Bila Aku Marah.......

Tuesday, January 22, 2013

Haihhhh..lama dah telinga ni tak 'berasap'. Tapi, biler ader yang dah nyalakan 'unggun api kemarahan' mulala aku nak amuk huhu.

Dah lama (3 hari kot) Wani & Mira tak kena 'angin tsunami' ibu. Tapi, arini memey bertuah dua beradik ni sebab dapat merasa jugak. Banyak artikel yang aku baca mecadangkan budak2 arini tidak boleh kiter marah atau herdik atau rotan seperti mak bapak buat kat kiter dulu.

Budak sekarang ni kiter guna pendekatan psikologi jer, sebab mereka mudah memberontak dan membantah kalu digunakan kekerasan. Tapi, bagi aku (atau orang2 lama yang seumurku) masih merasakan yang pendekatan sebegini kadang2 akan 'memakan diri' jugak ke guaner?huhu.

Aperpun, aku masih juga menggunakan pendekatan psikologi kat diaorg ni. So back to the story....

Masa nak mula solat Asar tadi, aku siap pesan kat Wani & Mira,


Ibu: "Kakak..adik...jangan bising yer"

Kakak & Adik: "Okeyyyy...."

Dah lepas habis solat pun, diaorg tibai gak buat bising..takpe lagi aku sabar. Pastu dia gaduh plak dua beradik. Selalu gaduh jugak...tapi yang ni dah macam 'itik ngan ayam berebut makan', lalu tak dapatku bendung lagi la 'asap' yang membuak2 dari telinga ni. Aku amik 'hanger' baju ku panggil sorang2, mula ngan Wani dulu. Terkebil-kebil anak dara sulung aku datang mengadap 'Permaisuri' hehe....

Menjejeh jejeh ni ayaq mata..! Dramatis betul budak2 sekarang ni kan?? Belum aper2 dah tangkap syahdu...tu baru ibu pegang 'hanger'. Aku marah la...tanya naper gaduh2. Dia diam....

Aku tak puas ati...! Tangan dah standby hanger, tinggal nak hayun je lagi...tapi, mujur jugak aku dapat satu idea....! IDEA.....! JENG JENG JENGGGGGGGGGGGG....!

Ibu: "Kakak tau kan kakak dah buat salah...ibu cakap baik2, kakak tak mo dengar kan..! Sekarang ibu nak denda kakak..."

Wani: ayaq mata macam ayaq terjun dah...laju jer turun. Terkebil-kebil....

Ibu: " Ibu nak denda kakak.....baca surah al-fatihah 5x..!Sekarang....!"

Wani : "Bismillahirahmanirrahim....." habis gak la 5x hehehe 


Mira pun aku denda sekali..maner boleh kasi lepas. Aku suruh Mira mengucap 2 kalimah syahadah je la...hehehe.

Kejam ke aku?? Dah tadi suruh guna psikologi? Mula2 tadi ingat nak babab (bukan pukul tau) jer. Tapi, kesian pulak lepas tengok muker sedih dengan ayaq mata menjejeh jejeh tu.

Pukul ngan babab tak sama tau...

Pukul- memukul dengan (atau tanpa) objek secara kasar sehingga mendatangkan kecederaan.

Babab- sentuhan manja yang seakan2 memukul (tapi tidak) yang tidak langsung mencederakan.

So, dah kene denda....ni la keje diaorg....


Ooopssss...sorry terpanjang pulak story mory hehehe.


You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM