Breaking

Monday, April 15, 2019

Monday, April 15, 2019

Hadiah pelik dari kawan Mira!


Assalamualaikum! Hahahahaha ibu tak tahu nak letak tajuk apa, tapi itulah yang sesuai untuk entri birthday tahun ni. Lain macam hadiah yang Mira dapat dari kengkawan dia. Ada yang bagi buku, ada yang bagi keychain. Tapi ada satu hadiah ni yang buat ibu konpius dan terfikir-fikir apakah maksud tersirat disebalik yang kawan dia cuba ingin sampaikan.

Satu hari Mira bawa balik beberapa buah buku dan tunjukkan pada ibu. Mira cakap ni kawan Mira, Amalin yang bagi untuk birthday Mira. Dia bagi awal sebab birthday Mira jatuh pada hari cuti sekolah, jadi nak bagi awal sikit la.

Friday, April 12, 2019

Friday, April 12, 2019

Sanah Helwah My Precious Pearls!


Assalamualaikum! Baaaachak! Aku tanya ape khabar semuaaaa hehe. Lamaaaa giler tak bersiaran nih! Pehal aku ni, dah tak nak main blog lagi dah ke. Aiseyyy bukan niatku tak nak main blog, tapi tugasan di dunia realiti lebih banyak dari di dunia maya ini.

Tapi yang banyak-banyak tu dah habis pun, so sekarang aku ada masa la untuk cerita pasal birthday anak-anak kesayangan hamba. Walaupun ibu lambat (lambat 3 minggu!) sikit mencoretkan tentang tarikh bersejarah kedua-dua puteri ibu, tapi ibu tak pernah lupa ok! Tak boleh lupa pun sebab ada je diaorang kasi peringat kat ibu hahaha.




Friday, April 05, 2019

Friday, April 05, 2019

Madi dibebaskan!


Assalamualaikum! Cuak juga bila Juita tunduk terus malam tu haha! Menggelabah Adam sampai tak jadi nak bagitau Nur. Giler apa! Jangan samakan Adam dengan semua lelaki yang singgah di lorong tu. Tapi adakah Adam tak sama macam diaorang? ke dia pun dua kali lima gak? Lelaki kannn...hehe.

Nur dapat 'cium' something fishy pasal laki dia, tapi tak tahu apa dia. Takpe Nur, tak lama kau akan dapat 'madu' baru hahaa. Eh macam la aku pengarah cerita ni! :p 

Lembut juga hati ayah haji mengizinkan isterinya tolong Ecah untuk ikat jamin si Madi. Sayangkan anak gitu laaaa! Anak menantu je tak reti sedar diri. Giler si Madi ni haha! Keluar penjara jerit macam tarzan. Dia tak tahu lagi tu duit sapa yang ikat jamin dia tu.




Thursday, April 04, 2019

Thursday, April 04, 2019

Biar mandul, jangan lurus bendul


Assalamualaikum! Dia dok ulang lagi gazette Ecah dan Nur terjun kolam. Mungkin dalam episod 2 ni kottt! Permulaan cerita pun dah diselubungi dengan masalah kewangan Darul Mukhsin. Yang mak Adam tak habis-habis prejudis dia. Dah boleh terima Nur sikit-sikit tapi masih skeptikal dengan orang lorong secara keseluruhan. 

Yang kelakarnya, Ayah haji balas,"takpe, nanti kita bentang karpet merah untuk awak dari jalan sampai ke lorong rumah Nur, pasang khas untuk orang have-have macam awak" hahahaha...baru ada akai!

"Gembira acik kau!", amboiii Madi dah ke 'dalam' pun sempat jugak kau mengherdik bini kau ye. Tak habis-habis modal 'mandul' kau ye. Lancang sungguh mulut Madi ni...ya Allah. Ecahhhh please la buka mata kau luas-luas. Terang-terangan dia menghina kau. Nak simpan lagi buat apa suami begitu! 


Wednesday, April 03, 2019

Wednesday, April 03, 2019

Dejavu


Assalamualaikum! Teruja semua menunggu episod pertama drama bersiri Nur 2. Tengok gazette dia pun dah boleh membangkitkan rasa ingin mengadap depan tv pukul 10 malam. Apapun, last episod dalam Nur Madi kena tangkap kan! So aku nak tengok episod 1 ni, macam mana dia dalam penjara tu. Makin elok ke makin teruk hehehe.

Alhamdulillah syukur mak Adam boleh dah terima kehadiran Nur dalam keluarga. Sampai bila nak berdendam dengan menantu sendiri kan. Yang paling dibenci tu la yang menyelamatkan nyawa dia tika tercekik tertelan petai dulu huhu. Akhirnya  mak dia sendiri pujuk Adam untuk bawa balik Nur dalam hidup mereka. Dejavu sangattttt!



Friday, March 22, 2019

Friday, March 22, 2019

Beyblade 'kegilaan' budak-budak sekarang!


Assalamualaikum!

Mana-mana aku pergi mesti nampak budak-budak lelaki pegang benda ni. Rupa-rupanya yang diaorang kecoh beyblade beyblade tu benda ni la ye! Sekarang ni musim beyblade, siap ada pertandingan lagi dan bukan dikalangan kanak-kanak je join. Bapa kepada kanak-kanak pun buat pertandingan beyblade yo!

Tapi benda ni kalau dibawa ke sekolah sure kena rampas kan. So, diaorang simpan kat mana? Aku sempat interview sorang budak ni, dia cakap simpan dalam beg baju. Balik sekolah, baru boleh main. Wahhh pandai ko ye!

Beyblade ni ada macam-macam jenis, macam-macam bentuk dan macam-macam nama. Budak-budak tu dah bagitau dah nama setiap satu, tapi aku memang tak boleh ingat sebab komplikated sangat nak menyebutnya haha. Lebih teruja nak tengok diaorang 'pusing' benda tu je.


Monday, March 18, 2019

Monday, March 18, 2019

Beza datang mesyuarat PIBG waktu siang dengan waktu malam!


Assalamualaikum!

Dalam tempoh 6 tahun kakak bersekolah agama, ini kali pertama aku pergi mesyuarat PIBG sekolah dia. Sekolah pagi memang setiap tahun pergi, tapi sekolah agama ini yang pertama kalinya. Kenapa? sebab mesyuarat PIBG dia buat malam. 

Kenapa malam? sebab kebanyakan ibubapa duduk di luar kawasan jadi kalau buat hari cuti waktu siang mungkin takkan dapat sambutan. Tapi memang ada betulnya. Sekolah kebangsaan punya mesyuarat PIBG mana pernah cukup korum walaupun dibuat pada hari Sabtu dan waktu siang.

Jadi, sekolah agama diaorang buat pada waktu malam. Tapi bagi aku pula, agak susah nak stay back sebab kami duduk jauh nuuu di Kolumpo! Kang balik umah dah pukul berapa! Tapi tahun ni kita buat pengecualian sikit. Nak merasa juga suasana mesyuarat PIBG waktu malam ni hehehe.



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.