Segmens and Giveaways by NK
Sunday, June 29, 2014
Ramadhan Treat At Bangi Golf Resort Restaurant Giveaway!!
Kali terakhir Anim buat contest di blog kesayangan Nukilan Kenit ini ialah pada bulan September 2013. Taklah lama sangat kan hehehe. Bukannya tak nak buat, malah kepingin sangat nak aktif bersegmen dan bergiveaway dengan semua rakan-rakan blogger, tapi komitmen terhadap benda lain sangatla tidak mengizinkan waktu tu.
Anim ingin berikan sesuatu yang istimewa buat pembaca dan rakan-rakan sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Dan, kali ini pihak Bangi Golf Resort telah bermurah hati ingin memberikan hadiah istimewa kepada pembaca blog Nukilan Kenit!
Terima kasih BGR!! (^_^)
Ini juga salah satu cara Anim menghargai rakan-rakan dan pembaca yang tidak jemu berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran korang di blog Anim ni.
Terima kasih BGR!! (^_^)
Ini juga salah satu cara Anim menghargai rakan-rakan dan pembaca yang tidak jemu berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran korang di blog Anim ni.
So, Anim nak buat GA seringkas dan semudah yang boleh. Harap korang boleh join dan support Anim ye! Oh ya, blogger atau bukan blogger juga dijemput untuk join tau. Asalkan ada emel, senang Anim nak hubungi korang.
Bismillahirrahmanirrahim
Caranya tersangat la mudah uolls!!
- LIKE fanpage NUKILAN KENIT
- Sila berikan jawapan untuk soalan ini, "Kenapa anda ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort?". Jawapan hendaklah tidak melebihi 30 patah perkataan.
- Tinggalkan jawapan anda di ruangan kotak komen di bawah entri ini beserta alamat emel. Jawapan yang tidak disertakan dengan emel tidak akan dikira sebagai jawapan lengkap, lantas tidak akan dilayan.
Tarikh tutup penyertaan :
29hb Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H
(SEBELUM 12.00 TENGAHARI)
Anim mencari 5 pemenang bertuah yang boleh memberikan jawapan terbaik dan paling menyentuh hati hehe. Nak tahu, hadiah yang bakal korang menangi?
2 VOUCHER BERBUKA PUASA PERCUMA
di Restoran Bangi Golf Resort untuk setiap pemenang!!
Voucher ini sah tempoh dari 2hb Julai sehingga 26hb Julai 2014. Jadi, korang boleh set time and date yang sesuai untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Restoran Bangi Golf Resort.
Terbaikkkk bukan! (^_^)
So, mudah je kan? Hanya berikan jawapan terbaik untuk soalan di atas dan sekiranya terpilih korang dah boleh berbuka puasa bersama pasangan korang di Restoran Bangi Golf Resort! Mana tahu rezeki korang kali ini (^_^)
Ohsem! (^_^)
Seorang dapat 2 voucher ok! Korang nak bawa pasangan ke, nak bagi pada ibu ayah sebagai token atau hadiah anniversary diaorg ke, atau korang nak hadiahkan voucher tu sebagai hadiah hari lahir pada sahabat atau kenalan pun boleh!
So, moh join sekarang dan berikan sebab mengapa korang ingin makan di Restoran Bangi Golf Resort. Tak tahu jawapannya? Boleh rujuk entri INI dan insyaAllah korang akan tahu jawapannya hehe.