Breaking

Saturday, November 03, 2012

Chicken Pox: Fakta Perubatan & Pantang Larang.




Kali terakhir akak kene masa umur akak 13 tahun. 2 minggu baru masuk sekolah menengah tetiba bintik2 merah menyerang seluruh tubuh dan bermulala episod terkena serangan chicken pox. Dalam 2 minggu tu memang akak dapat layanan 'gold' class dari mak dan abah, tapi banyak betul pantang larang yang akak kene ikut waktu tu terutama bab2 makan ni. Ayam dan daging memang wajib TAK BOLEH dimakan apatah lagi makanan yang berminyak. Even nak menumis dalam rumah pun tak boleh waktu tu. Tapi yang bestnyer apa yang akak nak selain dari makanan2 terlarang diatas sumer abah akak belikan. Akak ingat lagi waktu tu akak  mintak 2 barang dengan abah, coklat Cadbury dan permainan video game (SEGA) wahahaha~Ape lagi akak main sakan laaaaa mende alah tu.



16 tahun berlalu dan kini chicken pox datang menerjah lagi, tapi kali ni bukan akak tau tapi anak akak yang sulung. hari pertama semalam asalnyer akak ingatkan bintik menggelembung tu sebab kene minyak panas, pagi tadi bangun ader lagi bintik2 merah kuar so, sah la ni chicken pox...kesian permata hatiku. Kelam kabut  akak tepon atuk dan wan diaorg tanya apa yang patut dibuat..heeee:D.




Macam2 pantang dan larang yang mak akak bagitau, mungkin ada sesetengah orang yang dah tak percaya pasal penjagaan pantang larang ni tapi, even doktor pun sarankan supaya jaga makan dan pantang betul2. So, akak pun godek2 sikit la pasal chicken pox ni, kot2 nanti kalu korang dah ada anak boleh la buat apa yang patut dan tinggalkan apa yang tak patut. Pengalaman berpantang chicken pox bagi setiap orang adalah berbeza so akak harap jangan ader kontolbesi nanti yer (*ayat cantik=kontroversi) heeeee. So, jom kiter terjah pasal CHICKEN POX~




Apekejadahnyer Chicken Pox ni?

Cacar air ataupun lebih dikenali sebagai Chicken Pox ialah penyakit yang disebabkan oleh virus varicella-zoster . Penyakit ini senang berjangkit samada melalui sentuhan atau sebaran udara dan ditandai oleh ruam yang gatal dan berair di badan. Keadaan ini akan berlanjutan selama lebih kurang 2 minggu dan ia tidak berbahaya jika mendapat rawatan awal. Jika kanak-kanak menggarunya, ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kulit (takut berparut je).



Pantang larang semasa terkena Chicken Pox?
Dari segi bidang perubatan, tiada pantang larang dari segi makan atau sebagainya. Cuma,  jangan sekali-kali tidak mandi tau.


Pantang dibuat (maknanya jangan dibuat yer)
a) Jangan kene hujan
b) Jangan makan daging dan ayam
c) Jangan menumis dalam rumah
d) Jangan bergaduh atau memarahi orang yang terkena chicken pox.
e)Jangan makan makanan bergoreng atau berminyak. (KICAP jangan dimakan nanti parut jadi hitam)
f) Jangan menggaru, kalu gatal tahan je la.

Ada ubat tak untuk Chicken Pox?
Doktor biasanya akan memberikan ubat demam dan ubat gatal untuk disapu di badan.



Ada vaksin tak untuk Chicken Pox & kenapa perlu ambil vaksin?
Ya. Sebenarnya ada vaksin dihasilkan bagi mengelakkan jangkitan ini. Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas . Sebanyak dua dos diperlukan. Jarak diantara dos pertama dan kedua adalah dalam masa tiga bulan (latest suggestion). Walaupun penyakit ini tidak berbahaya namun jangkitan ini mengambil masa yang amat lama untuk sembuh.

Kanak2 yang dijangkiti Chicken Pox  memang memerlukan penjagaan rapi dan pemerhatian yang khusus dari ibubapa kerana suhu badan yang tinggi (demam) akan melambatkan proses penyembuhan. So, kakak (Hazwani) cuti sekolah lebih awal dari biasa heeeee :D.




P/S: Ayah dan ibu dah kene, lepas Nurul adakah Mira 'mangsa' seterusnya? 


35 comments:

  1. Semoga kakak cepat sembuh..cian dia..mesti sakit..huhuhu
    farah pernah kena..parut pn dok ada lagi..mmg kes langgar pantang la nie.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah sihat pun farah..makin ligat lagi ada hehe

      Pantang paling kene jaga jgn garu dn jgn bagi kena ujan. Mencabar nak jaga budak ni hehe

      Delete
  2. satu perkongsian yang menarik... baby saya berumur setahun setengah baru terkena chicken pox... betul2 menguji kesabaran... semoga cepat sembuh anakku Muhammad Iqram...

    ReplyDelete
  3. Blh mandikh? N rambut jga wlupun tmbuh di kepala? Tak pakh klu tak mndi slma 2 hari? Tolong bls ya. Dn btlkh blh mandi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan pengalaman akak, tak boleh mandi apatah lagi cuci kepala. Sebab gelembung cacar tu sensitif pada sabun. Even, kalau digosok kuat secara tak sengaja nanti gelembung cacar tu pecah dan ini akan meninggalkan parut pada kulit.

      Cara terbaik adalah lap badan ngan towel. Itupun kena buat lembut-lembut dan elakkan dari terkena cacar gelembung tu, jangan sampai pecah. Kena tunggu air bisa chicken pox tu pecah sendiri baru leh mandi.

      Delete
    2. Aduh, dah mandi lah. Tidak apakah? Semalam rambut dicuci dgn syampu n badan dgn air sajak. Tapi pki air panas lh. tapikan knp di atas itu ckp jgn sekali kali tidak mandi? mna satu ni? huhu

      Delete
    3. Yang di atas, dinyatakan dari segi perubatan. Untuk pengalaman akak sendiri dulu memang tak mandi sangat, sebab nak jaga cacar tu jangan pecah. Lagipun, bila kena chicken pox ni badan akan rasa sakit-sakit, bisa-bisa dan sengal-sengal betul tak?

      Kalau dah mandi tu takpela, nak buat macam mana. Cuma kena jaga cacar tu jgn dipecahkan dengan sengaja sehingga ia pecah sendiri.

      Yang penting kena jaga apa yang kita makan.

      Delete
    4. thank you so much for the information, ya. jadi, blh mandilh? Bgslh. Hari ni dh msk hari ke-3. Mak kata mandi sja demi kbersihan, jdi mndi sja lh.

      Delete
    5. Jdi blh lh mandi? Badan dan kepala?

      Delete
    6. macam saya cakap tadi, ikutkan pengalaman akak dulu akak tak mandi. Kalau Kalau boleh, pasni Anna jangan mandi dulu. Lap badan ngan towel basah je, sebab takut cacar tu pecah. Rambut pun janganlah cuci kerap sangat. Hari ni dah cuci kepala kan, so after this postpone dulu basuh kepala tu.

      Nanti cacar dah kering baru boleh mandi ok (^_^)

      Delete
  4. Nak tnya.. klu tkena cacar blh mkn coklat n minum milo ka?? Coz da org ckp x blh... huhu

    ReplyDelete
  5. Blh mnum milo o mkn coklat bla tkena cacar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat pengalaman Anim kena chicken pox masa kecil dn kini Anak pula, takda masalah kalau nak kakan coklat atau minum Milo ketika chicken pox.

      Even Anim sendiri pernah makan coklat duly, tp takda efek buruk pun.

      Yang perlu dielakkan ialah makan kicap kalau ikut petua orang2 dulu. Wallahualam.

      Delete
  6. Baru je kena chicken pox ni 2 hari. Huh mmg menguji. Naik kt kpala dlu mmg sakit n gatal skg ni.

    ReplyDelete
  7. Baru je kena 2 hari chicken pox ni. Huhu

    ReplyDelete
  8. Skrg..tgh mnjaga si tunggal aidaa..chiken pop dh 4 hri..mkn pm ikn panggang n sayur air aje..bubur..x menumis pm..hrp x lme lh ye..esok kne g klinik lgi..sambung mc

    ReplyDelete
  9. adik yg umur 3 bulan dah kena chicken pox ni........sya pun turut menjadi 'mangsa' cacar adik.....sedihnyerr tak dpt gi sklh dah lah upsr thun nii...redha jerlah..... btw boleh tak makan telur bila chicken pox ni????????

    ReplyDelete
  10. 4hari dah kene chickenpox .

    ReplyDelete
  11. klau nk cegah diri drpd garu mse tidur camne???

    ReplyDelete
  12. Sy dh masuk hr ke 5 kn Cp ni.. umur 25 br la gatai virus ni nk mnyerang.. pertghan puasa plak tu.... mmg sakitt habis badan.. blh je mandi... no hal..

    ReplyDelete
  13. Anak saya 10bulan terkena chikenpox..kesian bila melecet pedih dia saya yg dpt rasa...

    ReplyDelete
  14. Sy bru je kena cp ni hri isnin lpas .. mula2 tu ingt kn jerawat so sy biarlah .. Tibe2 smlm demam panas n cacar tu mule naik .. mmg gatal sangat2 .. Huhu .. problem sy skrg ni sy tinggal d asrama n skrg musim exam .. Mkanan kt dewan mkn pulak semua nye yg jenis berminyak .. Klaw sy mkn mknan ringan mcm maggi n kropok ,bole x kak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan pengalaman akak dulu, maggi dan keropok tak digalakkan. Lagipun takkan nak makan benda sama setiap hari. Seeloknya cari nasi dan elakkan kicap dan telur goreng. Atau adik boleh cuba kaedah ni ... perencah maggi tu letak dalam air panas jadikan kuah untuk dimakan bersama dengan nasi.

      Kalau kena cp ni memang kena pantang banyak dik, terutama bab makan. Untuk 2 minggu pertama ni memang adik kena pantang betul-betul supaya tak melarat nanti. Akak tak tahu pulak kalau kena cp masih kena pegi kelas dan amik exam. Sepatutnya adik diberikan cuti rehat oleh doktor dan diasingkan dari pelajar lain, maklum cp ni berjangkit.

      Apapun akak doakan adik cepat sembuh ye :)

      Delete
  15. Assalam chicken pox nie ambil msa brapa hari utk baik???

    ReplyDelete
  16. Assalam chicken pox nie ambil brapa hri nak baik??Sya bru kena chicken pox nie smlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari pengalaman sendiri dan anak kena chicken pox, amik masa 2 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Tapi pantang mesti kena jaga kalau tak mahu melarat lagi teruk :)

      Delete
    2. Assalam nak tnya cp ni boleh mkn bubur tak ya ? Sbb saya kena cp dh brpa hari saya mkn bubur

      Delete
  17. kalau ibu breastfeeding anak yg kena cacar blh ka sya mkn mknan yg bergoreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan tak boleh sebab apa yang ibu makan, khasiatnya akan berpindah ke anak melalui penyusuan. Sebab itu ibu kena jaga dalam pengambilan makanan. Dalam kes sis, saya nasihatkan jangan tapi untuk lebih yakin pergilah berjumpa doktor atau pakar :). Moga anak sis cepat sembuh :)

      Delete
  18. jadi kalau nk mandi x pyh gune sabun la ni and one more akak sy dah mkn kicap byk plk tu takutnye parut jadi hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk 2 minggu pertama tu kalau boleh jangan guna sabun dan elakkan sental kulit terlalu kuat, bimbang nanti gelembung chicken pox tu pecah. Untuk kicap pulak bergantung pada orang tu, ada orang makan kicap jadi parut. Ada orang makan kicap tak jadi apa. Yang penting, dalam masa kena chicken pox tu jangan kena air hujan dan tangan takleh gatal nak garu hehe

      Delete
  19. saya dah 4 hari kena cp ni, tapi saya tak berapa tahu tentang pantang pantang ni, saya main langgar jak. Akibatnya cp saya makin teruk especially di muka, bole pass sebagai hantu dalam filem horror dah. apa patut saya buat?

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.