Nikmat Mana Yang Kamu Ingin Dustakan?

Saturday, November 24, 2012


Assalamualaikum!

Jika kamu termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV Discovery pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, seorang oceanographer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. 

Jacques Yves Costeau
Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untk ditonton di seluruh dunia.




Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi kedua-duanya.


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. 

(Surah al-Furqan:Ayat 53)





Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin di tengah-tengha lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halunisasi atau khayalan sewaktu menyelam. 

Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat al-Quran tentang pertemuan dua lautan (Surah ar-Rahman:Ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez.

Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud;

"Dia biarkan dua lautan bertemu. Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus." 
(Surah ar-Rahman: Ayat 19-20)
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan dalam. Al-Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya, terbukti pada abad 20, Mr Costeau berkata bahawa al-Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.





Rasulullah s.a.w pernah berkata;

"Sesungguhnya hati manusia berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."

Bila seorang bertanya,"Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"

Rasulullah s.a.w berkata, "Selalulah ingat mati dan membaca al-Quran."

Ingin tahu dimanakah lokasi yang menakjubkan itu? 

Lokasi itu adalah di Cenote Angelita, Mexico. Di sana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai ke kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun-daunan.

Sesetengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai, Luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t. Allahuakbar!~


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?"           
(Surah ar-Rahman: Ayat 13)

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. Ingat mati selalu :)

    Jangan ingat bila nak mati ingat bagaimana kita akan mati :D


    Hai awak ~

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM