Breaking

Thursday, February 24, 2022

Thursday, February 24, 2022

Keputusan Penempatan Sekolah Menengah Sesi 2022

 

Assalamualaikum! Berdebor-debor rasa bila cikgu bagitau surat penempatan sekolah menengah dah keluar. Dah la si kecik tu tak gi sekolah semalam. Dia pun kabo gi sekolah tak belajar, buat bising je dalam kelas. Nak buat aktiviti kecergasan pun cikgu tak bagi. Memang boleh dibayangkan tahap kebosanannya!


Alang-alang semuanya tak boleh buat di sekolah, aku cutikan je dia. Lagipun kes Omicron sedang 'mengganas' kebelakangan ni. Gi sekolah kalau duk berborak ngan kawan pun berisiko tinggi gak. Elok le duduk di rumah. Hari anugerah cemerlang baru pegi sekolah.


Dia tak pandang langsung MRSM atau SBP hahaha. Takde dia heran. So kita pun ok la, mintak sekolah harian sudah. Pagi tadi cikgunya maklumkan dalam grup kelas, surat penempatan telah diberikan kepada murid. 




Alhamdulillah permohonan diterima. Memang dia nak sangat sekolah ni. Maka, bermula la urusan pendaftaran sekolah menengah untuk Mira. Minggu depan kena gi sekolah untuk proses pengesahan dulu. Lepas tu, urusan buku teks la, beli buku latihan la, yuran pibg la dan yang berkaitan dengannya.


Walaupun tak sama sekolah ngan kakaknya, tapi sekolah ni masih sekolah perempuan. Kakaknya pulak dah selesa di sekolah sekarang. Yang penting mereka selesa di sekolah masing-masing. Dari kecil mereka belajar di tadika yang sama, sekolah rendah yang sama. Sudah masanya mereka teroka dan alami pengalaman belajar di sekolah menengah yang berbeza.


Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan ye...aamiiinn.

Wednesday, February 23, 2022

Wednesday, February 23, 2022

Covid-19 Test Kit Kehabisan Stok?

 

Assalamualaikum! Minggu lepas mak nak makan KFC, so aku order la guna Food Panda. Paling dekat adalah KFC Semabok. Skrol nak cari set snack plate atau dinner plate. Mak teringin nak makan ayam KFC. Aku skrol sampai bawah ....aikkk mana ayamnye?


Aku skrol atas balik kemudian turun bawah ... kali ni slow slow je. Kot aku terlepas pandang kan. Aikkk... mana ni tak jumpa set snack plate atau dinner plate pun?! Seketul ayam pun takde ni. Pendek kata, produk ayam langsung takde. Burger zinger ngan chicken chop ade la. Assudoh ... 


Akhirnya, aku terpaksa mintak tolong sepupu aku belikan. Tak tahu le cawangan mana dia pegi tapi ayam ade pulak. Syukur lah mak dapat makan gak.





Selain roti, telur, ayam apa lagi barang yang laku keras kebelakangan ni tapi payah benor nak jumpa! Haaaa sekarang ni bukan barang makan je payah nak jumpa tapi Covid-19 Test Kit pun dah jadi kontroversi di kalangan rakyat Malaysia. 


Ramai merungut stok Covid-19 banyak dah habis di pasaraya dan kedai. Dah la semakin hari semakin naik kes Omicron. Farmasi pulak jual sampai berbelas-belas ringgit satu kotak!


Apa beza yang mahal dan yang murah?? Adakah yang murah tu keputusannya tak sah? Yang mahal tu lebih tepat dan jitu? Atau ia mahal sebab jenamanya? Sebab test kit yang dijual di kedai dan pasaraya pun keputusannya valid je.






Yang merisaukan sekarang, Omicron semakin 'mengganas' di kalangan kanak-kanak. Hari-hari lepas balik sekolah aku akan tanya kakak dan adik ada sakit gatal-gatal tekak ke, batuk ke, makan berasa ke tak. Maklumlah, kakak tu ada resdung mudah selsema. Kadang-kadang diaorang batuk ringan-ringan pun aku dah risau.


Sebab tu kena stenbai Covid-19 Test Kit kat rumah. Senang nak buat ujian kendiri bila rasa tak sedap badan atau jadi kontak rapat. Tapi kalau test kit pun susah nak jumpa, kat mana lagi boleh dibeli? Bila stok terhad di pasaran, diaorang akan naikkan harga. Yang terbeban siapa? 


Haihhh .... rakyat marhaen jugak jadi mangsa.

Tuesday, February 22, 2022

Tuesday, February 22, 2022

Dua belas tahun lalu...

 

Assalamualaikum! Throwback gambar lama kenangan dua belas tahun dulu bersama rakan kerjaku di Kuantan. Pengalaman bekerja dengan senior yang kami anggap macam keluarga sendiri. Dari hari pertama aku menjejakkan kaki di pejabat, mereka inilah yang banyak memberi tunjuk ajar, membimbing kami.


Terlalu banyak kenangan dan memori yang baik bersama mereka. Itulah yang membuatkan aku kadang-kadang rindu dengan mereka semua. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan mereka yang kami anggap seperti sebuah keluarga.



Walaupun ramai antara kami yang kerja syif tapi masih boleh memberi komitmen beriadah bersama-sama sambil bawa keluarga masing-masing. Masa ni, kami buat majlis family day di Kuantan Parade main boling. 


Kini, ada antara mereka yang dah lama bersara. Ada juga yang telah berpindah ke pejabat lain, dan ada juga yang masih berkhidmat di tempat yang sama dengan aku. 


Tak lupa juga, ada antaranya yang telah pun kembali ke rahmatullah. Al fatihah buat arwah En. Mustofa, arwah En. Zahari dan arwah En. Kamsan . 


Monday, February 21, 2022

Monday, February 21, 2022

Mereka tak boleh panjat dah!

 

Assalamualaikum! Selepas kejadian tragis yang menimpa almari tudung tahun lepas, aku hampir putus asa tau! Ye la, almari tu dekat tiga puluh ringgit aku beli di Shopee. Niat nak simpan koleksi tudung bawal aku dalam tu. Punya beria pasang last-last jadi 'mangsa' kerakusan anak-anak bulusku huhu.


Sejak aku menceburkan diri dalam dunia kontes, koleksi tudung bawal kian bertambah. Jadi aku perlukan tempat simpan tudung yang khas dan tersusun. Tapi aku lupa yang aku ada bela kucing, dan mereka suka memanjat! Panjat kerusi, panjat kotak, panjat meja dan akhirnya almari tudung aku jadi mangsa!




Aku kena cari almari yang baru secepat mungkin. Mana lagi aku nak simpan semua tudung-tudung bawal ni? Kena cari almari yang mereka takleh panjat! hehe. So, aku tengok-tengok dekat Shopee dan jumpa DIY 9 Cube Cabinet.


Sesuai sangat ni! Mereka mesti takleh panjat sebab material bukan daripada kain tapi Toxic Free PP Resin. Senang nak pasang, selamat, kalis air dan boleh tampung berat sehingga 10kg. 




Masa aku beli, harganya baru lima puluh ringgit lebih je. Biarlah mahal sikit, janji tahan lama dan tahan lasak. Puas hati sangat bila simpan tudung dalam kiub ni, nampak kemas dan tersusun. Aku nak cari tudung pun senang, ikut warna. Yang penting, anak-anak bulus pun dah tak panjat atau cakar kuku.






Puas hati dan berbaloi rasa! Sedap mata memandang hehe.

Saturday, February 19, 2022

Saturday, February 19, 2022

Kena Ada Habbatus Sauda!

 



Assalamualaikum! Sejak Covid-19 muncul dalam hidup kita semua, macam-macam petua orang kongsi tentang bagaimana nak melindungi diri dari terkena virus durjana tu. Ada orang suh rebus bunga cengkih la, ada yang suh kunyah terus macam tu. Ada yang suh makan lemon ngan madu. Macam-macam lagi lah!


Setakat ini, aku takde ambil apa-apa suplimen kesihatan. Tapi aku teringat ke habbatus sauda. Aku tertarik sebab habbatus sauda memang terkenal dengan kebaikan untuk kesihatan. Memandangkan kes Covid-19 semakin mencanak-canak naiknya, aku tak nak amik risiko. Walaupun dah lengkap vaksin, kena ada jugak makanan tambahan berkhasiat untuk perlindungan dalaman.




Habbatus sauda yang aku beli ni ada 60 kapsul dalamnya asli takda campur apa-apa bahan. Sukatan makan ikut umur dan sebaiknya makan sebelum sarapan pagi atau sebelum nak tidur. Aku amalkan 2 biji sebelum makan setiap hari. Antara manfaatnya, menguatkan daya tahan tubuh dari serangan penyakit.


Apapun, kita ikhtiar untuk pencegahan. Jangan dah kena baru menggelabah nak mencari! Lagipun, habbatus sauda memang baik untuk penjagaan kesihatan secara semulajadi. Kat mana aku beli? Korang search je husna_store.my.


Thursday, February 17, 2022

Thursday, February 17, 2022

Cara Selesaikan Masalah Gambar Thumbnail Yang Blur

 

Assalamualaikum! Fuh .. naik pinau biji mataku nak cari penyelesaian untuk masalah blog aku ni. Sikit lagi aku nak tukar template baru tau dak. Tapi hati aku cakap, sabar Nim ... cari lagi. Cuba cara lain mungkin ada cuma kena sabar.


Kalau bab coding html ni aku banyak kali cakap aku tak pandai nak buat. Bab ni lah aku paling tak suka. Masalah aku bermula pada Ogos tahun lepas, bila aku perasan gambar thumbnail blogpost aku blur dan tak jelas. Aku ingatkan masalah sementara oleh google je. 


Rupa-rupanya berlarutan sampai ke harini. Sebelum tu, gambar thumbnail takda masalah, jelas dan terang. Tapi bila update entry baru dan publish, gambar thumbnail tu akan jadi blur. Sakit hati!


Blur! Tak syok bila orang masuk blog nak baca


Bukan saja menyakitkan mata memandangnya, aku jadi sakit hati jugak! Aduh .. macam mana nak buat ni. Nak kena godek-godek coding lagi ke? Aku cukup malas nak masuk dalam 'Edit HTML' tu. 


So aku mula google dan cari jawapan kepada masalah blog aku ni. Aku masuk dari satu entri ke satu entri mengenai masalah gambar thumbnail blur. Kebanyakannya dari blog negara seberang. Aku cuba cari punca masalahnya, dan aku dapati ada yang berubah.


Sebelum ni kalau kita upload gambar, format gambar itu akan jadi https://*.bp.blogspot.com, tapi sekarang ia dah jadi format https://blogger.googleusercontent.com. Tak percaya, boleh semak dengan HTML View seperti di bawah ni :



Yang aku highlightkan itulah yang dimaksudkan. Format gambar dah takde .jpg atau .png kat belakang. Aku syak itulah yang buatkan gambar thumbnail aku blur dari tahun lepas lagi. 


Ada juga aku baca kat forum blogger luar negera, mereka juga mengatakan sejak format gambar ni jadi blogger.googleusercontent, gambar thumbnail blogpost blur dan not-seo-friendly. So, trafik ke blog juga akan berkurangan.


Try and error 'edit HTML'


Oooo bukan senang nak senang weh! Walaupun banyak tips blogger kongsikan di entri masing-masing tentang nak selesaikan masalah ni, tapi satu pun yang aku cuba tak menjadi!


Nak mencari kod tu satu hal, bila paste dengan kod yang diaorang bagi tetap takda perubahan pada gambar thumbnail aku! Aku rasa ada dekat 10 entri aku masuk dan kebanyakannya suruh tukar kod di 'Edit HTML'.


Cara Selesaikan Masalah Gambar Thumbnail Yang Blur


Yesss! aku dah jumpa caranya. Alhamdulillah ... terus tak jadi tukar template haha. Dia punya happy tu Allah je yang tahu. Untuk orang yang tak terer macam aku ni, rasa macam dapat award tau! :p


Ada satu entri ni aku baca dan aku ikut caranya. Begini caranya ...


1. Bila kita nak buat entri baru, gambar pertama kita akan upload. Tekan kat gambar tu, akan keluar kotak kecil untuk edit gambar. Klik pada simbol macam 'Setting' tu. Rujuk gambar bawah👇




2. Kemudian, pilih 'Original Size' dan klik 'Update'. 




3. Kemudian, klik 'Update'




4. Klik anak panah '←' untuk keluar dari entri. Masuk balik blog utama.





5. Tadaaaa ....dah siap! Gambar thumbnail dah kembali normal dan jelas lagi terang!




Mudah sangat kan! Takde sangkut paut dengan javascript/html punya kod. Thank you so much pada blogger di atas perkongsian tips ni. Sebenarnya, kita kena try and error bila berkaitan dengan blog ni sebab dia main coding. Tapi bila segala jenis coding html tak menjadi, kita guna cara ni pulak. Keberkesanannya pula bergantung kepada jenis template yang kita guna. 


Kalau korang guna template yang lebih kurang sama macam aku, bolehlah try cara ni. Selamat mencuba!

Wednesday, February 16, 2022

Wednesday, February 16, 2022

Diaorang tak puas lagi!

 


Assalamualaikum! Memandangkan aku keje tak menentu, makanya nak jumpa anak pun selang sehari atau dua hari. 


Bila dah bersemuka tu, aku suka tanya buat apa kat sekolah hari ni? makan ape? belajar ape? So kadang-kadang tu ade la diaorang mengomel pasal makanan kat kantin. 


So aku pun cerita la pengalaman aku masa sekolah rendah dulu makanan kat kantin macam mana. 


Fuhhhh kantin sekolah rendah memang nikmat! Bawa duit belanja singgit je masa tu dah boleh beli air sirap satu gelas besar dan mihun sup lima posen satu mangkuk! 


Tu baru sekolah rendah. Naik sekolah menengah, lagi heaven! Selera memang dah kuat masa tu, aku pulak jenis kuat makan tapi badan masih macam 'papan', so aku bedal la nasi lauk campur setiap kali waktu rehat haha. 


Lauk yang aku suka ayam masak merah dan sayur bayam sekali ngan tempe goreng ....fuhhhh kenyang weh! Time kelas, aku bantai tido sebab mengantuk kekenyangan haha. 


Aku bukan nak menyakitkan hati diaorang, aku cuma nak cerita pengalaman aku dulu je. Aku cakap walaupun awak berdua hidup di zaman Covid-19 dan persekolahan awak tak sesempurna sebelumnya, tapi awak kena bersyukur sebab awak masih boleh jumpa kawan-kawan sekolah dan belajar sebaik mungkin. 


Memang tak boleh nak bandingkan dulu ngan sekarang sebab situasi dan waktunya pun dah berbeza. Cuma aku suka ingatkan diaorang, bila dah ada peluang pergi ke sekolah, gunakan untuk belajar sehabis baik. Janji pandai bawa diri dan jaga diri.


Aku pun tak sampai hati nak tanya diaorang seronok belajar ke tidak sepanjang 2 tahun ni sebab realitinya pdpr memang tak seronok! Tapi nak buat macam mana kan .... dah Covid-19 satu dunia!


Kakak cakap,"maaa ...tahun depan kakak form 3 agak-agak boleh pergi sekolah macam biasa dulu ke?" nampak sangat betapa dia rindu nak aktif di sekolah. 


Wallahualam kakak .... apa yang kita boleh buat jaga diri dan berdoa agar semuanya kembali pulih. Kalaupun tak boleh pulih 100%, 99% pun ok dah. Moga mereka ada peluang untuk merasai nikmat belajar dalam kelas dan beraktiviti sukan/koko di sekolah macam dulu balik.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.