Monday, December 03, 2012

# Teknologi

5 Blog Dengan PendapatanTertinggi Di Dunia



Sambil2 baca tu ,Klik SINI..SINI..SINI & SINI yer (^_^)


Waahhhhhh! Banyak betul income diaorg dapat dengan blogging ni yer! Beribu ribu ribu lemonnnn...hehehe. Memey gempak punyer income, akak pun nak pencen awal kalu camni hehe. Tapi, baru 3 bulan jagung berblogging maner nak capai income setinggi tu ye dak...tapi tak mustahil kan? hehehe...jom kiter countdown 5 blog berpendapatan tetinggi  di dunia.

1. TechCrunch.Com

Blog ini pada mulanya hanya dikendalikan oleh Micheal Arrington, seorang pengacara yang juga merupakan seorang tech geek, Ketika ini, TechCrunch dikendalikan  oleh beberapa editor. Topik blog ini adalah berkaitan teknologi. Pendapatan yang diperolehi TechCrunch adalah sekitar $200,000 (RM600,000) sebulan! Pendapatan datang terutamanya dari sumber iklan-iklan banner. Bayangkan, harga iklan selama sebulan di TechCrunch adalah $10,000 (atau lebih kurang RM30,000).

2. Mashable.Com


Blog ini ditubuhkan oleh Pete Cashmore (patutla kaya, nama tok moyang dia pun 'Cashmore', memey dapat more cash sokmo la hehe), seorang konsultan Web berasal dari Scotland dan ketika ini diuruskan oleh 10 orang editor tetap. Blog dengan tag line  "The Social Media Guide" ini menggunakan rangkaian sosial media sebagai sasarannya. Berdiri sejak tahun 2005, Mashable kini telah menghasilkan pendapatan sekitar $180,000 (atau RM540,000) sebulan. Sumber penghasilan utama blog ini adalah dari iklan banner.

3. PerezHilton.Com


PerezHilton adalah blog berita selebriti yang dibuat dan dikendalikan oleh Mario Lavandeira. Namanya diambil sempena nama selebriti terkenal Paris Hilton. Blog ini bertema hiburan dan mengusung tag line "Celebrity Juice, Not From Concentrate". Ia berjaya memperoleh pendapatan sekitar $140,000 (RM420,000) setiap bulan. Sumber pendapatan utamanya juga berasal dai iklan banner.

4. Gothamist.Com



Gothamist adalah blog yang memaparkan pelbagai sisi lain kota New York. Dibuat  dan dikendalikan oleh Jake Dobkin, blog dengan tag line "New York City News, Foods, Arts and Events" ini banyak memperoleh keuntungan dari iklan PPC. Setiap bulan, pendapatannya mencapai angka $80,000 (RM240,000).

5. TimothySykes.Com



Blog ini, sempena nama peminilnya dikendalikan secara peribadi oleh Timothy Sykes, seorang usahawan dan pengurus hedge fund berasal dari Amerika Syarikat. Mengutarakan topik tentang dunia kewangan dan pelaburan, blog ini banyak mendapat keuntungan dari penjualan produk-produk affiliate pasaran kewangan. Blog ini membawa tag line "Short Selling Penny Stocks", membawa balik pendapatan sebanyak $80,000 (atau RM 240,000) sebulan.

P/S: Mungkinkah MBC di tempat ke-6 suatu hari nanti?hurmmm..kene letak wishlist ni hehehe~


1 comment:

  1. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog bg komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog..chat blog tidak dikira nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete

Apa kata korang?