Breaking

Tuesday, December 15, 2015

Tuesday, December 15, 2015

Bila Anak Dara Nak Belajar Menjahit ....


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ... bahagia jadi orang Selangor hahaha. Eh tapi memang aku orang Selangor pun cuma tinggal saje di KL. Cuti yang dinikmati bermula hari Khamis sehingga Isnin baru-baru ni aku gunakan sepuas-puasnya untuk berehat dan melayan anak-anak di rumah. Blog pun aku jarang bukak kecuali hari Sabtu sebab ada Piala Malaysia, so sempat la aku update sikit hari tu. Hari Ahad pula ikut Pak Jelan meniaga car-boot sale di Kota Damansara. Haa yang tu nantila aku ceritakan ye.

Ni nak citer pasal semalam, tetiba anak dara sulungku request nak belajar menjahit huhu. Dari minggu minggu lepas lagi dia dah buat permintaan dah ... cuma time tu aku belum rasa dia cukup bersedia untuk pegang jarum. Then, semalam dia tanya lagi .... ok la ... kita cuba ok.


Sunday, December 13, 2015

Sunday, December 13, 2015

Piala Malaysia 2015 - SELANGOR Juara & Tragedi


Assalamualaikum!



Tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor yang berjaya menewaskan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 sekaligus merangkul gelaran Juara Piala Malaysia untuk kali yang ke-33. Kemenangan 2-0 ke atas Kedah turut dikongsi oleh penyokongnya yang bersorak meriah di Stadium Shah Alam dan juga di luar stadium.

Namun, disebalik kejayaan besar pasukan Selangor semalam terselit satu berita duka sejam sebelum perlawanan bermula.

Sebenarnya, salah seorang kawan Pak Jelan telah kembali ke rahmatullah petang semalam akibat kemalangan jalan raya di Jalan Duta. Arwah yang dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan bola semalam telah dilanggar oleh sebuah motor dari belakang.

Dan Pak Jelan bersama kawannya telah pergi menziarahi arwah di HKL sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya. Menurut Pak Jelan, arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak yang masih kecil. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh .... al fatihah

Saturday, December 12, 2015

Saturday, December 12, 2015

Piala Malaysia 2015 : Selangor vs Kedah - Siapa Pasukan Pilihan Kami?


Assalamualaikum!

Malam ni adalah malam penentu pasukan manakah yang akan merangkul gelaran Juara Piala Malaysia untuk tahun 2015 dan berjaya menjulang piala kejuaraan! Hanya tinggal beberapa jam je lagi sebelum adrenalin penyokong-penyokong kedua-dua pasukan mula memenuhi ruang Stadium Shah Alam. Fuh, macam kita pulak yang beria suka tengok bola ye dak hehehe ...

Suami ambe memang suka tengok perlawanan bola sepak liga tempatan. Kalau ada siaran langsung di tv dan pasukan yang dia suka ada, memang itu tv dia yang punyaaa! Sebagai isteri, ambe sokong dari belakang je la. Tapi takda la dia sampai nak berebut beli tiket untuk tengok di stadium. Suami ambe tu jenis suka tengok di rumah ... hehehe


Saturday, December 12, 2015

Pengindahan Lorong Belakang Seksyen 52 Petaling Jaya


Assalamualaikum!


Petaling Jaya semakin banyak berubah sejak kebelakangan ini. Bukan jalan sahaja yang berubah, tapi rekabentuk landskap dan hiasannya juga mendapat perhatian.  Baru-baru ni, aku singgah di Speedmart dan terjumpa lorong persis lorong di Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam. 

Walaupun aku belum sempat singgah di Laman Seni Seksyen 7 tu, tapi dari pengalaman rakan-rakan blogger lain yang dah sampai sana lebih kurang sama seperti yang dilakukan di Seksyen 52, Petaling Jaya ni ....


Wednesday, December 09, 2015

Wednesday, December 09, 2015

Luang Masa Cuti Sekolah Di KidZania Kuala Lumpur!


Assalamualaikum!


Cuti sekolah kali ni kakak dan adik berpeluang kembali ke KidZania Kuala Lumpur meluangkan masa bersama kerana kebetulan ibu dijemput untuk hadir ke forum keibubapaan di sana. Kami sekeluarga pula tak kemana-mana sepanjang cuti ni, so memang peluang yang baik untuk kakak dan adik berseronok selagi sekolah belum dibuka.

Tapi takda la nak berseronok doplohpatjam sampai tak tengok buku. Ini hanya sebahagian dari aktiviti yang tak dirancang sebenarnya .... kebetulan. Kakak dan adik pula dah besar panjang, senang sikit nak helon ke sana sini hehe ....


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.