Malam Yang Sepi pi pi pi

Wednesday, November 07, 2012


Sepi sungguh malam ni, tak seperti malam2 sebelumnyer. Terngiang2 plak lagu "Malam Yang Sepi Pak Mat Jual Kopi" wahahahaha....haisshhhhh *aper aku merepek ni!zziippppp mulut tu dan teruskan menaip!*. Memang kejam sungguh kan perasaan ini?? Biler ada depan mata memang tak terhelon(tak terlayan) diri ini nak menerjah diaorg tapi biler takde terasa tangkap syahdu sungguh hari2 dan malam2 yang dilalui sampai airmata pun mudah gugur membasahi bantal dengkurku bercampur pulak dengan air mulut yang membentuk peta harta karun khazanah  zaman purbakala wahahahaa~ Oh maap ye bab air mulut tu tak betul la yer tu sekadar gimik jer buat hiburan untuk hati yang sedang lara tatkala permata2 hati kesayangan tiada disisi. Dengan saper lagi aku nak melawak kalu bukan dengan korang kan hehehehe~

Teringat bait2 lagu "Kerna Terpaksa" yang dinyanyikan oleh Francesca Peter, itulah yang cuba aku gambarkan ketika meninggalkan permata2 hatiku di kampung kerana masalah cutiku yang sememangnya nazak menunggu 'ditalkinkan' sehingga hujung tahun ini. Sudahlah permata yang sulung kene chicken pox kene pulak berjauhan dengan aku sebab tak dapat cuti lama nak jaga. Ternyata mak memang memahami keadaanku thats why "i love you mom!"* jerit dalam hati kuat2*.

Dan kini, hanya tinggal aku dan Dirinya dan bukanlah nak kata yang boring memandang muka dirinya yer hehehehe nanti dia merajuk aku gakkkkkk yang kene pujuk..*wehehehehe*. Tapi, walaupun diaorg kene tinggal kat kampung ader plak pesanan penaja yang ditinggalkan untuk aku dan Dirinya haishhhhh. Misi penting bulan November ialah.....mencari permainan kereta berkawalan jauh (yang ada remote control tu la) dan patung baby mesti di'complete'kan sebelum kami amik diaorg di kampung wahahaha~ So...... ongkosnya biar bapaknya yang sediakan yaaaakkkkkkkkk~


Okla, nak titun sok nak menghadap trafik jam lagi. Jangan lupa baca doa sebelum titun yer :D.

~Hazwani~







~Hazmira~














~Rindunyerrrrr~






You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. comelnya anak2 akak. :D
    btw, anak akak suh beli kereta remote control? girl main benda tu? dasyat ni!

    ReplyDelete
  2. betul dikkk...budak pempuan zama sekrang memang ganazzzzzzz hehehehehe. Tak macam akak dulu men batu seremban jer..sedih kan?heeee:D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM