Breaking

Wednesday, February 06, 2013

Wednesday, February 06, 2013

Wanita Dibakar Api: Apa Pengajarannya? (Video)

Aku mulakan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Dan adalah tidak patut bagi lelaki mu’min dan tidak pula patut bagi perempuan mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pada mereka suatu pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Sesungguhnya sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan  kesesatan yang nyata.” 
(Surah al-Ahzab: ayat 36)

Apakah yang dapat korang lihat dalam video di atas? Adakah ia satu kemalangan yang tidak dijangka atau sesuatu yang lebih dari itu...kita sumer tahu. Inilah contoh dan pengajaran bagi sesiapapun yang ingin menentang dan melawan hukum Allah s.w.t.

Dapat dilihat sekumpulan wanita di India melakukan aksi protes di atas tangki air dengan cuba membakar jilbab yang sengaja dibawa.  Wanita-wanita ini mengenakan pakaian tradisional India (Sari) dilihat menjerit-jerit dan berteriak memprotes pemakaian hijab @ jilbab oleh wanita muslimah.

Tak lama selepas tu, salah seorang dari mereka mula membasahkan kain jilbab dengan bahan mudah terbakar (minyak tanah barangkali) lalu membakarnya. Namun, apa yang terjadi api itu pula yang menyambar tubuh wanita itu sehingga TERBAKAR! Subhanallah...


Dalam keadaan panik, wanita ini terus berlari turun dari tangga dengan api yang terus membakar dan menyelimuti seluruh tubuhnya. La haula wa laa quwwata illa billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua). Sementara itu, seorang lagi wanita yang berada di atas tangki air tadi masih terbakar.

Dapat dilihat beberapa orang lelaki cuba untuk memadamkan api di tubuh wanita berkenaan namun api masih marak dan wanita itu mula mengeras.

Teriakan dan jeritan histeria kedengaran dari para peserta protes yang berada di bawah yang sebahagian besarnya wanita dan ada juga kaum lelaki yang memakai pakaian khas agama Sikh.

Menurut informasi di Youtube, wanita itu adalah seorang guru dari Punjab. Sekali lagi, paparan video ini bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa pun. Tetapi, diharap kita beroleh pengajaran besar dari cerita ini.-sumber

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud:
    Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti debu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil sebarang manfaat dari apa yang mereka kerjakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.”  
    (Surah Ibrahim: ayat 18)


    “Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah seumpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.” 
    (Surah an-Nur: ayat 39)

P/S: Jangan sesekali kita melawan perintah Allah s.w.t, yang demikian itulah balasan buruk bagi orang-orang yang tidak mahu mentaati perintahNya.

Wednesday, February 06, 2013

Ujian Lulus, Lesen Tak Dapat.

Alahai mek...kesian ngan mek sorang ni. Ni baru 1st time aku baca pasal kes macam ni. 
Dah kuar duit, tenaga, masa dan bila dah lulus ujian...lesen tak dapat plak???
Ini boleh mendatangkan marah niiiiii....!
Jangan marah dulu...nanti kene jual baru tau!

Nurshazwani menunjukkan salinan dari JPJ
yang menyatakan dia hadir ujian berkomputer
dan lulus.
Wednesday, February 06, 2013

Yang Terhandal Pun Boleh Mati.

Assalamualaikum sumer~

Haaaa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya mati di tanah juga.....errkk cam peliks jer bunyi perumpamaan ni hehehe. Takpela, maksudnyer lebih kurang sama jugak. Sesungguhnya, kemahiran manusia itu sangatla terbatas dari pelbagai sudut. Sehandal mana pun seseorang itu dalam bidang yang diceburinya, ingatlah ia hanya pinjaman sementara dari Yang Maha Esa.

Setiap manusia tidak boleh lari dari kelemahan. Seperti firman Allah yang bermaksud;

"Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah”
 (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Maka, bila aku baca paper pagi ni pasai penembak terhandal @ SNIPER Amerika Syarikat,  telah MATI DITEMBAK, tiada apa yang perlu dihairankan. Sehandal mana pun skill menembak mereka, tapi yang menentukan hidup dan mati itu hanyalah Allah s.w.t dan tiada siapa yang boleh menafikan hak Allah.

Chris Kyle 

Tuesday, February 05, 2013

Tuesday, February 05, 2013

Snogurt at Night.

Biasa malam-malam camni memang kami jarang makan nasi. Kami gantikan dengan snack ringan atau sekadar burger....BURGER???heeee~

So, malam tadi pas gi TBS beli tiket bas untuk abah, kami balik dan singgah jap kat Snogurt Desa Pandan. Ni baru kali kedua aku merasa Snogurt. Budak-budak ni lagi la suka sakan kalu dapat makan 'eskrem' (panggilan untuk snogurt) huhu.

Ni juga kali pertama incik somi masuk kedai Snogurt hehe
So, aku la tukang promo kat dia,
cara nak isi, cara nak letak topping....
yang penting cara nak BAYAR...wehehehehe~

Jom kiter masuk kedai dulu!

kaunter topping
Tuesday, February 05, 2013

Ye Ke Tak Kenal????

Hurmmm...ye ke tak kenal??
*buat dahi kerut kening senget mulut senget*
Ader sape2 lagi kat sini yang tak kenal Psy??
Jangan tipu..berdosa tau!
Dekat youtube dah dok ada lebih 1billion viewers
kat Malaysia ni jer dok ada 5 juta viewers, (anggaran)
takkan still tak kenal kottttt??
Malaysia ni kecik jer.
Takat Psy tu, ulat dalam batu pun dok bergangnam ari-ari~
hehehehehe
*rasa-rasanye laaaaaa...*
Tuesday, February 05, 2013

Apa Salah Saya??

Sadisssss...sadis sungguh pabila kucing diperlakukan sebegini...
Kalaulah dia boleh bercakap
pasti dia akan cakap,
'Apa salah saya?'
'What I did last summer  wrong?'
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tuesday, February 05, 2013

Bagi Yang Suka Makan...

Satu benda lagi yang aku suker keje kat department baru ni sejak 7 bulan yang lalu..MEWAH MAKAN!hehehehe. Dah tu pulak opismate ramai yang kaki MAKAN, aku pun ikut join! Dalam sebulan tu ader jer MAKAN FREE. Semoga murah rezeki diaorg amin...~

Arini, opismate buat MAKAN lagi sempena besday...terbaeekkkkkk!~ Eh, murah rezeki tau bagi orang makan ni (^_^) Amalan sebegini bukan saja dapat mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja tapi juga dapat merasa makanan yang sedap-sedap hehehe.

Tuesday, February 05, 2013

Peminat: 'Psy, Tolong Jangan Datang Ke Malaysia!'

Tidak lama selepas pengumuman artis sensasi K-POP dari Korea Selatan yang akan beraksi sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran sebuah parti di Pulau Pinang, laman Facebook penyanyi tersebut telah dibanjiri oleh ratusan mesej yang merayu supaya Psy tidak menjadi 'alat' politik kepada parti tersebut.


Tuesday, February 05, 2013

Malaikat Rakib & Malaikat Atid.

Pagi tadi dalam kete....

Kakak: buuu...kat belah kanan kiterrr malaikat ye bu? 

Aku: *tak faham soklan*.......huh??

Kakak: kakak kater..malaikat kanan ada kat bahu kiter ke bu?dia tak suker simpan patung ke bu?

Aku: *ok..baru faham...sikit-sikit* Oohhhh...betul tu kak, bahu kanan kiter ader malaikat Atid....kalu kiter ader simpan patung dalam umah, tak kire la Barbie ker, teddy bear ker kiter buat hiasan jer, nanti malaikat tak masuk dalam umah sayangggg. Tapi, macam kakak & adik masih boleh main patung lagi, cam ibu dah takleh dah sebab ibu dah dewasa. Kalu untuk main boleh simpan, tapi kalu nak letak jer bagi cantik takleh la sayangggg. Lagi satu...dia tulis segala benda baik yang kiter buat. Contohnya, pagi ni kakak berzikir dalam kete...haaaaaa, malaikat pun tulis 'Nurul Hazwani berzikir menyebut nama Allah pagi ni, diberi pahala'.

Monday, February 04, 2013

Monday, February 04, 2013

Bila Anak Marah Ayah....

Kalu kiter tengok anak kiter buat tak betul, mesti kiter tegur kan. Tapi, kadang2 sebagai manusia yang lemah kiter juga tak terlepas dari melakukan kesilapan kecil hehe.

*Ayah tengah makan keropok*

*Mira tengah makan kacang*

*Ayah makan sambil baring tengok tv*

*Mira jeling kat ayah.....*, "ayah, bangun makan la..."

*Ayah cepat2 bangun dan duduk buat muka bersalah* hahahaha~

*Aku gelak tengok ayah kene tegur ngan anak hehehehe*

Good job Mira! Kalu bukan parents yang patut set example yang baik untuk anak, saper lagi ye dop?(^_^)

kacang face (^_^)

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.