Screwdriver Tertusuk Hidung!

Thursday, November 29, 2012


Errrghhhhh! Memang tak dapat nak dibayangkan kalu kiter yang ye dak. Ader yang pegang hidung sendiri?hehehe. Belum kene pun kiter dah tahu betapa sakitnya kalu tertusuk screwdriver! Sakit gilerrrrr! Mau robak hidung mancung ku!Tapi, ini adalah kisah benar yang berlaku di Tianshui, Wilayah Gansu, China. Seorang budak perempuan berumur 4 tahun telah tertusuk screwdriver di hidungnya selepas terjatuh, di mana ketika itu dia memegang srewdriver tersebut di tangannya. 

Dia dikatakan sedang bermain dengan screwdriver itu di rumah neneknya.(haiiii..takde bende lain ker ko nak main dik nonnnn...doll ker, men masak2 ker, men kawen2 ker). Screwdriver yang tertusuk itu betul-betul menembusi hidungnya dan melekat di bawah soket matanya. Aiyaiyaiyai...! 

Jiali, 4 tahun

Tapi, satu yang akak respect kat gegurl ni dia tak nangis pun kan. Cer tengok tu, dia ok jer siap boleh pandang kamera lagi. Kalu akak la, lama dah akak pengsan tak pun cabut sendiri screwdriver tu huhu. Jiali dikejarkan ke hospital , namun pakar perubatan melakukan beerapa 'brain scan' untuk mengesan & memastikan dia tidak mengalami kecederaan lain yang serius.



Walaubagaimanapun, doktor berpendapat adalah sukar bagi mereka mengeluarkan screwdriver tersebut dari hidung Jiali tanpa menyebabkan kecederaan serius padanya. Jiali dimasukkan ke hospital tempatan namun dipindahkan sebanyak dua kali kerana doktor di sana tidak pernah menangani kes sedemikian. 

Jiali akhirnya dibawa ker Hospital Xijing, 4 jam dari bandar Xi'an. Di sana, dia menjalani CT Scan dan x-ray yang menunjukkan imej ngeri kecederaan hidungnya.


gambar x-ray Jiali

Pakar bedah, Dr Yu Qin berkata, " Ia hanya 2-3mm dari bawah tengkorak. Ia sangat berbahaya"


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. aduhhhhhhhh...
    eiqa pulak yg terasa nyaa..
    tak sakit kee adik niee..
    tengok2x lama aduhh duhh..
    Hope adik nie xde pape laa ye..

    ReplyDelete
  2. Errrghhhh...tu la eiqa. Bayangkan kalu kprek idung guna screwdriver, yang tu pun tak sanggup nak hadap. Inikan pulak tertusuk bende tu...lagilah meroyan kiter.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM