Something in my head
Thursday, July 25, 2013
Di Mana Peranan Kita?
Assalamualaikum!~
Isu 4 wanita yang digugurkan dari menyertai Pertandingan Ratu Cantik Malaysia baru-baru ini sangat menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
Ramai yang mengeji dan memaki tindakan mereka berempat mempertikaikan dan mempersoalkan hukum Allah s.w.t. Dan, tak kurang juga yang memberi kata-kata 'semangat' sebagai menyokong tindakan mereka untuk 'melawan' fatwa yang dikeluarkan ke atas mereka.
Kalau ikutkan rasa hati panas dan menggelegak ini, hanya kata-kata caci dan maki hamun yang akan keluar dari mulut kita semua. Kecewanya kita (yang beragama Islam) ini bila salah seorang dari mereka berempat meluahkan bahawa fatwa mengharamkan wanita Islam menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa di sisi Islam adalah LAPUK atau OUTDATED.