Breaking

Friday, December 28, 2012

Friday, December 28, 2012

Bieber & Ganja




Encem jugak budak ni kalu dilihat dari tepi yer, macam muka abah akak masa kecik2 hehehe. Tapi, sayang dia 'makan' ganja plak dahhhhhhh! Omputih dengan ganja ni macam isi dengan kuku, macam KL dengan trafik jam*eh, ader ke gitu?*. Kalu dah nama artis tu tak sah hidup diaorg kalu tk amik 'obat'. Ni la jadiknya kalu terlalu diikutkan sangat pe'el si Beiber ni.

Nak kata stress duit ko banyak Bieb *akak panggil dia Bieb je la, manja skek hehe*, nak kata tak fofular, satu dunia kenal ko Bieb, tapi mungkin ko no.2 je la sebab si Spy Psy tu plak dah bolot no.1. Itu la....duit banyak tak menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan. Dadah tu jugak yang ko amik Bieb...Bieb...Bieb...

Sedap sangat ke ganja tu Bieb? Ke ko nak tampak 'macho' dan 'matured' di mata dunia? Ye la..macam culture diaorg ni, kalu tang pempuan umoq 16 tahun kalu masih ada dara tu maknanya dia 'low class'. Sama la jugak kesnyer dengan ganja/dadah. Kalu seorang remaja itu tk amik atau guna bende tu maknanya dia masih takda 'standard'. Standard apekejadah akak pun tak tahu, korang jgn tanya hehehe.

Korang nak tahu lebih lanjut, korang BACA SINI. Pada yang masih ber'idola'kan si Bieb ni..."sudah cukup cukup sudahhhhhh"*sambil nanyi penuh syahdu*. Tak perlu bagai nak sanjung orang amik dadah ni...cer kalu family korang amik dadah, suker tak?Peace!~


Friday, December 28, 2012

Kisah Benar: Budak Tinggal Dalam Kuboq 17 Tahun


Pernahkah hangpa dengaw cerita ni? Cerita seorang pemuda yang hidup selama 17 tahun dalam kuboq? Ni cerita betul. Hang pa jangan dok ingat dia tinggal di tempat yang dekat dengan kawasan kuboq. Dak! Bukan mcm tu yang hang pa pikiaq. Dia tak tinggal di tempat yang dekat dgn kuboq, tapi dia memang betul2 tinggal di dalam lubang kuboq. Ni bukan kisah seram malam Jumaat tapi ni kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita.

Macam mana ceritanya?

Hangpa mungkin tak akan percaya cerita ni, sebab pemuda ni lahir dari keluarga berada. Ayah dan ibunya orang yang terhormat dan memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Dalam pandangan masyarakat, kedua orang tua pemuda ini adalah orang tua yang sempurna namun orang hanya boleh menilai apa yang nampak di mata sahaja.

Orang ramai tak tau yang kedua orang tua dihormati nilah yang memasukkan anaknya ke dalam lubang kuboq dan menjalani hidup selama 17 tahun di dalam kuboq.

Setiap hari, si anak makan, minum dan tidoq di dalam lubang kuboq yang penuh kegelapan itu. Mereka langsung tak rasa bersalah dengan perbuatan mereka.

Si anak hanya boleh menjalani apa yang diberikan kedua orang tuanya, tanpa membantah sedikit pun. Menjelang tahun kelahiran si anak itu yang ke-17, orang tuanya berjanji akan memenuhi apa pun permintaan si anak sempena hadiah hari lahirnya.

Si anak pun pikiaq, inilah masanya dia nakmeminta satu permintaan yang didambakannya selama ini. Dia tak ingin lagi tinggal di lubang kuboq itu, walaupun diberi makan dan pakaian yang secukupnya tapi dia tak mahu selamanya hidup di dalam lubang kuboq, tapi apakah orang tuanya benar-benar akan memenuhi permintaanya?

Hari itu pun tiba. Si anak menyambut hari lahirnya yang ke-17. Kedua orang tuanya datang menghampiri dan menanyakan hadiah apa yang dia inginkan.

Si anak menjawab," Ayah, Ibu...saya tak mau mintak bantak, saya nak mintak satu perkara saja." "Apa, Nak? katakalan, Ayah dan Ibu pasti akan penuhi permintaanmu."

"Janji?", si anak meminta kepastian.

"Tentu, nak. Ayah dan Ibu berjanji akan memenuhi permintaanmu.."

"Ayah...Ibu...sebenan-aqnya- saya tidak mahu lagi tinggal di dalam kuboq ni."

"Apa? Apa maksud kata2mu itu nak?", ayahnya bertanya kehairanan.

"Ayah dah janji nak penuhi permintaan saya kan? dan hanya itu permintaan saya.."

"Ya nak. Ayah dah janji..tapi...ta-pi Ayah tak paham, nak."

"Ayah, sudah 17 tahun saya tinggal di sini, tapi tak pernah pun saya mendengaq ayah atau ibu membaca al-Quran. Sedangkan Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa rumah yang tidak pernah dibacakan al-Quran di dalamnya adalah seperti kuboq. Saya tak mau tinggal di dalam kuboq ni lagi.."

Si ayah dan ibunya terdiam.

"Ayah dan Ibu tak pernah mengajaq saya bagaimana membaca al-Quran. Ya..memang rumah ini mewah, besaq dan orang ramai melihatnya sebagai istana yang gah. Tapi mereka tak tau, bahawa di mata Rasulullah s.a.w, rumah ini tak lebih macam kuboq. Jika Ayah dan Ibu tak  mau menepati janji memenuhi permintaanku tak mengapa tapi ajaqlah saya membaca al-Quran, agar rumah ini bercahaya dengan cahaya al-Quran."

------------------------------------------------------------------------------------------

Renungan untuk kita selepas baca cerita kat atas ialah di manakah kita selama ini makan, minum, tidoq dan menetap? di rumah kayu?rumah taman?rumah banglo?atau di dalam lubang kuboq?Kerana Rasulullah s.a.w mengibaratkan rumah yang tidak pernah dibacakan al-Quran di dalamnya, rumah itu seperti kuboq....

Kredit: Zun Nuun

Friday, December 28, 2012

Jom Terjah Burger Bakar Abang Burn!




Night shiny everyoneeee!~Haddow haddow haddowwwww tengah-tengah malam plak la dia bikin kelaparan yang kronik! Mana taknya, burger bakar yang kini menjadi idaman Malaya hahaha sudah mula diserbu! Oh, walaupun mata panda akak dah merayu belas kasihan, akak gagahkan jugak 'menari' di sini hehehe~

Fuhhhh! Saper tak suker burger bakar, akak yang tak pernah makan ni pun terliur tengok orang makan burger bakar tu kan. Korang suker tak burger bakar? Ni akak nak habak mai ada satu promosi yang baeeekkkkkk punyer dari Abe Burn kiter hehehe. Semalam, waktu godek2 FB ternampak satu iklan promosi burger bakar Abg Burn yang perrghhhh meletops-letops!

Klik untuk baca dengan jelas.

Disebabkan sokongan padu rakyat Malaysia khususnya pelanggan burger bakar Abg Burn, maka tercetuslah idea molek ini, promosi terhad untuk tarikh2 di atas dan di jajahan yang berkenaan je tau. Jangan korang salah singgah plak! Fuhhh! sapa taknak burger bakar beef cheese untuk harga RM1 jer beb! Memey terbaekkkk la harga dia. Tapi, siap sedialah korang nak beratur panjang hehe...jangan ada yang patah kaki dah la yek. Aperpun, kalu ader rezeki akak pun nak terjah gak esok insyaAllah....tapi, kalu tk dapat pun sekurang-kurangnya korang mungkin ada rezeki untuk merasanya kan...*ayat sedihku*

So, ape lagi malam esok dan malam tulat sempat lagi ni kalu korang nak terjah!Sokonglah produk tempatan hehehe.

Kalu korang nak tahu lebih lanjut tentang burger bakar Abg Burn ni, boleh MAI SINI

P/S: Ader yang boleh tapau burger bakar abg burn tuk akak tak?hehehe


Thursday, December 27, 2012

Thursday, December 27, 2012

Ahed Tamimi: 'Singa' Kecil Yang Berani.

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!Bagaimana kanak-kanak sekecil ini mampu menggegar dunia dengan keberaniannya menghadapi tentera Zionis laknatullah. Kebenarannya, keberanian yang ada pada adik Ahed Tamimi telah menjadikan dia tidak sedikit pun gentar dengan puluhan tentera Zionis yang setia dengan raifal M16. Keberanian yang jarang sekali kita lihat dalam diri orang dewasa seperti kita apatah lagi kanak-kanak.



Ketika melawat Turki baru-baru ini, adik Ahed telah ditanya oleh wartawan yang mengerumuninya, adik Ahed dengan tegas menjawab;

"Saya tidak takut langsung dengan mereka (tentera Israel). Saya nak tunjukkan keberanian rakyat Palestin," katanya sambil tidak putus-putus menunjukkan simbol kemenangan di jarinya.


Ternyata, kanak-kanak mahupun orang dewasa Palestin tidak gentar atau takut dengan ancaman Zionis yang saban hari meragut kebebasan mereka. Semoga Allah memberkati dan melindungi adik Ahed dan seluruh rakyat Palestin yang dizalimi. 


P/S: Anak-anak kita umur 10 tahun masih asyik dengan rancangan realiti di tv @ mula meminati k-pop. Manakala, adik Ahed sudah mula mencintai jihad di usia yang sama. Should we even compare us with them? No..we are not eligible. We should be ashamed instead....(T_T)
Thursday, December 27, 2012

Janji Rebat RM200.


Sebelum akak mulakan, jom kiter galak sakan dulu..hahahaha..hahahaha. Terbahak2 akak ketawa biler baca artikel terbaru di Malaysiakini tadi. Nak muntoh pun ader. Adehhhh, baru ingat nak tangkap iPhone awal tahun depan, nampaknyer hanguslah 'capatiku' huhu.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 HANYALAH untuk telefon pintar yang berharga MAKSIMUM RM500.

SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam laman webnya:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  • Pelanggan jalur-lebar mudah alih sedia ada atau pakej baru.
  • Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
cop biru tepi tu hok 'mahal' tuuuu~
So, godek punyer godek ade la beberapa brand smartphone yang available di pasaran dengan harga below RM500. Nak tahu?Jom terjah!~



Sony Xperia X10 Mini Pro

Nokia X3 Touch and Type

Huawei Ideos S7 

Nokia C3-02

Samsung Galaxy Y S5360

Samsung Galaxy mini

So, korang yang interested dengan mana-mana smartphone di atas boleh mula survey wokeh. Pandai-pandaila buat pilihan. 

P/S: Hancussss impianku untuk memiliki gadget impian iPhone 5...ader tak yang jual RM500 punyer?hehehe~

Thursday, December 27, 2012

Someone Died And I'm Rich..Wanna Know How?


Here's the story....

Click to See Big
 Don't understand? Lazy to read?Nevermind...i'll make it easy for you guyzzz.

     
The so-called Dr. Ravindra F. Shah
died in a plane crash in 2003

...and he's got tonnes of money in his
bank account.


    >>>>>>>








                                     
                              

and this pathetic thief would like me 
to be his 'black sheep' by using
my account to transfer his 
so-called money.
             
....and if i'm stupid enough to listen to 
him, i'll be getting 30% of the total
amount.
($91,666,666.6667 wooooo!)





         <<<<<<








This is just another scam, so please dont you EVER trust them! And....don't be stupid.



Thursday, December 27, 2012

Tips Bercakap Dengan Lelaki


Mengapa susah bebenor untuk bercakap dengan lelaki? Bukan kerana mereka bisu atau kiter pekak, tapi konsep pemahaman dalam suatu hubungan komunikasi mungkin tidak dapat disampaikan melalui kaedah yang betul. 

Oleh itu, untuk memahami pasangan (bagi yg dah berkawen) korang dengan lebih baik dan supaya komunikasi antara lelaki dan perempuan lebih berkesan, dan seterusnya membentuk hubungan yang baik adalah disarankan untuk mengikuti tips-tips yang diberikan oleh Dato' Dr.Haji Mohd. Fadzilah Kamsah. Apakah tipsnya? Jom terjah!~

Tips Bercakap Dengan Lelaki

  • Baca doa pelembut hati.


                 Ø§َللَّّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َÙŠِّÙ†ْ Ù„ِÙŠْ Ù‚َÙ„ْبَÙ‡ُ Ù„َÙŠِّÙ†ْتَ Ù„ِدَاْÙˆُدَ الْØ­َدِيدْ


"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi."
  • Cakap 1 perkara pada 1 masa.
  • Beri dia peluang untuk bercakap sebab lelaki tak suka memotong cakap orang.
  • Elak pamer emosi semasa bercakap.
  • Beri dia fakta dan maklumat untuk mudah terima idea.
  • Cakap ringkas dan jitu, elak terlalu detail.
  • Tundukkan kepala bila bercakap tanda hormat & suara menjadi lebih "base", mirip suara lelaki.
  • Sentiasa puji dengan ikhlas sebelum menegur.
  • Sokong pendapatnya selagi tidak bertentang dengan hukum.
  • Elak jatuhkan maruahnya.
  • Elak bandingkan dia dengan lelaki lain.
Dah tahu tipsnya? Jom mulakan (^_^)

Sumber info:fb Dr. Mohd Fadzilah Kamsah


Thursday, December 27, 2012

Hijab Is My Personality


Apakah yang membentuk personaliti kamu? Pakaianmu, solekanmu, aksesori kawaimu? Sebagai seorang muslimah kita dituntut agar bersederhana dalam menghias diri, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..."
                                                                   (Surah An-Nur: Ayat 31)



Hijabers Are Beautiful 
Jepun
China
Britain
Brazil
South Africa
Barbados
Canada
Somalia
Denmark
Belanda
India
Indonesia
Amerika
Rusia
Australia
Malaysia

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf:
" Wahai anak-anak Adam!Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa taqa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya dan (bersyukur)."
                                                                                       (Surah Al-A'raf: Ayat 26)


P/S: Teringin nak interframe dalam blog sendiri wahahaha, asalkan menutup aurat ye dop?(^_^)

Thursday, December 27, 2012

Bukan Pelik Tapi Unik!

Biasa kiter suker tengok haiwan yang comel lote je kan? Hari ni kiter tukar selera skek la yer. Selalunya, kalu terjumpa sesuatu yang lain dari yang lain atau kelihatan luar biasa dari kebiasaan maka kiter 'chop' dia pelik. Serius, yang ni akak tak panggil dia pelik, tapi unik. Unik macam mana? Unik cam ni ker?
v
v
v
v
Ni bukan unik, ni kantoi hehe~

atau camni ker?
v
v
v
v
Hahahaha, yang ni lagi tk boleh blah!
Hahaha amacam? yang di atas baru peliks hehehe. Tapi, ada sekor kucing ni yang bukan saja unik ghuper dia, tapi...CUTE!Jom kiter terjah!~

Venus

Kucing yang diberi nama Venus ini mempunyai dua wajah dengan warna bulu yang berlainan. Wajah Venus seolah-olah terbahagi kepada dua. Salah satu sisi wajah kucing ini berwarna hitam dengan mata hijau. Sisi lainnya pula berwarna coklat dengan mata biru.

Mata Venus juga berwarna biru, padahal mata kucing sejenisnya secara normalnya berwarna kuning atau hijau. Mata biru ini biasanya terpada pada jenis kucing Siam atau kucing yang sebahagian besar bulunya berwarna putih.


Profesor Dari Universiti of California, Davis, Leslie Lyons menyatakan bahawa ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Venus muncul ketika proses perkembangannya. Pada awalnya, gen yang menentukan warna hitam dihasilkan di salah satu sisi wajah dan gen yang menentukan warna  oren dihasilkan di sisi satu wajah yang lain. Ketika ia membesar, kedua bahagian ini bertembung lalu menghasilkan dua warna bulu yang berbeza.

Sumber: www.uniq29.com

P/S: Subhanallah, tiada apa-apa yang mustahil bagi Allah~


Thursday, December 27, 2012

Pesan Nabi...


Morning glory everyoneee!~Tapi, pagi ni tak berapa glory la, dok baca paper ader plak berita sedih! Kenapa ye, kiter ni suka sangat mendera anak2 kecil? Padahal yang dikandung itu anak kita, darah daging kita, keturunan kita, keluarga kita, waris kita....kenapa yer? 

Artikel HM
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."
                                                                        (Riwayat Bukhari & Muslim)

 Dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w sangat menekankan kita supaya menahan emosi ataupun jiwa dan tidak marah dengan menjelaskan pahala orang yang memiliki sifat mula tersebut. 

Imam Ahmad Hanbal meriwayatkan dalam musnadnya dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;

"Tidak ada teguran yang lebih dicintai Allah dari teguran kemarahan yang ditahan oleh seorang hamba tidak menahannya kerana Allah kecuali pasti Allah akan memenuhi jiwanya dengan iman."

Marah

  • Suatu perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah dalam hati untuk menghasilkan kelegaan dalam dada.
  • Menurut pendapat Al-Jurjani, marah juga bererti menghendaki kemudaratan kepada orang yang dimarahi. Maka, lawan marah itu ialah redha.
  • Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat manusia. 
Kekuatan marah itu terbahagi kepada 3 peringkat:
  1. Tafrith (Ketiadaan sifat marah)
  2. Ifrath (Sifat marah yang melampau)
  3. I'tidal (Pertengahan antara marah dan tidak marah)
Tafrith
  • Tafrith ialah tidak ada kekuatan marah itu pada seseorang itu atau kekuatan marah itu sangat lemah, sifat seumpama ini adalah tercela iaitu, orang ini dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu dalam diri.
  • Imam Syafi'e berkata," Orang yang diperbuat sesuatu ke atasnya supaya dia menjadi marah, lalu dia tidak marah, maka orang itu seperti keldai."
  • Hasil sifat marah yang lemah ini menyebabkan tiada harga diri sama sekali untukmenentang sesuatu yang menganggu kehormatan peribadi dan kehormatan isteri.
  • Dia bersifat acuh tak acuh sahaja ketika dirinya dihina oleh orang lain. Dia merasakan dirinya terlalu kecil dan rendah untuk mempertahankan peribadinya dari kecaman orang lain.
Ifrath
  • Ifrath adalah sifat marah yang berlebihan sehingga melampaui batas kebijaksanaan akal dan agama. Orang seperti ini buta tuli dalam menerima setiap pengajaran.
  • Apabila diberi nasihat, nescaya dia menolaknya, bahkan bertambah kemarahannya, dan apabila dia memperolehi cahanya dari sinar akalnya dan ia mahu kembali kepadanya, nescaya dia tidak sanggup menerimanya kerana sinar akalnya sudah padam dan terus lenyap dengan asap kemarahannya.
  • Di antara tanda-tanda marah pada zahirnya ialah perubahan pada warna kulit, menggelerak kaki dan tangan, kelakuan yang tidak mengikut ketertiban dan ketentuan yang biasa.
  • Gerak geri tidak menentu, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam dan lubang hidup kembang kuncup.
I'tidal
  • I'tidal adalah sifat marah yang sederhana. Sesiapa yang marahnya terlalu lemah, sewajarnya dia mengubati dirinya menjadi sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama.
  • Sesiapa yang marahnya berlebihan dan melampaui batas, maka sewajarnya dia mengubati dirinya supaya berkurangan marahnya, di tengah-tengah antara marah yang lemah dan marah yang berlebihan dan marah yang sederhana ini adalah jalan yang lurus.
Menurut Ibn Qayyim, marah itu ada 3 bahagian:

1. Marah sekadar marah sahaja.
  • Orang yang marah  pada mulanya, tapi masih menyedari apa yang diucapkannya dan apa yang dilakukannya dan masih memikirkan kesan-kesan yang mungkin akan terjadi sekiranya dia marah.
2. Marah yang melampau.
  • Marah diperingkat ini sudah seperti orang yang dirasuk syaitan atau orang gila. Fikiran dan pandangannya sudah gelap sehingga tidak sedar lagi apa yang diucapkannya, tidak menyedari apa yang dikerjakannya dan tidak menyedari kesan akibat kemarahannya.
3. Marah yang sederhana.
  • Orang yang betul-betul marah, tapi masih menyedari perbuatan dan pertuturannya. Dia mempunyai rasa malu dan takut.
Bagaimana Mengawal Kemarahan?
  • Berwudhuk- merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah, kerana ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai penyiramnya. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dicptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk."
                                                                      (Hadis Riwayat Abu Daud)      
  • Ubah posisi duduk- Ketika marah, eloklah kita ubah posisi kedudukan kita. Bila marah dalam keadaan berdiri maka, eloklah kita duduk supaya kemarahan itu beransur hilang, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Da kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring."
                                                                                 (Riwayat Muslim)
  • Tenangkan hati dan tarik nafas dalam2- Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam supaya oksigen dalam sampai ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat menrungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.
  • Berdiam diri apabila marah- Diam itu lebih baik. Apabila kita diam, ia bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar.
  • Minum air- Minum air juga boleh meredakan amarah. Kita akan berasa lega dan tenang kerana air dapat menyejukkan tubuh.
  • Menyampaikan kemarahan secara positif- Apabila kita marah, kita terdorong untuk meniggikan suara. Seeloknya, kita cuba mengawalnya baik-baik dengan 'slow talk' dan tidak memekik atau menjerit-jerit.
  • Keluar dari rumah- Bila marah seeloknya keluarlah rumah untuk menghirup udara segar.  
Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabu Muhammad s.a.w:"Berpesanlah kepadaku." lalu bagina bersabda:"Jangan marah." Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda:"Jangan marah."
                                                                                 (Riwayat Bukhari)

Sebenarnya, sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah s.w.t dan RasulNya.




Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.