Tuesday, January 22, 2013

# Ekstrim

70 Tahun Solat Salah Kiblat.


MELAKA TENGAH ­- Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di sini dikesan melakukan kesalahan dalam penetapan arah kiblat....

“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam....
 Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid mula dibina sejak tahun 1940-an....

“Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul,” katanya....

“Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat,” katanya....

Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.

Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.

“Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.

“Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru,”
katanya.-gempak.org



Korang pernah mengalami situasi begini? Ape yang korang buat? Teruskan solat atau korang gantikan(qada') solat itu? Tak tahu? Mari kiter terjah persoalan ini dari pandangan Islam;


Berkaitan arah kiblat Ulama fiqih sepakat bahawa ia merupakan syarat sah solat seperti firman Allah dalam ayat berikut :- 

"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. "

(Surah al-Baqarah: ayat 144)

Oleh itu para Imam Mazhab yang empat sepakat bahawa berijtihad untuk menentukan arah kiblat adalah wajib bagi mengetahui dalil atau petunjuk arah kiblat ini manakala yang buntu mencari sebarang petunjuk maka dia boleh berijtihad menentukan arah kiblat.

Abdullah Ibn Amir Ibn Rabiah menceritakan dari ayahnya: 

Kami pernah keluar bersama Rasullullah SAW disatu malam yang sangat gelap dan tiada siapa yang dapat mempastikan arah Kiblat maka kami melaksanakan solat dengan arah yang berbeza2. Dipagi harinya kami mengadu hal ini kepada Rasul SAW, ketika itu turun ayat:

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui."

(Surah al-Baqarah :ayat 115)

Oleh itu sesiapa yang menunaikan solat ketika sudah berusaha menentukan arah kiblat yang betul tapi ternyata salah arahnya ia tidak perlu mengulangi solatnya namun jika sebelum solatnya selesai ia mengetahui arah kiblat yang betul maka ia mesti segera mengadap arah kiblat tersebut. Wallahualam~



2 comments:

  1. application samsung pon kekadang tak betul... lebih suka guna kompas.. hehehe.. ape ape pon, entri ni terbaikkkkkk

    ReplyDelete
  2. guna kompas tu yang cheq lemah hehehe.

    ReplyDelete

Apa kata korang?