Story Kenit
Monday, March 05, 2018
12th Annniversary - Razlan & Hanim
Assalamualaikum!
Syukur alhamdulillah di atas kurniaan yang diberikanNya kepada kami untuk terus bersatu dan bersama-sama melayari bahtera. Di usia perkahwinan kami yang telah masuk 12 tahun (3hb Mac 2018) ni, dah tentu aku punya harapan besar untuk keluarga kecil kami.
Sesiapapun pasti nakkan yang terbaik untuk keluarga mereka, betul tak. Apatah lagi kami pun dah cecah usia 30an, kematangan dalam menjalani kehidupan bersama sangat penting bagi aku kerana ia pasti akan mempengaruhi kehidupan kedua-dua puteri kami yang masih bersekolah.