Breaking

Wednesday, December 05, 2012

Wednesday, December 05, 2012

10 Superbike Terpantas Di Dunia (Impianku)


Wahahahaha, ader tengok title atas yang dalam 'bracket' tu?? Memey sejak akak berumur 20-an lagi akak dah minat superbike..tapi idok ler teman nak membelinyer hehee. Geram dan respek pada penunggang motor wanita seluruh dunia tak kire aper jenis motosikal korang tunggang.

Akak geram bukan sebab marah tapi geram sebab diri akak ni yang tak reti2 nak nunggang motor *ceh, macam sirih jer alasan tu!~* Hari2 akak nengok pempuan bawak motor dan akak juga impikan satu hari nanti akak dapat nunggang macam diaorg gak gi keje balik keje kan hehehe.

Aperpun, akak memey idamkan superbike, jenis motor2 besar ni..perrghhhhh! Tangkap sexy lorrrr kalu dapat try sekali hehehe. Cuma, duit dalam bank tak baper nak molek untuk membelinyer wahahahaha!~

Dah dah jom kiter teruskan terjahan kiter untuk ketahui motor mana paling pantassssssssss...zassssssssssssss!~


10. Suzuki GSX-R1000


   
Superbike ini mempunyai kelajuan maksima 2855kmph/177mph. Suzuki ternyata mempunyai rekod pembuatan superbike bertaraf dunia menjadikan motosikal power ini digemari peminatnya.

9. Honda CBR1000RR


                                     
Strukturnya, tunggangannya dan karakternya menjadikan superbike jenis Honda ini cantik dan senang untuk ditunggangi . Mmapu mencapai kelajuan maksima 291kmph/180mph, kemampuannya mampu menandingi lawan. Ditambah pula ia di bawah syarikat Jepun, menjadikan performancenyer sentiasa outstanding!

8. Yamaha YZF-R1


R1 ini sebenarnya telah dihasilkan dan diuji pada tahun 2012, dan telah mencapai kelajuan maksima 297kmph/184mph dalam proses ujiannya. Dua tahun telah berlalu, dan R1 ini masih kekal dalam senarai 10 superbike terpantas di planet ini! 1st class engineering of Yamaha. 

7. Kawasaki Ninja ZZR 1400


Selama lebih 20 tahun ini, model ZZR ini telah menjadi model yang paling dikehendaki di atas planet ini! Pada tahun ini, model klasik Kawasaki telah 'dilahirkan' semula dalam dunia pemotoran. Model terbaru ZZR1400 adalah 'raksasa' terbaru yang mampu mencapai kelajuan maksima 299kmph/185mph .

6. 2012 Ducati 1199 Panigale Superbike 


Tahun 2012 merupakan tahun terbaik buat Ducati, mengorak langkah setapak lagi untuk setanding dengan model BMW S1000RR. Model terbaru Panigale yang dikeluarkan telah meletakkan jenama superbike dari Itali ini di platform terbaik. Pihak Ducati telah mendakwa bahawa kuasa kuda model ini boleh memuncak kepada 195 kuasa kuda pada 10,750rpm dan 98.1lb-ft torque pada 9000rpm. Tak lupa juga kelajuan maksima yang boleh dicapainya 300kmph/186mph.

5. BMW S1000RR


Seterusnya, model yang memberi saingan sengit kepada Ducati. BMW ini dihasilkan oleh BMW untuk Kejohanan Superbike Dunia 2009, tetapi kini boleh digunakan di jalan-jalan biasa. Menawarkan 1000cc inline 4 enjin pada14200rpm dan kelajuan maksima 305kmph/189mph, S1000RR merupakan superbike yang sangat impresif dalam pasaran. 

4. MV Agusta F3 Tamburini



Superbike F3 ini merupakan yang ke-3 dalam senarai MV Agusta merupakan koleksi terbaru dalam kelasnya. Kalau dilihat dari segi luarannya, F3 mampu menewaskan model lain. Ia juga dilengkapi komputer yang dikenali sebagai 'Ride by Wire' untuk mengawal minyaknya. F3 mampu mencapai kelajuan maksima 307kmph/190mph.

3. MV Agusta F4 R312



Model F4 ini telah dihasilkan dengan superb dan masih mengekalkannya dalam senarai superbike terpantas dunia dan mendapat perhatian di kalangan peminatnya. Kelajuan maksima yang mampu dicapai F4 adalah 314kmph/195mph.

2. Suzuki Hayabusa.



Dilengkapi 1340cc inline 4 enjin, Suzuki Hayabusa ini menjadi impian setiap penunggangnya dan termasuk dalam wishlist setiap orang. Dijual pada harga 11,000 pound sterling, Suzuki Hayabusa menjadi 'permata' kepada koleksi Suzuki dengan kelajuan maksima 320kmph/198mph.

1. MTT Turbine Superbike Y2K



MTT Turbine Superbike adalah model yang mempunyai kelasnya yang tersendiri apabila dinobatkan dalam "Most Powerful Motorcycle Ever to Enter Series Production" dari Guinness World Record. Ia menggunakan enjin turbo gas Rolls Royce Allison untuk memberikan 300 kuasa kuda 425ft/lbs of torque. Maka, tidak haairanlah jika ia mampu memecut meninggalkan model-model superbike lain dengan kelajuan maksima sehingga 370kmph/227mph semasa ujian. 

Sumber: Toptens.com
P/S: So, yang maner korang nak bawak dalam mimpi nanti? (^_^)


Wednesday, December 05, 2012

Alat Untuk Memancungkan Hidung.



Entri kali ini BUKAN untuk mengajak korang mengubah ciptaan Allah Yang Maha Sempurna, tetapi sekadar berkongsi info mengenai satu alat yang tidak terfikir oleh kiter untuk menciptanya apatah lagi untuk digunakan.





Alat yang dimaksudkan ialah Beauty Lift High Nose keluaran Syarikat Omni di Jepun. Alat ini dikatakan dapat memancungkan hidung dengan bantuan sejenis alat getaran (vibrator) di dalamnya. Seunit dijual pada harga USD 83 (RM258).

*Adakah hidung mancung itu menjadi suatu ukuran kecantikan seseorang? Adakah dengan mengubah bentuk wajah dapat menjadikan anda SEMPURNA??*


*KESEPURNAAN ITU HANYA MILIK ALLAH*


Wednesday, December 05, 2012

10 Penjara 'Terteruk' Di Dunia


Morning glory everyoneeee!~ So, what is ur plan for today? Apeprun plan korang today pastikan ia plan yang baik dan tidak menyalahi undang2 yer hehehe. Aperpun, korang dah tahu akak nak citer pasal aper kan? Pasai apa akak letak TERTERUK kat title atas tu? Aper yang TERUK sangat pasal penjara? Yo la, sumer orang tak nak masuk penjara ye dak. 

Tapi, pernah suatu masa dulu akak baca artikel tentang orang yang sengaja buat kesalahan kerana nak masuk penjara. Diaorg cakap, " makan free, tido free takyah buat aper pun dapat makan free"... Aiyakkkkk, sampai macam tu sekali yek...Hissshhhh, tak sior teman nak masuk tempat gitu!~




Hehehe, dah dah jom kiter terjah 10 Penjara Terteruk Di Dunia,wokeh!~(^_^)

10. Canadiru Penitentiary, Brazil



Dalam kebejatan penyakit HIV yang berleluasa, keganasan di penjara dan pembunuhan sesama banduan adalah antara pemandangan yang menyedihkan di penjara ini. 20% atau 1500 banduannya disahkan HIV positif setelah dimasukkan ke sini. Banduan yang perlu menjalani pembedahan terpaksa menahan penderitaan kesakitan sendiri.

9. Diyarbakir Prison, Turkey


Penjara ini mampu menempatkan 750 orang banduan, ada masanya ia melebihi kapasiti tersebut. Banduan dibogelkan dan ditutup matanya sebelum diseksa teruk. Banyak kematian akibat kebuluran dan penyeksaan. Pengawal penjara bermain dengan banduan dan dihukum penalti mati jika kalah. Banduan dikenakan renjatan elektrik sebagai hukuman.

8. Bang Kwang Prison, Thailand.


Thailand adalah rumah bagi "Big Tiger" di Penjara Bang Kwang. Di sini, kebanyakan banduan adalah pesalah  yang dijatuhi hukuman mati atau penjara lebih lama. Banduan yang mendapat hukuman mati diikatkan kaki mereka rantai besi. Di sini juga, makanan yang diberi adalah sedikit menjadikan ia penjara yang paling teruk keadaannya.  

7. Guantanamo Bay, Cuba


Guantanamo Bay adalah suatu daerah kecil di Cuba. Tahanan Al-Qaeda dari seluruh dunia ditempatkan di sini. Ia menjadi tempat penyeksaan paling teruk di sini. Tahanan di sini diseksa secara seksual dan fizikal memberikan kesan trauma yang cukup teruk. Inilah antara sebab mengapa masyarakat dunia mahu penjara ini ditutup.

6. La Sabeneta Prison, Venezuela


Penjara ini dikategorikan sebagai tempat paling teruk dan ganas. 25,000 tahanan ditempatkan di sini bila hana ia mampu menampung hanya 15,000 tahanan sahaja. Oleh kerana kesesakan yang melampau, banduan sesama sendiri sering bergaduh. Penjara ini boleh disamakan dengan rumah sembelih kerana hampir setiap hari pembunuhan beramai-ramai berlaku di sini.

5. Alcatraz, California


Alcatraz digelar Pulau Syaitan. Semasa era kejatuhan 1920-an, penjara ini dibina untuk menempatkan pesalah undang-undang. Kesunyian dan pengasingan penjara ini dari dunia luar telah membangkitkan kecelaruan, ketidaktenangan dan kesunyian pada tahanan. Melepaskan diri dari penjara ini adalah sangat mustahil. Banduan di Alcatraz dipaksa untuk berdepan dengan seksaan yang kejam dan tiada siapa dibenarkan untuk bergaul sesama sendiri atau meluahkan perasaan. Keadaan penjara dan polisinya telah membuatkan ramai banduan yang gila. Akhirnya, pada thaun 1963 ini ditutup.

4. Tadmor Military Prison, Syria.


Penjara ini terletak di timur Syria seksaan kejam adalah perkara biasa di sini. Ia ditutup pada 2001 tetapi kembali dibuka pada 2011. Membunuh banduan dan memotong bahagian anggota mereka adalah kerja jahat yang dilakukan oleh pengawal-pengawal di sini.

3. ADX, Colorado


ADX Florence SuperMax Facility adalah penjara utama di Colorado. Ia juga digelar " Neraka Versi Bersih". Ie menekankan tahap keselamatan paling ketat untuk mengawal pesalah-pesalah yang terdiri dari penjenayah kes-kes kejam dan brutal dan kongsi gelap terganas seluruh dunia. Penjara ini boleh menampung 500 tahanan lelaki. 

2. Kwan Li So No.22, North Korea


Merupakan penjara terbesar di Korea Utara, mampu menampung 50,000 banduan. Penjara ini adalah satu-satunya penjara yang menempatkan tahanan lelaki, wanita dan kanak-kanak malah bayi. Wanita mengandung yang menjerit ketika melahirkan bermakna bayi mereka telah mati.

 1. Gitarama Prison, Rwanda Afrika



Bertempat di Rwanda Africa, penjara ini memang layak dikategorikan paling teruk di dunia. Ia mempunyai banduan yang tak terkira ramainya dan kebanyakannya mati dalam tahanan kerana tempat yang sangat sempit dan terpaksa berhimpit dengan tahanan lain. Manakala, banduan yang mati dibiarkan saja dalam kurungan. Mereka tidak dibekalkan dengan makanan, maka mereka memakan sesama mereka. Kebuluran merupakan punca utama mereka mati, selain diseksa dengan kejam dan sadis.

Sumber : poptens.com

Wednesday, December 05, 2012

Gadis Libas Penyamun (Terbaeekkkkk!~)







Wow! Ganazzzzz betul wanita zaman sekarang ni yer. Tapi, ganazzz yang begini memey perlu untuk berdepan dengan penjenayah keparat di luar sana. Syabas diucapkan pada adik Nurul Shahira dari akak secara peribadi kerana berjaya menyelamatkan neneknya ketika disamun di rumahnya di Kampung SC Belt, Labu Kubong.

Musim sekarang ni bukan takat musim durian jer, tapi musim menyamun, musim merogol, musim membunuh pun ader...dan musim ni lagi lama bertahan dari musim buah. Pada wanita-wanita dan kanak-kanak di luar sana, berhati2 lah ketika korang menyedari bahaya di sekeliling korang. 

Sedangkan orang tua pun sanggup dicederakan dan dibunuhnya, inikan pula orang muda2 macam kiter ni *muda lagi ker aku ni, ahakzzzzzz*. Aperpun, adik Shahira memey berani, saper sangka dalam keadaan kiter diugut dan diancam bahaya, semacam ader kekuatan untuk mempertahankan diri, nak nak pulak family ader yang tercedera..memey nak kene 'smack down' la si penyangak tu!~

So, sentiasalah korang berhati2 walau dimana saja, dan jika ada dalam situasi korang diancam dan perlu bertindak 'ganazzzzz', maka bertindaklah demi mempertahankan diri & maruah. Jangan lupa berdoa kepada Allah agar diberi perlindungan selalu wokeh!~(^_^)


Wednesday, December 05, 2012

Blackberry Meletup!


Kian menunjukkan Blackberry nyer yang terbakar
(cute jugak budak ni kan)

Sambil2 baca tu ,Klik SINI..SINI..SINI & SINI yer (^_^)


 Haaaaaaaa tu la bahayanya handphone canggih manggih ni. Memey handphone menjadi keutamaan dalam kehidupan majoriti manusia zaman sekarang. Diaorg kata, "No handphone, No life", diaorg kata yek bukan akak. Tapi, biler dah meletup baru dia sedar, "No handphone, I'm still alive!" hehehehe. 

Inilah yang berlaku kepada Kian McCreath, 11, apabila tanpa disangka-sangka handphone Blackberrynyer meletup dan membakar hampir keseluruhan biliknya. Nak tahu lebih lanjut korang READ HERE.


Parut sepanjang hayat..something to remember.

Nampak je kecik luker tu, tapi kalu kene kat kulit korang mau meraung tau dak. Dengan luka lagi, sakit lagi, trauma lagi.

Blackberry yang hangus terbakar 

kredit gambar : www.mirror.co.uk

P/S: Dah dibagitau tentang bahaya letak handphone dekat dengan tubuh badan kerana bahaya radiasinya dan risiko meletup, tapi naper kiter wat jugak? Hurmmmm....



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.