya bagai menggigil minta diselimutkan. Anak-anak memanggil..."ibuuuu...ibuuuu" ku hanya memandang dan tangan mengusap kepala mereka kelemahan.

Jumaat..Sabtu..Ahad...kulari diri dari rumah! Membawa diri dan keluarga ke utara. Walau badan sakit terasa bisa, namun demi janjiku pada si dia, kukuatkan semangat dan teruskan jua.

Jumaat..Sabtu..Ahad..walaupun Allah kurnia sakitNya padaku, tapi Dia pelihara anak-anakku. Dan Dia melindungi perjalananku sehingga selamat sampai tempat berlindungku.

Ya Allah, andai malam ni aku demam lagi aku redha..

P/S: Nak gi jumpa doktor dah gi Isnin ari tu. Nak gi lagi? tak koserrrrrr...! Aku bukan takut jumpa doktor tapi malas nak hadap meja sini, meja sana, meja sinun, meja sinan...lasttttttttttttttt sekali baru meja doktor.

Saturday, June 22, 2013

Saturday, June 22, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah.....

Assalamualaikum!~

Hari ini dalam Sejarah...
Dingin subuh memanggilku..
Solat 2 rakaat memanggil rindu...
Doaku pohon penuh sayu...

Hari ini dalam sejarah...
Terbaringku di sofa empuk...
Menunggu siang fajar terbentuk...
Mata berat ku cuba memujuk...
Namun terlena macam kena sampuk...

Monday, June 10, 2013

Monday, June 10, 2013

Taska Jabatan Bakal Ditubuhkan?

Assalamualaikum!~

Nampaknya keluhan staff jabatan mula mendapat perhatian dari pihak pengurusan. Memang dari zaman Kak Ijat jadi Menteri Pembangunan Wanita dulu, benda ni dah disaran dan diwajibkan di setiap jabatan. Sampai orang tu dah 'pencen' benda ni masih tak nampak bayang.


Wednesday, June 05, 2013

Wednesday, June 05, 2013

SKT oh SKT....

Assalamualaikum!~

Mengadap 'kau' bila perlu....
Mengadap 'kau' bila borang dah tak laku...
Mengadap 'kau' boleh jadi haruuuu!

Apa ni? lagu kah? tak...ni madah berjela heee. Dilema kami yang bergantung pada HRMIS @ SKT untuk maybe....another 10 years perhaps...?! Sebelum ni, slogan 'Hidup Biar Sedap' menjadi motto pengisian SKT yang meletakkan pencapaian dalam comfort zone...100% (paham tak? hantam saje la labuuuuu)

Now, no more 100% the boss said.....

Sunday, March 31, 2013

Sunday, March 31, 2013

Syukur Alhamdulillah.

Assalamualaikum!~

Kenit: Maner abg letak?....

Pak Jelan: Abg letak sini (tunjuk meja). Malam tadi maner abg bawak motor. Abg bawak kete.

Kenit: Ntah-ntah abg tinggalkan kat motor ke...?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.