Breaking

Tuesday, February 12, 2013

Tuesday, February 12, 2013

Sanah Helwah (^_^)

Assalamualaikum sumer!~

Dah petang pun, and still aku kat kampung yang mendamaikan. Orang lain dah mula nak balik umah masing-masing selepas lama  bercuti. Malam tadi pun dah start 'jam' kat hiway PLUS. Malam ni lagi dashyat kot, lagi ramai la orang ber'gusti' kat tengah hiway malam ni hehehe. Aku ngan incik somi?? Kitaorg balik sebelum subuh sok hahaha...sempoi tak? Dari kampung straight to opis, insyaAllah boleh sampai sebelum kul 7.30am. Kitorg dah bese travel awal-awal pagi...lebih mudah dan yang penting tak perlu menyesakkan diri dalam trafik 'jam' kat hiway tu.

Dalam 2/3 hari ni angin bertiup agak kencang walaupun tak hujan.  Seronok rasa hirup udara segar. Tapi sok keje opis konpem berlambak! Padahal...buat je la ye dop?hehehe. Orang lain takda keje tu lagi kasihan, so anim janganla nak komplen kalu keje berlambak plak. Bukan suruh angkat batu pun hehe. Nakal anim ni!

Apaperpun, untuk hari ni amatlah spesel bagi kedua ikon yang dihormati oleh geng muda. Sapa lagi kalu bukan Ustaz azhar Idrus (UAI) & Imam muda Ashraf . Sanah helwah buat mereka berdua, semoga Allah sentiasa memberkati hidup dan amalan mereka juga sumbangan mereka dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat terutama orang-orang muda.

Umur yang panjang dan rezeki yang murah adalah ujian dari Allah s.w.t , maka sebagai muhasabah untuk diriku & korang sumer agar mengisikan umur yang kita ada ini dengan memohon keredhaanNya dan beribadah seikhlas mungkin. Wallahualam.


Tuesday, February 12, 2013

Buah-Buahan Dalam Al-Quran.


Sesungguhnya Islam itu lengkap dari pelbagai sudut. Ia datang bersama pakej lengkap untuk orang2 yang mahu mengambil manfaat darinya. Maka, beruntunglah orang-orang yang beriman dengan Tuhan dan KitabNya.
Namun, manusia seringkali 'tercicir' ilmu pengetahuannya dalam menafsir ayat-ayat dari al-Quran tentang manfaat dan khasiat makanan yang baik.

BUAH-BUAHAN DALAM AL-QURAN

Antara kekuatan buah-buahan yang diceritakan dalam Al-Quran adalah:


Monday, February 11, 2013

Monday, February 11, 2013

The Sweetest Smile.

Kakak: " buuu...kakak nak lukis muka ibu ni, ibu senyum jap"
Aku: " okey...." *sengih sambil sepetkan mata*
Kakak: "bu...buat 'peace' bu"
Aku: "pulakkkk?" *angkat dua jari buat peace*
Kakak: "ok ok...diam jap....................ok ok kakak dah dapat"

Best gak jadi model tuk anak. Kakak memang suka melukis dan mewarna. Suruhla dia lukis apa pun, dia mesti no problem punyer. Sekarang....lukisan kakak dah siap....nak tengok? Tuuuuuu.....habis satu badan ibu diwarna-warnikan. Means ibu ni 'colourful' dan ceria sepanjang waktu hehehe.

And after she finished her drawing and she showed it to me and asked, "ibu..lawa tak kakak kaler?", aku jawab, "very beautiful kak, colourful. Ibu suka kakak kaler colourful", and that when she smiled the sweetest smile I've ever seen. Remember, when u praise them for what they love doing most, they will give u the best gift of ur life....and that is LOVE.
And that is the best gift from Allah to us..Alhamdulillah~


Monday, February 11, 2013

Bunyamin Omar: 'Solat Jangan Tinggal'

Assalamualaikum sumer!~

Aku sangat tertarik pada satu artikel di SinarHarian tentang satu pesanan beliau yang pada aku cukup memberikan kesedaran bahawa apa jua yang kita lakukan dalam hidup, baik dalam kerjaya mahupun ketika sukan, JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan"
( al-Baqarah : 110)
Monday, February 11, 2013

Siapa Yang Dimalukan BIG TIME Di Konsert Psy?

Assamualaikum sumer!~

Mula-mula aku tak faham bila baca artikel mengenai PM dimalukan di Rumah Terbuka CNY di Penang semalam. Sapa yang malukan dia? Bukankah dia yang menganjurkan dan menjemput Psy beraksi di rumah terbuka tu?Pasaipa plak dia yang terkena balik?


Psy di konsert Rumah Terbuka CNY semalam, di Penang.
Ghuper-ghupernye PM kene malu BIG TIME dengan penduduk Penang...hehehehehe. Kalu korang belum tengok video ni lagi, jom kiter terjah ramai-ramai, dan tengok PM kene malu tang mana heeee~

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.