Story Kenit
Monday, August 29, 2016
Durian Sana Sini!
Assalamualaikum!
Tengok FB ada durian, tengok insta ada durian, tengok tepi jalan ada longgokan durian. Ishhhhh bau durian kiri dan kanan menusuk sampai ke lubang hidung ku ini hehe.
Musim durian sekarang ni, dimana-mana sahaja mesti ada pesta makan durian. Siapa boleh tolak kalau bab durian ni. Aku sendiri pun memang suka dengan buah tempatan apatah lagi durian! Dah la buah bermusim, terasa cuak jugak kalau tak dapat merasa barang sebiji dua kan hehehe :p