Breaking

Tuesday, December 11, 2012

Tuesday, December 11, 2012

10 Basikal Terunik.


Hooooo, sape suker nek beskal? Teringat lagi akak waktu kecik2 dulu, masa tu men beskal tu dah kira paling best dah la. Masa tu pulak beskal paling mewah dan mahal adalah jenama BMX, memey digemari ramai la budak-budak masa tu. Tapi, tak sumer orang boleh beli sebab beskal tu mahal.

Tapi, zaman la ni sumer orang mampu beli beskal ye dak? Hatta, budak 6 tahun yang tak sampai kaki tu pun boleh bawak motor lagi..perrghhh! hang teraaaaa noooo hehehehe.~ Tapi, masih tak leh celen kehebatan berbasikal, sebab basikal adalah yang mula2 diperkenalkan pada kurun ke-19 ini memey sesuai digunakan sepanjang zaman.

Basikal ternyata mempunyai keunikannya tersendiri, boleh digunakan sebagai pengangkutan, bersukan dan rekreasi, maka tak hairanlah bilangannya 2 kali ganda dari pengangkutan awam lain! Bagi penggemar beskal, mereka mempunyai idea tersendiri untuk menjadikan beskal suatu seni dan kraf yang unik. Jom kiter terjah!~


Basikal Pokok- Ader bran nak nek?hehehe

Basikal Fuzzy- confirm badan korang miang kalu naik beskal ni heeee~

Basikal Bumper- aiyakkkk!~
Basikal Unta-hahaha, ni kalu unta betul tengok pun semput nafas dia!

Basikal Flamingo-ni over sangat ni!~

Basikal Tinggi - mak aiii, ni boleh 2 in 1
beskal dan tangga bergerak~
Basikal Mengait-tak sanggup nak pakai hehehe~but pretty!
Basikal Mid-Deck - boleh letak luggage lagi you!~
Basikal Keluarga - haaa, yang ni sesuai tuk akak tak?hehehe
Basikal Lukisan - hahah, yang ni sah2 la tkleh ditunggang~


Tuesday, December 11, 2012

Bahasa Isyarat Yang Syiokkk: Part 3


Jom kiter sambung belajar..alaaaaa, isyarat yang simple macam ni pun korang malas nak amik tahu. Camner nak maju bebbbb~ Rajin2kan lah jari jemari korang untuk try belajar bahasa ni wokeh!~ Tak amik masa lama pun, yang ni pun akak share yang simple mimple punyer. For sure korang boleh score kalu diuji nanti (^_^)

So, let's not waste any time..jom kiter terjah!~

21. Risau


Tangan kanan 'E', tapak ke dalam, lalu disentuhkan pada dahi kanan dengan tangan digerak-gerakkan,

22. Sabar


Tangan kanan terbuka, tapak ke dalam dikenakan pada dada lalu diturunkan pada dada lalu diturunkan ke bawah.

23. Sayang

Kedua-dua belah tangan 'S', bersilang tangan kanan pada ahu kiri, tangan kiri pada bahu kanan.

24. Sedih


Tangan kanan, 'G', hujung jari dikenakan pada kiri kanan bibir lalu diturunkan sedikit ke bawah.

25. Sendirian

Tangan kanan 'D', tapak ke kanan hujung jari ke atas lalu dipusingkan tangan ke luar.

26. Suka


Tangan kanan, jari hantu dan ibu jari dikenakan pada dada lalu ditarik ke depan dan kedua jari itu bertemu.

27. Terkejut


Kedua-dua belah tangan 'G' pada paras kiri kanan lalu digerakkan menjadi 'L'

Haaaaa, syiok tak dapat belajar bahasa isyarat ni? Tak rugi tau dak, malah bertambah-tambah la ilmu korang dapat menguasai beberapa bahasa isyarat tangan ni. Semoga korang dapat menguasai lebih lagi ~
Tuesday, December 11, 2012

Bahasa Isyarat Yang Syiokkk: Part 1


Haaaaaa, ader ker bloggers kat sini yang dah mahir dengan bahasa isyarat?? Tahu tak bahasa isyarat ini juga sama penting dengan bahasa2 lain yang korang belajar di sekolah tu. Tapi, tahap kepopularan bahasa isyarat ini tidak la sepopular bahasa Korea @ bahasa Inggeris tu kan. Itu pun kerana kurangnya pendekatan atau pendedahan terhadap 'sign language' ni.

Macam korang jugak, akak pun tak tahu sangat pasai bahasa isyarat ni. Tapi, bukanlah alasan untuk kiter tidak belajar, tul dak? Kalu lagu Korea korang boleh layan, takkan bahasa isyarat yang senang ni korang tkleh kuasai kan? So, aper lagi jom kiter terjah!~

Kiter tak perlu belajar yang complicated sangat, cukup yang senang2 dulu. Pastu, kalu nak proceed lebih jauh pun boleh. Syiokkk jugak belajar bahasa isyarat ni! Try la..(^_^)

1. Baik Hati


Tangan kanan '5' membengkok, tapak ke dalam jari dikenakan pada dada kanan lalu direnggangkan ke depan sambil jari digenggam dan ibu jari menghala ke atas.

2. Bangga

Tangan kanan 'A', ibu jari dikenakan pada tengah dada lalu dinaikkan ke atas.

3. Benci



Kedua-dua belah tangan '8' pada paras muka lalu dijentikkan ke depan menjadi '5'.

4. Bimbang


Kedua-dua belah tangan 'W' tapak menghadap telinga lalu buat bulatan mengelilingi telinga kiri dan kanan bergilir-gilir.

5. Bosan


Tangan kanan 'D', hujung telunjuk dikenakan pada tepi kanan hidung, tapak ke depan lalu tangan dipusingkan ke dalam.

6. Busuk Hati


Tangan kanan '5' jari dibengkokkan, tapak ke dalam hujung jari dikenakan pada dada kanan, kemudian bawa tangan terbuka mengipas hidung.

7. Cemburu


Tangan kanan 'l', hujung jari kenakan pada tepi bibir lalu digerakkan melengkung ke depan dengan hujung jari ke atas.

8. Cinta

Kedua-dua belah tangan terbuka disilangkan ke kiri kanan dada.

9. Gembira



Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak kenakan pada kiri kanan dada, lalu dikibas-kibaskan tapak ke dalam.

10. Geram

Kedua-dua belah tangan 'S', di kiri kanan bahu lalu digerak-gerakkan seperti menggigil.


Best kan? Nak belajar lagi? Klik Sini


Tuesday, December 11, 2012

Bahasa Isyarat Yang Syiokkk: Part 2


So, amacam best tak yang PART 1 punyer? kalu belum terjah PART 1 punyer cepat2 la terjah wokeh! Kiter sambung plak ngan Part 2 ni, akak excited nak belajar lebih lagi.Confirm korang takkan rugi belajar bahasa isyarat ni. Jom kiter terjah sama2 wokeh!~(^_^)

11. Kasihan



Tangan kanan 'X' disentuhkan pada pipi lalu digoreskan ke bawah.

12. Kesal


Tangan kanan 'S' di tepi telinga, digerakkan ke depan sedikit kemudian menjadi '5' bengkok berulang kali.

13. Lega


Tangan kanan terbuka tapak ke bawah menyentuh paras dada kiri, lalu diturunkan sedikit ke bawah.

14. Lucu


Tangan kanan 'L' , tapak ke dalam bawah mulut lalu dipusingkan ke depan menjadi 'D'.

15. Malu




Tangan kanan terbuka jari dibengkokkan, belakang tapak dikenakan pada pipi terus disapu ke depan.

16. Marah

Kedua-dua belah tangan 'E', jari terbuka tapak ke dalam, sentuh pada dada lalu dinaikkan ke atas paras kiri kanan bahu.

17. Tengking


Tangan kanan '5' jari dibengkokkan, jari terbuka tapak ke depan, belakang tapak tangan kanan dikenakan pada bibir lalu dibawa ke depan.

18. Mengantuk

Tangan kanan terbuka, tapak menghadap ke atas dan kenakan hujung jari pada bawah mata kanan, lalu digerakkan turun ke bawah.

19. Puas Hati

Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak ke bawah, tangan kanan paras perut, tangan krii paras dada, lalu dipukulkan pada badan.

20. Rindu


Tangan kanan 'R', dikenakan pada tepi dahi, lalu digerakkan berpusing ke depan.


Tuesday, December 11, 2012

Gagal Bayar Sewa, Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah


Yahya dan isterinya, Alisah telah menerima notis dari DBKL agar
mengosongkan rumah mereka kerana gagal membayar tunggakan
sebanyak RM800-Foto Mstar

PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Alisah, 65, berkata fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

Sumber: mstar.com.my

Semoga Pak Yahya dan isteri tabah menghadapi dugaan ini. Dan semoga ada insan yang tampil ke hadapan membantu pasangan ini. 

Nak baca lebih2?BACA SINI...

P/S: Lepas peniaga, ibu mengandung dan Pak Yahya, sapa lagi DBKL nak 'sentuh' pasni?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.