Wednesday, November 21, 2012

# Flora & Fauna

Bunga Bangkai Mekar Lagi


Pengunjung asanggup melihat dari dekat bunga gergasi ini
walaupun ia mengeluarkan bau yang busuk.

Selalunya, nama bunga sumer nama2 yang indah2 & cantik2 belaka setara dengan haruman bau semulajadi yang datang dari bunga tersebut. Tapi lain pula halnya di Switzerland, di mana terdapat sejenis bunga yang diberi nama Bunga Bangkai @ 'Smelly Flower' yang hidup subur di Taman Botanikal Basel, Switzerland.

Para pengunjung berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat bunga terbesar di dunia (Bunga Rafflesia bukan lagi bunga terbesar di dunia) keunikan & kelainan yang tidak terdapat pada bunga-bunga lain. Bunga Bangkai (Amorphophallus Titanium) ini mekar buat kali kedua pada 18 November 2012. Ia mekar buat kali pertama pada April lalu selepas 17 tahun ditanam.
Pengunjung melihat keunikan  Bunga Bangkai

Bunga yang setinggi 2.5meter yang berwarna kuning & merah gelap ini mengeluarkan bau seperti daging mereput dan mampu menarik serangga untuk mendekatinya. Malangnya, bagi manusia bunga ini terlalu mustahil untuk dijadikan sebagai bunga hiasan di laman rumah kerana baunya yang tidak menyenangkan.

Walaubagaimanapun, oleh kerana bunga ini tidak boleh mekar untuk lebih lama, ia akan segera menutup setelah proses pendebungaan selesai.



3 comments:

  1. Post yg menarik... pernah terbaca tentang keunikkn bunga nie

    ReplyDelete
  2. @siti : yang maner tak bermoral tu dik?

    ReplyDelete

Apa kata korang?