Tahun Terakhir Aku Sebagai 20-an

Wednesday, November 28, 2012


Alahai....seriau baca title di atas. Setidaknya, seriau bagi aku yang dah genap 29 tahun arini.*eppy besday to me, cakap dalam hati*. Bukan seriau sebab dah tua yo, yang tu saper2 pun tak leh ubah. Hatta ko pakai make-up tebal 30 kaki @ "dia cucuktang sana, dia cucuk tang sini" still kiter tak boleh sorokkan ketuaan yang makin menghampiri. But, at least we try to make our age worth as it goes up kan?

So, tahun ni tahun terakhir aku bergelar 20-an..huwaaaaaaa!~*takyah nak tangkap leleh la anim oiiii, ko memey dah tuo*. Aper yang aku dah capai sepanjang aku hidup 29 tahun ni??Hmmmm, kalu nak long story den tak dapek la nak kabo an, sobab den ni memori cumo 4GB yo, so den cito short story la yo.





10 tahun pertama:
Aku dilahirkan di rumah, sebab masa tu spital jauh(takda transport layi). Anak bongsu dari 3 beradik ni memey manjo ngan omak dan abah. Especially abah la...abah rajin dukung aku masa kecik2 dulu. Aku ingat lagi, asal balik keje jer dia dukung aku heehhe. 

Pastu, aku membesar jadi kanak-kanak riang, bermain di hadapan rumah setinggan, dikelilingi pokok pisang bak hutan belukang.*chewah!macam pantun plak*hehehe. Yang peliknya, aku takleh ingat saper kawan2 aku masa tu..mungkin sebab aku tak amik peduli sangat saper mereka asalkan aku ader kawan nak main wahahaha~Tapi, ader sorang budak ni dapat basikal baru (korang tau kan, masa tu kalu ader basikal roda tiga, dialah budak paling bertuah dalam kampung tu), so setiap kali main basikal akulah jadi tukang tolaknya. Mak cakap, "kesian anak aku tolak basikal orang", seminggu pas tu aku plak dapat basikal baru...basikal BMX ko!(time tu, kalu ko ader BMX macam ko ader BMW tau!)Haaaaa hamikkkkk!Gedebushhhhh....aper lagi aku pun hayun la basikal baru aku keliling kampung wawawawa~


10 tahun kedua
Ahhhhhh, masa ni hidup aku bertambah complicated. Hari-hari gi sekolah, keje rumah yang banyak dan makan pun banyak hehehe. Tapi satu yang aku ingat, masa aku Form 2 aku dah mula 'jatuh cinta' dengan bahasa kantonis. Sampai mak aku cakap aku ni 'antu limau', sebab setiap kali CNY akulah orang paling gumbira dalam rumah sebab abah mesti belikan akulimau satu kotak. Tu belum yang dapat free lagi dari opis dia. Habis sumer aku pulun, duk depan tv makan buah limau. Perrghhhh, aku memey 'antu limau'.....huh. Pastu, aku ni suka makan pakai chopstick, dan korang tau la kan masa tu memey maggi menjadi kegilaan aku. Dah tu, tengok pulak citer cina...haiiiiii....kiranya aku belajar bahasa cina melalui dialog diaorg cakap tu la.

Pastu, sambung belajar lagi..dari PMR habis ke SPM naik ke STPM. Tipula waktu ni kalu aku cakap aku tak bercinta. Tapi waktu tu cinta terhalang...hahahahaha. Naper aku ketawa??Sebab kalu diingat balik memey berbaloi aku kecewa waktu tu...tapi korang tau la kan, habis menonggeng aku dibuatnya. Maklumla, perasaan ini bila dilingkungi oleh aura cinta & kasih sayang mestilah melahirkan jiwa yang gumbira kan. Sekali...haaaa hamik ko anim! Putus sudah kasih sayang...hehehe.

9 tahun..nak masuk 10 tahun ketiga
Biasala waktu ni, dah habis belajar sambung keje pulak. Memula keje kat legal firm. Cukup setahun, tukar gomen plak. Banyak yang aku belajar, tapi takkan sumer nak story sini kan heeeee. Biler dah kene tukar ke Kuantan, 7 tahun aku duk sana. Bertemu plak cinta hati baru, dengan suami orang pun berminat nak kenal..haissshhhh bahaya derrr!~ Tapi, anak teruna gak yang aku pilih wahahahaha. Sekarang, anak dah dua..yang 1st ceaserian, yang 2nd normal. Tapi, part bersalin adalah yang agak mencabar seumur hidupku. Antara hidup & mati, hanya Allah menentukan. But, i'm happy with my kids now..and pray that they will succeed in their life dunia akhirat.

Sorry derrrr, agak panjang coretan petang ni. Tapi, ni la memori yang aku short story kan (baru 2GB jer ni)~(^_^)

You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Happy birthday.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Serta diberi kesihatan yg sempurna. InsyaAllah..

    Sama lah kita, tahun ni last 20-an. Tapi saya paling awal jejak angka 3. lahir januari.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir sis..moga bahagia sentiasa bersama family yng dikasihi.. :)

    ReplyDelete
  3. jd sekarang ni 30 tahun ke 29 tahun?? hehehe konpius lak.

    ReplyDelete
  4. anyway, selamat hari jadi.. wah arini ada 2 orang sambut harijadi sama la.. Hehehe

    http://ceritamayapersada.blogspot.com/2012/11/my-birthday.html

    ReplyDelete
  5. @Firdaus & @Mimie:Terima kasih atas ucapan...amin yarobbal alamin *(^_^)

    @papa blogger: baru 29 tahun la papa,hehehee..kire 20-an lagi ni ngeeeeee (^_^). Terima kasih atas ucapan.

    ReplyDelete
  6. hefi befday..pasni bole join geng sweet 30 plak la..ehehehehe

    ReplyDelete
  7. Semoga bertambah umur dan bertambah ilmu pengetahuan insaallah..hidup dirahmati dan diperluaskan rezeki.

    Amin...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM