Masuk Islam Demi Wang.

Thursday, January 10, 2013


Morning glory everyoneeee!~ Dah baca berita ari ni..muka depan lagi! Perlakuan yang aku anggap 'jijik' dan tak pernah terfikir untuk melakukannya apatah lagi demi mendapatkan wang! Zaman sekarang ni, agama pun orang dah berani buat main-main yer. Ape nak jadi niiiii....

Gambar: HM

Lima beranak ni sangat berani menyamar dan berlakon seolah2 mereka benar2 nak memeluk Islam, tanpa ada orang lain yang mempertikaikan niat mereka itu. Dalam Islam, kita digalakkan untuk husnuzon (bersangka baik), apatah lagi jika orang itu berniat untuk mendalami Islam dan menjadikannya sebagai pegangan hidup.

Wanita terbabit bersama 2 anak perempuannya.
'Innocent' sungguh muka depa noo. Dan, akibat 'drama' mereka itu, mereka berjaya memperdayakan orang2 masjid dan surau (4 tempat plak tu!), mereka telah mengaut lebih RM11,000 dari sumbangan orang ramai.

Dan aku nak melenting bagai pun tak patut jugak, sebab orang Islam sendiri pun ada yang 'main-main' dengan agama sendiri. Jadi, tak hairanlah mereka yang non-muslim pun ambil kesempatan 'main-main' kan.

Menurut laporan HMetro, kariah di sekurang2nya satu masjid dan tiga lagi surau telah menjadi mangsa penipuan lima beranak ini yang kebiasannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.


Mohd Rashid menunjukkan laporang polis yang dibuatnya.
Aku tak pernah menyalahkan mana2 pihak masjid atau surau yang terbabit yang menjadi mangsa anak beranak ni. Sebab, mana mungkin kita mengetahui niat dalam hati seseorang itu kan..baik atau buruk. Kalau niat tak baik, maka Allah Maha Mengetahui dan orang yang buat jahat pasti dibalas jahat.

Kalu korang nak baca lagi, terjah Harian Metro (^_^)

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. tgk fizikal orang2 tu mmg ssh nk caya...mmg'kaki tipu@auta'...

    ReplyDelete
  2. itu la..dia tipu untuk duit takpe lagi, tapi yang menjadi masalah biler dia tipu orang menggunakan agama..itu sudah melampau.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM